mesti tertanya-tanya kan. yelah aku tak pernah buat entry pun pasal buku. mention pasal aku minat membaca pun tak pernah rasanya sepanjang aku berblogger ni.
meh aku cerita sikit pasal hobi aku yang suam-suam kuku ini. aku saja cakap suam-suam kuku sebab aku akan membaca bila ada bahan yang aku nak baca. nak ada bahan mesti la ada duit kan. kesimpulan nya aku akan membeli buku bila ada duit. hehe.. kalau nak tahu, aku amat bahaya kalau ke kedai buku. aku lebih suka menghabiskan duit di kedai buku berbanding di tempat-tempat lain. kalau aku tengah tak ada duit, aku perlu menghindari dari masuk ke kedai buku!
so, aku kan ke shah alam selama 2hari.aku sempat ke kedai buku. tak rancang pun ke sana tapi dah nampak kan, aku pun masuk. niat awal nak pusing-pusing kat SACC Mall tu cari hadiah konvo untuk kawan-kawan aku tapi lain plak jadinya. setelah setengah jam kat dalam kedai buku MPH tu, aku decide beli 2 buah buku. sebuah novel dan sebuah lagi buku non fiksyen. semunya rm41.60. tengok! aku dah bagitahu kan. dalam keadaan darurat aku tak bekerja lagi ni, sanggup je aku kuarkan hampir rm50 untuk beli buku padahal makan tadi, aku hanya makan rm5 je.
novel aku beli penulisan Rudy Hirdy yang mana aku pernah baca buku dia sebelum ni bertajuk 'Aku bukan malaikat'. dan buku baru penulisan yang aku beli ini sambungan dari buku sebelum ini bertajuk 'Dia bukan nabi'. aku belum pun lagi baca buku ini.
buku kedua bertajuk 'mengapa Rasulullah tak pernah sakit' hasil penulisan Dr Adi Hashman. aku suka penulisan Dr Adi ni walaupun aku baru meniti muka-muka depan buku ini. aku suka kata-kata semangat dan kata-kata yang membuka mata hati aku. antara nya:
'setiap perintah dan larangan dalam Islam itu mempunyai manfaat kepada manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan apa ataupun sesiapa. hakikatnya adalah, Allah tidak bertambah mulia dengan ibadah hambaNya dan tidak terluka oleh kederhakaan hambaNya. apa yang Allah perintahkan kepada hambaNya beerti penting untuk hambaNya, sehingga Dia mewajibkannya. satu-satu alasan yang mungkin dapat kita fahami adalah kerana Dia mencintai hambaNya'
ini lah salah satu bagi aku nasihat yang betul-betul membuka mata hati aku. setiap patah ayat yang dicoret, aku pasti tidak mahu melepaskannya kerana aku percaya disitu ada sesuatu yang penting. pada korang, jom la kita sama-sama membaca sebuah karya yang bagi aku sebuah karya hebat! (walaupun aku belum habis lagi baca).
semoga dalam isi buku ini aku menemui sesuatu yang selama ini aku mencari. Insya'allah..
p/s: aku tidak berasa rugi membeli sebuah buku sama ada ia nya fiksyen mahupun non fiksyen kerana aku percaya di dalam nya mengandungi ilmu yang belum pernah aku terokai. sesungguhnya aku mencintai ilmu!
No comments:
Post a Comment