AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Monday, August 29, 2011

Thursday, August 25, 2011

hot news!

assalamualaikum

sebelum ini aku ada buat entry pasal setem-setem luar negara yang aku tunggu dari kawan aku, cousin aku dan adik kawan aku. setem dari kawan aku telah pun aku terima dan telah buat entry di sini http://halamankeringat.blogspot.com/2011/08/gift.html

yang hot nya, hari ini aku baru terima satu lagi setem yang aku minta. dari cousin aku yang baru pulang ke tanah air setelah 5tahun belajar di Jerman. 

disebabkan sekarang dah jam 3.45pagi, aku dah mengantuk setelah semalaman membuat biskut raya, jadi next time aku akan buat entry pasal setem ini. sebab nya aku masih belum sempat nak belek setem tu lagi. nanti kan dan aku akan cuba buat secepat yang mungkin ok??

selamat malam dan selamat bersahur..

p/s: hikmah puasa
disunatkan melewatkan sahur --> supaya dapat mengerjakan Subuh (tak tidur balik lepas sahur)
disunatkan mempercepatkan berbuka ---> supaya dapat sempat mengerjakan maghrib (makan terlalu lama sebab macam - macam nak dimakan)

^_^ bye!

fantasy football II

assalamualaikum

last entry aku cerita tentang game bola yang aku sertai tu kan. kali ini entry, aku nak cerita score yang aku dapat. total score aku untuk game week 2 ni 50points. campur dengan last game, point terkumpul aku 88 points.



bawah setiap pemain tu, mata untuk pemain tu dikira melalui persembahan permainan dorang dalam perlawanan itu. sebelah kanan plak, boleh tengok leagues yang aku join dan kedudukan aku dalam leagues tu.

sementara tengah tak kerja ini boleh la aku layan game macam ini. kalau dah kerja nanti entah ade mase ke tidak. paa-apa pun aku sangat suka join game ni

sekarang addicted dengan game 'empires & allies' kat facebook. best jugak game nya tu. hehe..


Saturday, August 20, 2011

fantasy football I

asalamualaikum

disebabkan aku sikit addicted dengan bola ini, aku layan game bpl fantasy football ini. masuk season ni dah 2seasons aku join. season ni baru nak masuk game week 2. ada la dalam 3 leagues aku join. league budak-budak engine (civil engineer), budak-budak batch aku (civil jugak) dan last, kawan aku punya league.

gameweek 1 bermula dengan sederhana. dengan itu aku buat rombakan. disebabkan admin extend unlimited transfer sampai week 2, so aku gunakan peluang tu untuk rombak team players aku. harap game week 2 ni aku score markah lebih baik dari last week.

ini barisan pemain aku. hehe


kata mu
cinta telah tiada
sendiri aku menahan pedih ini
hilang semua rasa
habis begitu saja
untuk bersama buat selamanya..

bait-bait lirik ini betul-betul menyentuh hati aku. lagu 'Tinggalkan Aku' nyanyian Anuar Zain..

ada sesiapa tahu ke cara macam mana nak hilang kan semua ini. tak larat rasa nya nak kendong semua ini lagi. adakah dengan kemaafan aku akan mengubati hati ini. adakah aku terlalu ego untuk melepaskan ia pergi atau masih menunggu? aku tak punya jawapan wahai sahabat ku kerna aku pun tidak memahami hati ini. 

menyemai kasih hanya 3 tahun tapi aku menyulam kesakitan ini hampir 4tahun!

wahai kaum adam, berusaha lah kamu membuka kembali hati ini sebab aku tak punyai kekuatan membina cinta. cinta pergi bagai hembusan bayu yang aku tak mampu nak mengejar sendirian. 


