AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Monday, August 8, 2011

rungutan hati

assalamualaikum

jelas terasa
rasa rindu diulit kasih
ya kasih seorang sahabat
yang pernah singgah 
suatu masa dahulu
kini sepi dihembus kenangan

kata terkunci dek peristiwa lalu
yang aku sendiri ukir
kerana kekilafan aku
sebagai hamba yang
tak punya kekuatan

salah aku
memang salah aku
maafkan aku sahabat
kerana menjadikan kau 
sebahagian dari kenangan ini
sukar dilupakan walau kuatnya 
tiupan kasih aku pada kau

kini
aku terasa kekosongan
tanpa kau disisi untuk
memimpin aku mengharungi hidup ini
apakan daya aku tunduk pada ujian ini
doa aku mengiringi 
setiap langkah kau dibumi ini
tanda terima kasih aku
selama kita bersahabat

2 comments: