AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Thursday, April 21, 2011

tidur lambat

assalamualaikum

aku tidur lambat lagi.. untuk kali ke berapa ntah aku pon tak tahu. tapi dalam 2minggu ni memang kurang tidur dan bersengkang mata. ape yang aku buat? ermm aku bukan la menelaah sampai time camni. kalo stakat menelaah tu, paling-paling pon jam 1pagi aku dah xsedarkan diri. tapi yang membuatkan aku leh stay up ke saat ni sebab aku buat projek. selain final year project (FYP) aku tu, ade beberapa lagi project yg besar.

IDP telah ku hantar isnin yang lalu.sekarang aku tengah buat projek capstone plak. project aku ni aku kene design solar panel tuk bangunan yang aku dah design dalam project IDP. kira nya kesinambungan la. heheh.. alhamdulillah dah siap dah part aku. tunggu yang lain2 untuk disatukan menjadi report.

rabu minggu depan start final exam aku. tak tahu la sempat mengadap buku ke tak sebab pembetulan FYP aku belum buat lg. kalau tak silap submision pada 30hb ni dimana aku ade 1 lagi paper final exam. memang haru jadual sem ni. aku tak dapat berehat walaupon di minggu ulangkaji ni. pertama kali dalam hidup aku rase kepenatan yan tak tertanggung..

ape2 pon aku mengharap sangat vacation aku dan kawan-kawan jadi kenyataan walaupon aku dengar, pada tarikh yang kami nak berehat itu, ade event lain. sedih rase nya. yelah lepas ni tak de la nak lepak sesame lagi.. masing2 dah ikut jalan masing2.. siap ade yg merancang nak kawen lagi.. 

aku nak tidur.. jumaat dan sabtu aku kene jg anak buah aku yang kuat berceloteh. harap2 dapat rehat sepuasnya.

p/s: chelsea sedang bertarung dgn birmingham.. heheh (chelsea musti menang besar!)


No comments:

Post a Comment