buat yang bernama 'kau'

ingatan aku pada kau masih segar
tatkala kenangan bersama kau hilang ditelan masa
kehancuran hati ini masih terasa
tatkala aku masih pecinta yang setia

walaupun kasih hancur lebih lama dari kasih disemai
tapi masa masih belum cukup mengubati kelukaan hati
yang kau sangka aku mampu menempuh dan lalui
kejamnya kau memutuskan tanpa memikirkan diri ini

kesilapan aku mendarjatkan cinta ini
sedangkan kau hanya mengasihani
kesalahan aku mengharap kasih ini
sedangkan kau tidak hargai

mungkin tiba masa untuk aku melepaskan semua terbuku
mencari kasih yang jujur untuk memiliki cinta ku
tidak ku menoleh mencari kasihmu
kerna diri ku, Tuhan pasti merancang sesuatu






rintihan terbuka kepada sz

sz,

tetibe hari ni nk bercerita..
rase nya panjang cerita ni.. ntah larat ke tak sz nak bace tapi kite try buat simple yang boleh ok?

sepanjang hidup, kite dah banyak kali dah bercinta. tp cinta yg btol2 berkesan pada hati ni, ade dua je.

cinta pertama ---> seawal 12tahun, kite dah kenal erti jatuh cinta dan cinta monyet.. emm awal kan tp xpe. boleh dijadikan sempadan..

cinta kedua ---> saat mengenal erti dewasa. kite rase cinta itu dan sanggup tggu utk memiliki ny..

tapi sayang. 2-2 diakhiri dgn meninggalkan luka yg dalam

sz mesti tahu tapi xtahu sgt kan.. ermm cinta ke2 tu cinta kite pada fik.. masakan sz xtahu, sz antara yg ade dlm kenangan cinta kite 2.

kite memsg ht utk memiliki dia sejak pertama kali dia melangkah masuk ke kelas. tp xsangka kite punya kudrat utk terus menunggu memiliki dia. lepas spm, kite ke sabah. seakan tidak boleh menunggu ungkapan dr dia jd kite memutuskan utk 'perigi mencari timba'. ternyata selepas beberapa mslh dihadapi kami bersatu.

bermula lah lembaran baru dlm hidup. hati ini dimiliki.. cinta jarak jauh xmengundang mslh pada kita. juga pd dia (i think).. sepjg bersama 3thun kite jrg nak dating. disebabkan berjauhan. bergayut pon jrg, dlm semggu sekali.. msj pon same tapi itu xbagi masalah pd kite juga pada dia (i think)..

kite suke cara macam ni dimana seorg lelaki tak control, memberi ruang utk berkawan, dan yg penting kepercayaan. ya! kite sgt percayakan dia..

tp sayang. cinta yg dipertahankan selama ni gagal.. 31mei 2007 dia kol bgtahu nak breakup. alasan dia belum bersedia. WTF!! ape maksud dia xbersedia. tak terungkap kate2 hanya air mata yg mngalir.

sampai sekarang kite masih tertanya2, ape maksudny xbersedia.. ada kite ajak die kawin?

sz, sesungguhny pintu ht ni tertutup rapat utk insan bernama lelaki. bukan xpernah nak mencuri hati ni tp kite belum bersedia. terlalu takut utk bercinta.sebab nya

1) takut dikecewakan lg (Tuhan saja yg thu bertapa sakitnya gagal dlm bercinta

2) takut xcukup baik untuk seseorg tu.(layak kah kite bersama dia? bahagiakah dia bersama kite)

Thursday, August 18, 2011

Duit

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

RM50 menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah..balik-balik tempat yg sama... surau, masjid, surau... "
 
credit to : 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000119247509

lawak ho

mama : bangun sahur ye anak ku.

anak : mama bancuh ape?? ho..ho..horlicks ek??

mama : ho ho..ho..hotak hang!! bgun jela sahur,,,aku tendang kang!
 
credit to:
http://www.facebook.com/kunag1

kawan lama

assalamualaikum

kawan lama : lain la kau. berubah. aku hampir tak kenal
aku : (sengih je sebab dah tahu lepas ini dia nak cakap apa)
kawan lama : besar la kau sekarang. kau kena diet ini
aku : a'ah kena diet kot. overweight dah ni
kawan lama : ko pandai buat pai tak? (dan...dan.. tukar topik plak)
aku : tak pandai la. tak pernah buat lagi
kawan lama : kau buat la senang je. nanti aku bagi resepi.
aku : ok. nanti kau inbox je kat fb.
kawan lama : seriusla ko dah berubah. kena diet. jogging la. bersenam ke
aku : eh??

