semalam (khamis 4/8) aku membawa ayah aku ke hospital selayang. ayah ada appointment dengan doktor pakar mata. ikut kan, kali ini dah 3x dah aku ikut ayah ke hospital tapi sebelum ini di HUKM. kiranya ini first time la aku bawa ayah ke hospital selayang. sebabnya, abang aku yang selalunya bawa ayah, bekerja pula. tidak mengapa lah. aku kan ada dirumah, apa salahnya aku bawa ayah.dengan itu, tak perlu lah abang aku mengambil cuti.
memang sebelum ni tugas dan tanggungjawab abang aku yang menghantar ayah ke hospital. sementara aku belum bekerja ini elok sangat la aku yang bawa ayah pula. mana lah tahu dah kerja nanti, tak berkesempatan nak bawa ayah. ermm kadang-kadang aku berfikir, elok juga aku kerja area rumah aku je. boleh la aku selalu jenguk mak dan ayah. boleh juga aku jaga mereka. tapi entah la, ikut rezeki la. ada rezeki kerja disini, aku kerja kalau tidak, dimana-mana pun tak apa. janji aku mampu hulurkan duit tiap-tiap bulan pada mak dan ayah.
ini first time aku bawa ayah. selama ini aku bersama abang aku. apa yang aku nak katakan kat sini, aku memang tak reti nak berborak dengan ayah aku. hahaha.. ayah aku cakap-cakap tapi aku tak reti nak rancak kan perbualan. hanya mengia kan aja. nampak nya aku perlu mengasah skill aku supaya dalam perjalanan lain kali, tak ada la bosan sangat. ada sesiapa tahu tak cara nya??? hehe
selepas jumpa pakar mata, ayah ajak ke HUKM untuk mengambil ubat. ubat dah kehabisan. so, perjalanan agak panjang hari ini sampai abang aku mesej tanya kenapa lambat sangat. hehe..
apa-apa pun, ayah aku belanja aku buah buahan. sempat singgah ditepi jalan membeli sedikit buah untuk berbuka. aku beli nangka, tembikai susu dan mata kucing.
p/s: ayah aku tak mampu untuk drive lama-lama disebabkan penyakit saraf yang dihidapi. sebab itu aku, abang aku perlu menghantar ayah setiap kali ada temujanji di HUKM dan hospital selayang.
No comments:
Post a Comment