seperti yang dijanji kan beberapa bulan yang lalu, hari ni aku akan cerita tentang research / final year project (FYP) aku. aku akan cerita cara-cara untuk buat composting ni. pertama skali, vermicomposting ni boleh ditafsirkan sebagai proses penguraian (kompos) sisa makanan/ lain-lain menggunakan cacing dan menghasilkan baja organik sesuai untuk penggunaan pokok-pokok landskap. "Vermicomposting can defined as conversion of organic wastes into worm compost or worm fertilizer whereby suitable used as organic fertilizer".
bahan-bahan yang digunakan:
- sisa sayur-sayuran yang belum dimasak
- treated sludge (sisa daripada proses air kumbahan yang telah dirawat) dan tahi lembu
- cacing jenis African Nigtcrawler
- bin (recommended : wood)
cara-cara kompos:
pertama sekali, lapiskan dulu bin menggunakan suratkhabar. lapiskan dalam 2/3helai. tak perlu tebal-tebal. kemudian letak kan bulk material/ bedding iaitu sludge/cowdung. ketebalan bedding ni bergantung pada jumlah cacing. selalunya boleh agak ketebalan nya. tapi aku mencadangkan letak kan sedalam setengah dari tinggi bin korang tu. untuk bedding ni, selain sludge dan tahi lembu korang boleh try material lain seperti tanah dan habuk kayu (sawdust). ikut pada resource yang senang nak dapat la kan. then, korang letak jaring. fungsi jaring ni untuk asingkan bedding dan sisa makanan untuk pemantauan. sekiranya sisa makanan dan sepenuhnya kompos, ia akan bercampur dengan bedding kat bawah tu.
gambar sebelah kiri tu sisa sayuran yang telah dicincang. dicincang kerana mempercepatkan proses penguaraian. boleh je tak nak cincang, korang guna shredded.. heheh. malas nak cincang, boleh cuma nanti proses tu lambat sikit la. so ape kate, cincang aje. hehehe.. dah cincang, letakkan sayur tadi dalam bin. rata kan sedkit cam dalam gambar sebelah kiri tu. setakat ni, paham tak? ok kan? banyak mana? oh ya.. kalo korang gunakan dalm 500gram cacing, korang letak dalam 2kg sisa.
seterusnya, masukkan cacing. cacing dimasukan kemudian untuk mengelak kan cacing tu tersepit dengan bahan-bahan yang diletak kan. takut tercedera/lemas/mati. letak kan di atas sekali memudahkan cacing itu bergerak dengan sendiri.
biarkan proses ni selama seminggu. mengikut reseach aku ni, dalam masa seminggu, pengurangan berat sisa hampir 90%. kalau pandai jaga, insya'allah akan dapat 100% kompos. seperkara lagi. kalau korang tengok cam tak berapa nak lembap, korang spray dengan air sebab cacing tinggal ditempat yang lembap. ingat! jauhkan dari pencahayaan. cacing tak suka pada cahaya dan suhu yang tinggi. bagi keselesaan cacing, korang kene la spray air kat dia.. lagi 1, cacing sangat kalah dengan semut. elak kan semut dari mendekati bin. cara nya, setiap kaki bin tu letak kan semangkuk air. sepaya semut tak dapat nak panjat.

selepas seminggu/kurang seminggu, korang tapiskan untuk asingkan cacing dengan baja. caranya, korang guna jaring halus. apa saja yang melepasi jaring tu adalah baja. selain itu, cacing yang terasing tu boleh digunakan lagi. cuba la dulu dalam skala yang kecil. cuba dulu dirumah. baja nanti boleh diguna kan untuk pokok-pokok bunga di rumah. gambar diatas, baja yang terhasil dari proses ini. Selamat mencuba!
kenapa nak kompos?
mesti korang tertanya-tanyakan. kenapa nak kompos? kenapa tak beli je baja kat kedai?
memang senang lagi kalau beli baja kat kedai kan.. hehe.. sebabnya kita nak mengurangkan sisa makanan yang dibuang ke tempat pelupusan sampah. memandangkan tempat pelupusan sampah ni memerlukan tanah yang luas dan Malaysia plak menghasilkan sisa makanan yang tinggi. cuba bayangkan setiap rumah mempraktik kan amalan ni, berapa banyak pengurangan yang boleh kita buat?? banyak kan. sayang nya masyarakat kita tak sedar tentang hakikat ni. hakikat yang anak cucu diorang akan menderita dengan apa yang diorang buat sekarang ni. kalau tak nak kompos pon xpe. mungkin tak de mase kan. cadangan saya, amalkan 3R (reduce, recycle, reuse).

keputusan ditangan kita sendiri. ;)
No comments:
Post a Comment