AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Friday, September 9, 2011

mandi sungai di kaki bukit genting highland!

selepas keadaan kelam kabut di kala kau rasa tak cukup tidur, mira ambil aku dirumah. aku dan mira bergerak ke rumah azimah. berkumpul disana sebelum ke sungai. cadangan nya mahu mandi di kaki genting. aku pun tak tahu apa nama sungai tu. tapi aku dah 3 kali mandi kat situ. sebenarnya aku, azimah, mira dan sal kawan sekolah menengah dulu. kira-kira 8tahun yang lalu. sehingga hari ini persahabatan kami boleh la nak dianggap rapat. sal dan mira masih belajar. aku baru tamat belajar dan azimah baru kehilangan pekerjaan. jadi, kami memang banyak masa untuk bersama. kami ada lagi seorang kawan tapi dia dah kahwin, jadinya tak boleh la nak join kami lagi.

kami bertolak dengan 2 kereta. sal bawa seorang kawan dan azimah pula bawa adik nya. kami ber6. dalam perjalanan, tiba-tiba hujan. yelah keadaan jerebu, tak dapat nak predict cuaca kan. tetiba je dah hujan. dalam hati kesedihan. yelah kalau hujan tak boleh nak mandi sungai takut kepala air datang tiba-tiba. tapi kami decide redah juga. kira-kira 20minit sampai ke destinasi. kami perlu tengok air sungai sebelum ambil keputusan untuk mandi. alhamdulillah, air sungai biasa, tak pula keruh. mungkin di hulu tak hujan. 

seronok rasanya tengok air sungai yang jernih lagi dalam. menyesal pula ambil keputusan tak nak mandi. dorang semua mandi. aku sorang je tak mandi. tapi tak pe la. hehe

ni gambar-gamabr yang sempat aku ambil..







 ni je gambar aku ambil. lain-lain dalam fon sal. aku tak ambil lagi dari dia. tapi kisah kami belum terhenti di sini lagi. nanti kan kisah seterusnya dalam entry selepas ini. aku nak keluar ke pekan jap ada urusan sikit. hehehe..

No comments:

Post a Comment