hari ini berbuka bukan sahaja kami berempat (mak, ayah, abang cik, aku) tapi hari ini ada abang ngah dan kawan dia, wan. jadi berbuka kali ini meriah sikit la. dan hidangan hari ini, laksa penang. bukan beli tapi buat sendiri tapi bukan aku yang masak tapi mak. kaedah nya aku tertidur. bangun pun sebab terhidu bau kuah laksa yang sedang mendidih. hehe
aku sempat jugak ke pasar ramadhan bersama abang cik gara-gara mak aku nak sangat makan murtabak dan air kelapa. mak aku ni mengalahkan budak-budak tau. tiap-tiap hari ada je benda yang dia teringin la, mengidam la.. aku dengan abang aku yang rajin melayan. kalau ayah aku, sori la. haha.. ayah aku dengan mak aku berkira sikit tapi dengan anak-anak tak pula. tapi antara aku dengan abang cik aku, aku agak tegas sikit. kalau 2 benda mak aku kirim, satu je aku belikan.. bagi aku tak payah nak beli banyak-banyak. esok beli yang satu lagi tu. bukan kedekut tapi membazirla. mak aku tu kalau berbuka air dulu dia layan. sampai bercawan-cawan. sudahnya kenyang dengan air je. hehe.. macam-macam kan pe'el mak aku itu. hahah
bercerita pasal laksa, entah enapa aku rasa laksa kali ni memang sedap tahap macam aku nak melantak sampai perut kembung. hehe.. abang cik aku pun puji tahu. laksa kali ni perfect. dengan garam, masam dia.. ala sekali-sekala puji mak aku masak kan. ada hikmah juga aku tertidur. kalau aku masak, ntah apa ntah rasa. yela bulan puasa kan bukan leh rasa dulu. haha
thanks mak masak yang terbaik buat kami. hehe
gamabr lama ni. gambar semalam tak sempat nak ambil. hehe |
mcm gmbr kt umh sewa je huhu
ReplyDeletehaha.. nyibuk la! kite lupe nak ambil gambar terbaru. haha pecah lubang
ReplyDelete