AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Saturday, April 30, 2011

biadap!

assalamualaikum..

kurang ajar..biadap.. bahlol.. 2memang sesuai sangat untuk kau.. siapa kau? aku tak kenal siapa kau.. ape penting nya kau.. apa keturunan kau.. yang aku tahu kau betul-betul bodoh. agak-agak la nak berpolitik pon. bagi aku, politik dengan agama adalah 2 benda berbeza. kalau nak kaitkan politik dengan agama pon tak salah sebab Rasulullah s.a.w pon berpolitik dulu tapi kau ni sengal! sampai sanggup mempermainkan khalimah Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w..


ni lah yang terjadi kalau manusia bertuhan kan nafsu berteman kan syaitan!

Friday, April 29, 2011

tioman 2

assalamualaikum..

kali ni aku buat entry untuk tunjukkan voucher yang aku dah dapat petang td. thumbs up to Mr Azhar, Nuyu Travel & Tour.. agensi perlancongan yang kitorang pilih untuk ke tioman ni. yang best nya agensi ni, walaupon kitorang lambat buat tempahan tapi proses dorang ni memang tip top.aku baru buat tempahan semalam dan hari ni dah dapat pon voucher nya.untuk pengetahuan korang hari ni hari cuti dorang memandang kan dorang ni berpusat di terengganu. tapi disebabkan kitorang, dorang kerja juga hari ni. sesiapa yang berminat nak bercuti ke pulau-pulau sekitar Malaysia, aku suggest agensi ni la. sebab service die (setakat ni) memang memuaskan hati..

ni la voucher kitorang ke pulau tioman nanti. nanti aku pasti akan update aktiviti kitorang kat sana..

seronok, seronok jugak la. tapi esok aku ade last final exam ni. mudah-mudahan di permudahkan la. boleh aku bercuti tanpa fikiran terganggu nanti..insya'allah

aku: mak, next week g tioman. berjalan dengan kak nor dan non
mak: amboi. ade duit ke? mana dapat duit
aku: hehe.. korek ASB mak
mak: ......

mak, jangan risau. duit dalam ASB memang ade peruntukan untuk berjalan ni mak. mak jangan risau k. yang penting mak jage kesihatan mak dan doakan la anak mak bertiga ni selamat pergi dan balik.. heheh.. sayang mak~~

tioman..

assalamualaikum..

comfirm kitorang akan ke pulau tioman. ni bukan lagi Plan b or Plan c tapi dah plan D.. aku boleh kate ni yg comfirm sebab aku dah pon buat bayaran ke agent pelancongan tu. bawah ni gambar confirmation kitorang..


dah buat tempahan macam ni aku agak lega la kan. xde la nak pikir-pikir lagi nak bercuti ke mane.. nak amek final exam pon aku tak sabar sebab lepas pada tu, aku boleh enjoy memandangkan 30hb ni last paper aku..

kami akan kesana naik bas dari terminal bandar tasik selatan(terminal baru). akan turun ke mersing. dari mersing kami akan naik boat untuk ke tioman. aku tak sabar nak pergi.. wahhhhhhhh.. akhirnya percutian kitorang termakbul.. mudah-mudahan segalanya di permudahkan. amin~~

ni tempat yang akan kitorang menginap selama 2malam..

Wednesday, April 27, 2011

tinggal harapan..

assalamualaikum..

sedih..sungguh sedih.. harapan nak bercuti ke langkawi tak kesampaian. percutian dilangkawi terpaksa dibatalkan memandangkan sorang kawan aku tak jadi ikut.. disebabkan ahli rombongan cik kiah dah kurang, sah-sah la cost meningkat.disebabkan cost meningkat, percutian ke langkawi dibatal kan. nak buat macam mane kan.. kite merancang Tuhan yang tentukan. walaupon dalam hati aku kesal dengan keputusan kawan aku tu..

so, kami pon try untuk buat Plan B bercuti di Pahang. bercuti sekitar kuantan dan kuala rompin tapi sekali lagi di uji. so plan B pon tak kesampaian. Plan B tak jadi sebab aku tanya kawan aku dok rompin, best ke kuala rompin, die cakap tak ape yang menarik. luluh hati aku dengar. die suggest g tioman. 

makanya kami pon buat Plan C iaitu ke tioman. masalah nya kitorg tak tahu pon nak ke tioman naik ape. dari directory cakap ferry naik dari mersing. emm kesimpulan nya aku kene cari lagi maklumat tentang pangkor ni. ni la akibatnya cancel program. agak menyusahkan. dan ini lah akibatnya kalau terlalu mengharap dan terlalu merancang..

ape-ape pon aku harap Plan C aku ni berjaya.. doa-doakan la segalanya dipermudahkan..
bencilah.....










Tuesday, April 26, 2011

glasier

assalamualaikum..

kali ni saya ingin bercerita tentang Glasier. memandangkan saya tengah study untuk final exam dan belajar serba sedikit tentang Glasier ni, apa kata saya kongsi bersama korang kan.. sharing is caring rite?

menurut Wikipedia, Glasier atau 'glasiar' ialah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asalnya terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan . Hasil tarikan graviti, salji yang membeku menjadi ais dan turun ke kaki gunung melalui lurah sungai .

menurut dari laman web University of Vermont, glacier are large masses of snow, recrystallized ice and rock debris that accumulate in great quantities and begin to flow outwards and downwards under the pressure of their own weight. Glaciers form when yearly snowfall in a region far exceeds the amount of snow and ice that melts in a given summer. In this way, massive quantities of material accumulate in relatively small periods of geologic time. 

kat bawah ni saya paparkan gambar-gambar Glasier di seluruh dunia untuk tatapan korang semua. sambil menatap tu, sama - sama la kite memuji ciptaan dan kebasaran Allat s.w.t.






 ape yang saya belajar berkaitan dengan glasier ni ialah kesan global warming. salah satu kesan global warming @ pemanasan global ni adalah pencairan glasier. suhu yang tinggi menyebabkan glasier yang semulajadi ni akan cair. kesan dari pencairan ni akan menyebabkan peningkatan paras air laut. disamping itu boleh menyebabkan banjir di kawasan sekitar dia. 

kite hendak la tahu satu-satu kejadian Allah s.w.t itu ade hikmah atau erti kate lain ade fungsi die pada alam ini. dengan itu jangan la kite suka-suka atau dengan mudah cuba untuk mengubah dan merosak kan alam kite. sebab nya, setiap kejadian ade pertalian nya antara satu sama lain. mengubah sesuatu akan menyebabkan kemusnahan pada yang lain. 

sama-sama la kita menghargai dan menjaga alam kita ini.



Sunday, April 24, 2011

steamboat..

assalamualaikum..

malam semalam aku dan kawan-kawan g makan steamboat. ni gara-gara kak nor la ni mengidam sangat nak makan steamboat. aku seperti biase, layan aje~~ Restaurant ni name nya Tupai-Tupai. salah satu cawangan dia terletak di shah alam seksyen 13 berhampiran Acapella Apartment. matlamat utama g sini mestila nak makan steamboat. satu kepala charge rm25.
pas magrib kitorg bertolak. dalam 15minit jugak la perjalanan sebab kitorang baru nak cari tempat ni. tak susah nak cari sebab terletak betul-betul depan acaplella apartment tau. sampai-sampai, suasana memang mempersonakan. suasana damai.. tapi kitorang dapat tempat kat tempat beraircond. tak dapat dok luar. tapi tak pe la. 
tentang makanan dia aku bagi moderate la. sebab sampai sekarang ni aku rase Johnnys memang terbaik. dari flamming sampai ke sungai buloh aku pernah makan tapi tak de lagi yang boleh kalahkan johnnyss walaupon johnnys bukan buffet. seperti kebiasaan, memang kenyang makan steamboat ni. aku? tak de la makan sampai nak muntah, aku makan biase-biase aje. 
benda yang pelik kitorang buat hari ni.. disebabkan nak ambil aiskrim kena beratur agak panjang dan lame, kitorang decide nak gunakan pinggan aje. untuk aiskrim disediakan mangkuk khas. tapi bagi aku agak melecehkan, so kitorang penuh kan 1pinggan dengan aiskrim untuk kitorang ber4 makan. semua mate memandang pada aku dan kak nor (tugas kitorang ambil aiskrim tu).. siap ade yang cakap. wahhhhh banyak nya. ambil untuk kitorang skali ke? aku buat tak tahu je.. hahah.. alah last-last dorang tu pon cedok idea kitorang ni ha..
ni gambar pinggan aiskrim kitorang..

tapi gambar ni diambil time dah setengah kitorang makan.. hihih.. lain-lain gambar tak de sebab kitorang terlalu rakus nak makan sampai lupa nak ambil gambar.. hahah

p/s:aku suke la kawan dengan orang yang suka makan ni. kawan-kawan, pasni nak makan kat mana plak???

sunday

assalamualaikum..

hari ni hari ahad.. bagi orang bekerja, hari ni la hari untuk relaks kan. tapi bagi aku sebagai student ni, same je pon hari ahad dengan hari-hari lain sebab aku bukan bekerja pon. hari-hari biase pon aku dok relaks sebab kadang-kadang kelas memang tak de pon. walaupon hari ahad terasa biase bagi aku, tapi aku menyambut hari ni same macam orang bekerja. cam mane tu ek?? heheh.. bukan sambut ape pon. cuma aktiviti tu je. 
selalunya hari ahad kan ramai orang suka ke pasar. sebab time ni la dorang ade mase tuk beli lauk pauk. kekadang tu beli untuk stok seminggu. hehe.. same la macam aku. cume peti ais aku je yang kecik.. kalau besar, dah lame aku pon beli stok untuk seminggu punya. hehe.. aku suke berkunjung ke pasar sek 13 (pasar besar shah alam berhampiran stadium).. memang tiap hari ahad aku akan ke sana. kecuali la aku ade keje ke aku sibuk ke aku ade tournemant futsal ke. 
ape yang menarik nya pasar ni, pasar ni memang besar gile.. ape saje ade jual kat cini.. dari jual ikan, sayur, baju sampai la kereta.. memang best. yang aku suke sebab ade macam-macam jenis makanan laut, ikan.. sayur pon banyak. so memang banyak pilihan la. lepas beli belah tu, terasa lapar dan penat. aku akan singgah ke gerai-gerai makan. selalunya aku akan makan cendol. cendol dengan meehun sup ke dengan roti jala ke. memang banyak pilihan kat sana. tapi hari ni aku malas plak nak makan kat pasar, aku just singgah kedai mamak pekene roti canai dengan teh tarik..
hari ni aku cadang nak beli ketam tapi hari ni ketam kecik-kecik, so tak jadi nak beli. aku beli ikan kerisi, ikan talapia, sotong dengan kerang. sayur plak aku beli petola. ade gak la aku beli serai, cili merah dan lain-lain. 
habis study nanti mesti aku merindui nak pergi pasar bersama kawan-kawan aku. tiada lagi la aktiviti di pagi ahad bersama kawan-kawan. ape nak di kata, sampai ketika ni je kesempatan untuk bersama kan. so, kepada kawan-kawan aku, thanks for everything.. luv u


RM 100

assalamualaikum..