aku tahu aku banyak berubah lebih-lebih lagi fizikal ni. tapi tak yah la nak tegur-tegur sangat. terasa kot. yela aku diet la nanti, kurus cam tiang k. baru orang tak tegur aku gemuk. apa lah nasib badan. masa cantik, kurus, kulit muka licin dulu semua berebut. dah comel macam ni dengan muka penuh dengan jerawat cam kena demam campak semuanya berambus!!


Wednesday, August 17, 2011

sempurna kah?

assalamualaikum

kesempurnaan tidak wujud? benarkah? tapi manusia sentiasa mencari kesempurnaan dalam apa yang dikerjakan. termasuk lah aku. ya, seorang teman pernah menegur aku. katanya aku terlalu mencari kesempurnaan dalam apa yang aku lakukan sehingga kan kadang-kadang itu keterlaluan. contohnya, aku mengatur aktiviti. aku akan pastikan tiada cacat cela walhal itu tak kan terjadi kerna setiap yang di rencana kan pasti akan di uji. itu janji Tuhan kerna kita yang merancang tapi Dia yang tentukan. ketaksuban aku mencari kesempurnaan mengganggu orang lain. itu kata teman aku.

aku mencari kesempurnaan kah? ya, benar tapi kesempurnaan itu ditagih supaya apa yang dilakukan tidak akan atau menghindari dari masalah. itu pandangan aku sebab nya aku memang tak suka nak hadapi masalah lebih-lebih lagi melibatkan orang lain. takut timbul perselisihan faham pula.

telah dijanji kan Tuhan, manusia tidak sempurna. tapi kesempurnaan itu akan wujud bila kita berpasangan. ya, bila kita berpasangan, ketidaksempurnaan kita itu mampu di disempurnakan oleh pasangan kita. jadi, pendapat aku, setiap insan perlulah menerima ketidaksempurnaan seseorang itu kerna kita pun tidak sempurna. dengan menerima nya, kita akan saling bersama untuk menyempurnakan pasangan kita.



itu dalam perhubungan. bagaimana pula dalam iman? tidak salah kan mencari kesempurnaan dalam iman. semakin kita mencari, semakin tebal iman kita. bukan kah itu petanda yang baik? aku setuju dalam kenyataan ini. mencari kesempurnaan dalam iman membuat kita akan terus berusaha dekat dengan Tuhan kita. itu yang terbaik dalam memperbaiki diri dan keutuhan iman dalam diri kita.

kesempurnaan hadir dengan niat. dengan itu, betulkan niat dan kejar la kesempurnaan dalam hidup!


Tuesday, August 16, 2011

melengkapkan koleksi II

Perahu Tradisi Malaysia, 2000

Pengangkutan Air Tradisional, 2005

Pengangkutan Air Tradisional, 2005 (lembaran mini)

Layang-Layang Tradisional, 2005 (Lembaran Mini)

Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia, 2007

Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia, 2007 (Lembaran Mini)

melengkapkan koleksi I

ini adalah sebahagian yang aku beli bagi menambah dan melengkapkan koleksi aku. aku dapat ini dari hasil belian dengan orang lain. seperti biase, harga akan menjadi makin mahal sekiranya ia adalah keluaran lama. berikut gamabr - gambar pelengkap koleksi aku:

Jubli Emas Angkatan Tentera Malaysia , 1983

Lebuhraya Utara Selatan, 1994

Lebuhraya Timur Barat

Perasmian Perpustakaan Negara, 1994

Millenium 1, 2000

Millenium 2, 2000


Uh Huh Her - Common Reaction (Acoustic)

antara keinginan dan kepentingan

assalamualaikum..

setelah hampir 3 bulan aku berada di rumah ini sejak aku tamat belajar, aku sangat - sangat kepingin makanan laut. contohnya macam lala, sotong dan ketam..

masakan lala

sotong goreng cereal... macam sedap je kan

ketam masak cili api.. ni gambar sendiri. hehe

itu la sebahagian nya gambar-gambar makanan yang aku teringin sangat tau. tapi apa kan daya aku tak punya kekuatan untuk meminta untuk di jadikan juadah berbuka puasa ini. sedihkan kalau apa yang kita teringin tapi sukar untuk dapat kan.

ceritanya begini..
isi rumah ini tidak makan sangat makanan laut sebabnya mak aku menhidap gout dan abang aku plak menghidap resdung. ayah pula macam - macam masalah kesihatan contohnya macam darah tinggi. jadi, aku tak ada pilihan. hanya makan ikan dan ayam. kadang - kadang dapat makan udang. itu pun sebagai rencah kalau goreng mee ke bihun ke. daging ada la jugak... tu pun masak sikit-sikit je memandang kan mak dan ayah menghidapi darah tinggi. aku sekarang ni dah tak lalu dah nak makan ikan dengan ayam. jemu la. mana tak nya 3bulan menghadap makanan itu aja..

bukan aku tak boleh beli dan masak sendiri tapi masalah nya aku tak sampai hati la nak lepas tekak sendiri aja. maksudnya macam pentingkan diri sendiri. makan ikut kehendak sendiri aje. walaupun keinginan ini kuat tapi alhamdulillah aku boleh lagi atasi nya.. saja aku tak sebut depan mak, nanti mesti dia masak kan. sebab nya mak aku marah kalau apa-apa yang teringin untuk dimakan tapi ditahan-tahan. tak apa la mak, mungkin ada hikmah nya. lagipun ini kot kasih aku pada keluarga.

tapi aku tension gak hari-hari mak tanya, 'nak masak apa hari ini? ikan ada tu..' alamak! soalan simple tapi aku tak tahu la nk jawab apa. memang aku dah jemu tapi makan je la apa yang ada. Alhamdulillah~~

p/s: rindu nak pergi pasar dengan kawan-kawan dan masak bersama-sama.. rindu zaman belajar dulu..

gambar kenangan


Monday, August 15, 2011

ramadhan 14

assalamualaikum

lama aku tak bercerita. hanya entry berkaitan pos kad aku saja. maklum la kalau nak bercerita ini memerlukan mood yang baik. sedangkan 2,3 hari ini mood aku tak berapa nak baik untuk bercerita tapi aku penuhkan entry dengan pos kad aku.

bercerita tentang pos kad, kawan aku irma bercuti ke Bangkok. jadi, dengan tak berapa nak segan nya aku minta dia belikan pos kad. dan lebih tak malu nya aku minta at least 10 keping.. ngeeee~~
tak sabar nak tunggu dia balik Malaysia.. (haha pergi pun belum lagi)

itu cerita pertama aku. cerita kedua pula aku hanya nak cerita pasal juadah berbuka puasa yang aku sediakan. macam biasa la kan. kali ini pasal Begedil. aku buat pada 10 Ramadhan yang lalu tapi baru kali ini aku nak tunjuk kan.

bahan - bahan dia senang aje. aku suka begedil daging. kat bawah ini gambar-gambar yang sempat aku ambil.. hehe

bahan-bahan yang dah siap digaul

sudah dibentuk

siap digoreng dan dihidang bersama nuggets

Keluaran Pos Malaysia

Terima Kasih Tun Mahathir
Primat di Malaysia 2003

Terima Kasih Tun Mahathir

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 46

Sidang Kemuncak Islam Sesi ke 10, 2003

Komik

by Ujang 2002

by Ujang 2002

by Gempak

by Gempak

by Gempak

by Gempak

Filem - Filem (Movies)

  
2001 Movie 'Spirited Away'

2001 Movie 'The Princess Diaries

Filem 2001 'Aku Kaya The Movie'

Filem 2003 'Diari Romeo'

Filem 2003 'Laila Isabella'