AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Sunday, September 25, 2011

malam yang panas

assalamualaikum

aku bergegas pulang ke rumah hari ini. semua nya kerana si cilik, adam anak buah aku tidak sihat. ada jangkitan dalam darah adam. aku baru 2 hari berada di shah alam bersama kawan-kawan. saja datang ke shah alam lepak bersama kawan disamping menziarahi abah dan emak kawan aku yang akan berangkat ke Makkah minggu depan bagi menunaikan rukun Islam ke 5.

agak risau dengan kesihatan adam. itu yang aku bergegas pulang walaupun aku bukan la seorang doktor yang dapat megubati penyakit itu. dan agak rajin pula aku, pada sebelah malam nya aku ke kenduri tahlil jiran aku. yelah, aku kan masih belum bekerja, sementara ada kesempatan aku mahu menziarahi jiran tetangga. tambahan pula dapat menemani mak aku yang kurang sihat. dan aku pula terpaksa mengorbankan masa bola aku. hahah.. malam minggu hampa kalau tidak menonton siaran bola BPL. sempat juga la aku tengok sebelum ke kenduri. hehhe

di pendek kan cerita. aku dengar cakap-cakap makcik-makcik kat sini, tengah malam ini bekalan elektrik akan diputuskan oleh TNB atas sebab-sebab penyelenggaraan. arrrgggghhhh.. bersauna la malam ni aku tidur. dan sah-sah game Manchester U tak dapat aku tengok.

memang betul cakap-cakap makcik kat kenduri tu.. jam 12++ elektrik memnag diputus kan. aku ingatkan aku boleh la tidur seperti sebelum ni dimana elektrik tak ada juga kan.. tapi rupanya aku mampu tidur 2jam saja. dalam keadaan yang tak boleh tidur, aku pun bangun mandi. rimas dengan peluh dan gigitan nyamuk! makin galak pula nyamuk ni.. tension aku! pas mandi, mata pun makin membuntang dan segar, aku pun buka buku. konon-konon nak membaca la dengan bertemankan sebatang lilin. dalam 10minit aku syok layan bacaan aku, papp!! elektrik disambungkan semula! yayy!.. tapi mata aku still segar.. hahah gara-gara mandi tadi. so aku pun online main game dan update blog ni!

p/s: mase kenduri tadi, aku terkontang - kanting gara-gara aku seorang saja orang muda dan yang masih single kat kenduri. melayan je mak cik- mak cik kat situ bergosip.. mana la orang muda seperti aku di malam minggu??


No comments:

Post a Comment