kejadian ni berlaku beberapa hari yang lepas.. sebelum aku bertolak pergi rumah akak aku untuk menjadi baby sitter selama 2hari.. disebabkan perjalanan agak jauh. poket aku kering plak tu.. tetibe aku teringat aku ade selitkan duit rm100 dalam buku diari aku. cepat-cepat aku cari diari yang dah lame aku tak bukak 2.. selak punya selak.. tak jumpe pon.. tak puas hati aku. selak-selak lagi.. masih tak jumpe. aku dah menggelabah ni. mane plak duit aku ni.. jam dah pukul 9mlm ni. aku kene gerak nanti sampai kat rumah akak aku tengah malam plak..
aku capai wallet aku plak. aku belek plak kat wallet aku. kot-kot la aku dah terambil sebelum ni tapi aku tak ingat ke kan.. maklumla aku kan pelupa.. agak lama aku membelek dan menyelak.. sah! memang duit tu tak de. serta merta air mata aku bergenang. mana tak nya duit tu duit tambahan yang ayah aku bagi. duit bulan-bulan dia masuk tak cukup, aku mintak lagi.. belum sempat guna, duit dah hilang.. mau aku tak sedih. mula la terbayang-bayang muka mak ayah aku. penat jerih dorang cari duit, aku dengan cuai nya hilangkan duit pemberian dorang. anak ape la aku ni..
semapt jugak aku menangis dalam 15minit. tapi dah takde kan duit tu. ko nangis macam mane pon tak kan jumpa kalo tu yang dah tertulis.. dalam menangis tu aku ternampak wallet lame aku. aku pon belek-belek.. walaupon aku tahu,tak kan ade nya rm100 tu dalam tu. wallet 2 pon dah berhabuk, so agak mustahil la. agaknya Tuhan nak tolong aku, tetiba aku terjumpa lipatan rm50 dalam wallet lama aku tu. ahhh sedikit terubat weh walaupon aku terus menangis. hati aku terdetik, naseb baik roomate aku tak buang wallet ni hari tu. korang nak tahu.. aku memang terkenal dengan perangai selit menyelit aku ni. dari menyelitkan duit dalam wallet sampai la menyelit dicelah-celah kereta time heavy traffic. heheh..
agak-agak air mata dah tak keluar lagi, aku pon mengambil langkah untuk memulakan perjalanan ke rumah akak aku. maklum la aku dah janji pon dengan akak aku nak jaga anak buah aku.. tak kan sebab rm100 aku nak mungkir janji kot. jadi dengan sedihnya aku pon start merempit. dalam jam 10lebih aku sampai rumah akak aku. alhamdulillah..
setelah 2hari dirumah akak aku.. aku masih teringat pada rm100 aku yang hilang tu. tibe-tibe hati aku terdetik.. eh duit rm100 tu bukan aku bayar kat kema ke? yelah hari tu kan aku beli 2 kain pasang kat kema. kalau bukan rm100 selit aku tu, duit yang mana plak aku guna untuk bayar kat kema. korang nak tahu, masa tu memang aku bengang kat diri sendiri sebabnya tak leh nak ingat benda-benda macam ni. buang masa aku melayan perasaan sedih aku.. bunag masa aku je!! tensiiiion.....
aku pon menceritakan benda ni kat roomata aku. ko nak tahu die cakap ape? die tak cakap ape2 tapi die G.E.L.A.K kan aku.. siap buat demo lagi keadaan aku membelek buku cari duit sambil nangis.. memang sot la.. hahahaha.. aku memang macam ni. seorang yang pelupa.. sangat pelupa..
pada korang, jangan marah pada orang pelupa macam aku ni. bukan sengaja pon nak lupa-lupa. mungkin banyak makan semut la ni.. heheh.. tapi orang macam aku ni perlukan sokongan k.. 
daaaaaaaaaa..


Thursday, April 21, 2011

adam oh adam

hari macam nak hujan
guruh berdentum penanda ia akan turun
rahmat dari kehendak Tuhan
tapi aku disini agak was-was mahu mulakan perjalanan
maklumlah aku naik moto aje
kena bijak merancang segalanye..

jangan kena gerak malam udah la
maklumla aku ni rabun malam a
kang terlanggar lubang
cian orang belakang sakit pinggang
maklumlah aku  naik moto aje
kena bijak elak kan bahaya

adam, tunggu ye acik cik cu n acik non datang..
semoga perjalanan aku dipermudahkan
amin~~

aku nak beli sebijik la. senang nak kemana-mana.. hahaha ;p

very good

assalamualaikum..

kali ni aku nak bercerita tentang presentation Final Year Porjek (FYP) aku. presentation telah berlalu iaitu pada minngu lepas 13hb april. presentation kali ni di depan industry panel. maksudnya, panel dari luar. bukan professor-professor kat sini. macam - macam cerita aku dengar before present ni. ade yang kate industry panel lagi ok dari professor ni sebab professor ni gila dengan teori. betul kot cakap dorang ni sebab proposal aku hari tu aku kena present depan profosser. memang teori je die tanya. 


so dengan preparation yang tak pernah aku buat untuk presentation sebelum ni, aku melangkah dengan tenang. walaupon dalam hati cuak gila weh. nama panel aku Puan Ruzitah.. nak dijadikan cerita, aku pon present la dengan ape yang aku ade (ape yang aku paham dan belajar sepanjang buat research ni). dah selesai presentation aku.. masuk plak sesi soal jawab. yang best nya tentang panel ni, die tanya soalan dalam bahasa melayu je. dan kitorang pon boleh je jawab dalam bahasa melayu jugak. maklumlah U aku ni fully english kan.. hahaha.. cuak punya pasal, puan ni tanya dalam BM tapi aku jawab dalam BI (kawan aku bgtahu).. kalau kawan aku tak cakap, aku pon tak perasan sebab tengah cuak kan. end of my session, puan ruzitah pon bercakap 'very good'. wow! gila aku proud dapat pujian tu. maklumla kerja aku kan teruk bila dapat pujian macam ni, aku rasa dihargai. Tuhan pon bagi ganjaran cash pada aku. sangat tak sangka la puan cakap gitu kat aku. alhamdulillah aku dapat jawab ape yang dia tanya. naseb soalan dia straight to the point. 

ape2 pon puan ruzitah memang sempoi dan memahami. aku dengar-dengar ade yang dapat panel suke force2 jawab soalan. mungkin ni rezeki aku. Tuhan susah kan di awal perjalanan tapi memudahkan di penghujung jalan. amin~~


tidur lambat

assalamualaikum

aku tidur lambat lagi.. untuk kali ke berapa ntah aku pon tak tahu. tapi dalam 2minggu ni memang kurang tidur dan bersengkang mata. ape yang aku buat? ermm aku bukan la menelaah sampai time camni. kalo stakat menelaah tu, paling-paling pon jam 1pagi aku dah xsedarkan diri. tapi yang membuatkan aku leh stay up ke saat ni sebab aku buat projek. selain final year project (FYP) aku tu, ade beberapa lagi project yg besar.

IDP telah ku hantar isnin yang lalu.sekarang aku tengah buat projek capstone plak. project aku ni aku kene design solar panel tuk bangunan yang aku dah design dalam project IDP. kira nya kesinambungan la. heheh.. alhamdulillah dah siap dah part aku. tunggu yang lain2 untuk disatukan menjadi report.

rabu minggu depan start final exam aku. tak tahu la sempat mengadap buku ke tak sebab pembetulan FYP aku belum buat lg. kalau tak silap submision pada 30hb ni dimana aku ade 1 lagi paper final exam. memang haru jadual sem ni. aku tak dapat berehat walaupon di minggu ulangkaji ni. pertama kali dalam hidup aku rase kepenatan yan tak tertanggung..

ape2 pon aku mengharap sangat vacation aku dan kawan-kawan jadi kenyataan walaupon aku dengar, pada tarikh yang kami nak berehat itu, ade event lain. sedih rase nya. yelah lepas ni tak de la nak lepak sesame lagi.. masing2 dah ikut jalan masing2.. siap ade yg merancang nak kawen lagi.. 

aku nak tidur.. jumaat dan sabtu aku kene jg anak buah aku yang kuat berceloteh. harap2 dapat rehat sepuasnya.

p/s: chelsea sedang bertarung dgn birmingham.. heheh (chelsea musti menang besar!)


