AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Friday, September 9, 2011

... menjenguk stramberi di lembah genting pula

assalamualaikum

bersambung kembali cerita sebelum ni. selepas je kekecutan berendam sampai tak ingat dunia, kami decide nak ke strawberry farm di gohtong jaya. aku setuju je lagipun dah separuh jalan kan. azimah dan adik nya fatin exited sampai tak hingat yang dorang tu tak bawa baju untuk berjalan. hanya berseluar tracksuit dan seluar tidur. adik azimah la paling kelakar, pakai seluar tidur. hahah.. apa pun, kami redah je!

banyak jugak gambar yang diambil. tapi semuanya menggunakan fon sal. so aku tak dapat nak attach gambar kat post ni. 

ni kali ke 4 aku pergi strawberry farm ini. dan kali ke 3 aku pergi untuk tahun ini sahaja. hebat kan. bukan apa aku suka la ke sini. udara sejuk, mata pun sejuk tengok tumbuh-tumbuhan. lagi pun nak ke sini dari rumah aku dekat je. dalam 30minit. kalau bosan, boleh naik kereta kabel sampai puncak. kat atas lagi seronok nak jalan-jalan. jalan-jalan je tau. aku tak minat nak main permainan kat sana. heheh

berbalik pada kunjungan kali ini. aku memang nak sangat makan strawberry salut coklat. yes! dapat pun merasa. merasa ok! bukan makan sangat pun. kami beli 3sticks strawberry and 2sticks marshmallow. semuanya dalam lebih kurang RM25. makan kongsi-kongsi la memandang kan benda ni mahal. selesai makan kami pun bercerita sorang dapat makan berapa biji. oh ya, 1 stick ada 4 ketul strawberry/marshmallow. kira..punya kira.. alangkah terkejutnya semua orang tau. nak tahu siapa paling banyak makan? S.A.L!!! aku makan sebiji strawberry, setengah marshmallow. S.A.L makan 1stick strawberry dan 1stick marshmallow. padan la mira dan adik azimah hanya makan sikit aje. kami betul-betul terkejut! sal apa lagi. dengan muka tak bersalah dia la kan. apa-apa pun, kitorang memang enjoy habis!
lepas penat berjalan, kami balik. tapi bukan balik ke rumah masing-masing tapi balik ke rumah azimah. dia ajak main masak-masak kat rumah dia. kami decide nak masak megi kari. sal pula dengan ayam goreng dan cendawan goreng tepung nya. sangat sedap masak beramai-ramai di dapur. dan sangat kenyang. 

lepas kekenyangan kami beramai-ramai melihat album gambar azimah. album zaman sekolah dulu. apa lagi, gelak pun terbarai la dengan aksi dolu-dolu kan.

emm indah nya hari itu. kalau siang masih panjang, tentu cerita aku ni juga panjang. di sebab kan malam datang menjenguk kami pun beransur pulang pada jam10pm. sal pulang ke shah alam bersama kawan dia. aku dan mira pulang kerumah kami yang tak jauh dari rumah azimah..

satu lagi kenangan terindah terukir pada tahun ini. tahun depan ntah la. azimah pun dah bertunang. bila-bila masa dia akan di ijab kabul kan. apa-apa pun, persahabatan kami tetap utuh walaupun berjauhan.

ni aku letak gambar-gambar yang diambil masa kunjungan dahulu k..








No comments:

Post a Comment