Wednesday, April 20, 2011

vermicomposting

assalamualaikum

seperti yang dijanji kan beberapa bulan yang lalu, hari ni aku akan cerita tentang research / final year project (FYP) aku. aku akan cerita cara-cara untuk buat composting ni. pertama skali, vermicomposting ni boleh ditafsirkan sebagai proses penguraian  (kompos) sisa makanan/ lain-lain menggunakan cacing dan menghasilkan baja organik sesuai untuk penggunaan pokok-pokok landskap. "Vermicomposting can defined as conversion of organic wastes into worm compost or worm fertilizer whereby suitable used as organic fertilizer".

bahan-bahan yang digunakan:
  1. sisa sayur-sayuran yang belum dimasak
  2. treated sludge (sisa daripada proses air kumbahan yang telah dirawat) dan tahi lembu
  3. cacing jenis African Nigtcrawler
  4. bin (recommended : wood)

cara-cara kompos:

 pertama sekali, lapiskan dulu bin menggunakan suratkhabar. lapiskan dalam 2/3helai. tak perlu tebal-tebal. kemudian letak kan bulk material/ bedding iaitu sludge/cowdung. ketebalan bedding ni bergantung pada jumlah cacing. selalunya boleh agak ketebalan nya. tapi aku mencadangkan letak kan sedalam setengah dari tinggi bin korang tu. untuk bedding ni, selain sludge dan tahi lembu korang boleh try material lain seperti tanah dan habuk kayu (sawdust). ikut pada resource yang senang nak dapat la kan. then, korang letak jaring. fungsi jaring ni untuk asingkan bedding dan sisa makanan untuk pemantauan. sekiranya sisa makanan dan sepenuhnya kompos, ia akan bercampur dengan bedding kat bawah tu.


gambar sebelah kiri tu sisa sayuran yang telah dicincang. dicincang kerana mempercepatkan proses penguaraian. boleh je tak nak cincang, korang guna shredded.. heheh. malas nak cincang, boleh cuma nanti proses tu lambat sikit la. so ape kate, cincang aje. hehehe.. dah cincang, letakkan sayur tadi dalam bin. rata kan sedkit cam dalam gambar sebelah kiri tu. setakat ni, paham tak? ok kan? banyak mana? oh ya.. kalo korang gunakan dalm 500gram cacing, korang letak dalam 2kg sisa. 




seterusnya, masukkan cacing. cacing dimasukan kemudian untuk mengelak kan cacing tu tersepit dengan bahan-bahan yang diletak kan. takut tercedera/lemas/mati. letak kan di atas sekali memudahkan cacing itu bergerak dengan sendiri.
biarkan proses ni selama seminggu. mengikut reseach aku ni, dalam masa seminggu, pengurangan berat sisa hampir 90%. kalau pandai jaga, insya'allah akan dapat 100% kompos. seperkara lagi. kalau korang tengok cam tak berapa nak lembap, korang spray dengan air sebab cacing tinggal ditempat yang lembap. ingat! jauhkan dari pencahayaan. cacing tak suka pada cahaya dan suhu yang tinggi. bagi keselesaan cacing, korang kene la spray air kat dia.. lagi 1, cacing sangat kalah dengan semut. elak kan semut dari mendekati bin. cara nya, setiap kaki bin tu letak kan semangkuk air. sepaya semut tak dapat nak panjat. 



selepas seminggu/kurang seminggu, korang tapiskan untuk asingkan cacing dengan baja. caranya, korang guna jaring halus. apa saja yang melepasi jaring tu adalah baja. selain itu, cacing yang terasing tu boleh digunakan lagi. cuba la dulu dalam skala yang kecil. cuba dulu dirumah. baja nanti boleh diguna kan untuk pokok-pokok bunga di rumah. gambar diatas, baja yang terhasil dari proses ini. Selamat mencuba!

kenapa nak kompos?
mesti korang tertanya-tanyakan. kenapa nak kompos? kenapa tak beli je baja kat kedai?
memang senang lagi kalau beli baja kat kedai kan.. hehe.. sebabnya kita nak mengurangkan sisa makanan yang dibuang ke tempat pelupusan sampah. memandangkan tempat pelupusan sampah ni memerlukan tanah yang luas dan Malaysia plak menghasilkan sisa makanan yang tinggi. cuba bayangkan setiap rumah mempraktik kan amalan ni, berapa banyak pengurangan yang boleh kita buat?? banyak kan. sayang nya masyarakat kita tak sedar tentang hakikat ni. hakikat yang anak cucu diorang akan menderita dengan apa yang diorang buat sekarang ni. kalau tak nak kompos pon xpe. mungkin tak de mase kan. cadangan saya, amalkan 3R (reduce, recycle, reuse). 
keputusan ditangan kita sendiri. ;)




Saturday, April 16, 2011

rebah

assalamualaikum..

dua minggu ni aku benar-benar sibuk. dibebani pelbagai kerja yang tak pernah surut. kerja yang aku rase tak terpikul. apakah ni ujian pada aku di akhir semester ini? aku pernah jatuh tersadung.. aku bangun memperkemaskan langkah agar tidak jatuh. tapi tak cukup kemas walaupon pujian diterima, kejayaan diraih.. aku hampir tersungkur lagi.. sukar sekali untuk bangun namun, ade tangan menghulur menbantu aku bangkit. sekali lagi aku mengatur langkah menhabiskan sisa ini.. langkah yang ku sangka teratur rupanya penuh onak duri. sakit melangkah tapi aku kena tabah. aku tak ingin berpaling lagi. untuk menghabiskan sisa perjuangan aku yang tampak nya dah sampai ke penghujung tapi sebagai HambaNya sekali lagi aku diuji.. benar-benar diuji. sakitnya tak tertanggug.jatuh terjelepok aku kali ni.. tiada siapa yang sudi menghulur tangan menbantu ku. aku benar-benar rebah tak mampu berdiri lagi. pada siapa aku ingin mengadu.. pada siapa ingin ku minta bantu.aku tak punya kekuatan lagi..

mampu kah aku menamatkan perjuangan ni?mak ayah maaf kan aku.. 


Saturday, April 9, 2011

supermoon or Lunar Pedigree

assalamualaikum

supermoon ialah suatu ketika dimana kedudukan bulan paling hampir dengan Bumi. Istilah supermoon ini diperkenalkan oleh seorang ahli astronomi yang dikenali sebagai Richard Nolle sejak dari 30tahun yang lalu. menurut teori Nolle, fenomena ini berlaku diantara 4-6kali dalam setahun. kat bawah ini aku sertakan gambar-gambar supermoon yang mampu memukau kan korang. ini semua kuasa Allah s.w.t. same-same la kite menghayati kebesaranNya.







 
gambar-gambar supermoon ni diambil diseluruh dunia (upload dari Google Image)

Mega - Suara Cinta (Live Plaet Hollywood 2007)

Thursday, April 7, 2011

End of FYP

Assalamualaikum..

agak lama ku tak memenuhi ruangan ni.. hari ni aku akan cerita serba sedikit tentang Majlis MoU antara JPS Malaysia dan UiTM. aku salah satu yang memeriahkan penganjuran MoU ni sebabnya research aku ditaja. dan sememang nya research aku untuk MoU ni.sepanjan majlis ni, seminar Sustainable Campus turut diadakan.
gambar2 dibawah ni pada Majlis MoU ni yg diadakan pada 06 april 2011.