AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Wednesday, September 21, 2011

asid urik

assalamualaikum..

asid urik.. 
sebelum ini aku pernah la dengar-dengar asid urik ini kan tapi tak tahu la pula apa itu asid urik. lebih-lebih lagi apa kesan dalam hidup kita ini kan.. kali ini aku nak cerita sikit pasal asid urik memandangkan aku secara langsung terjebak dengan asid ini.

cerita bermula nya pada syawal ini. di mana semua umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. mak aku, sejak raya ini kaki nya sakit. sendi-sendi semua nya sakit sampai kan tak mampu untuk berjalan. terpaksa la aku dan abang aku mencari farmasi mana yang buka untuk membeli ubat. ye lah kan masa raya ini klinik mak aku selalu pergi menerima rawatan masih belum buka. cuti panjang..

walaupun makan ubat tahan sakit, sakit nya masih kurang malahan kaki makin bengkak. aku banyak kali pujuk siap marah-marah lagi mak aku kenapa tak nak pergi klinik. yelah raya pun dah 2minggu kan. tak ada alasan lagi klinik tak buka lagi ke apa. akhirnya mak akur.
doktor memang syak gout la. mak aku memang ada gout pun. doktor cek asid urik dalam mak aku. punya lah tinggi result dia.. 9.9 padahal limit asid itu dalam badan manusia hanya lah 6.0.. doktor bagi ubat dan seperti biasa, suruh pantang makan.

di jadikan cerita setelah beberapa hari, ubat pun dah habis aku suruh mak aku jumpa doktor lagi kot-kot asid tu dah turun ke apa ke kan. cek untuk kali kedua ini, asid tu naik lagi. kali ini 10.5 doktor punya terkejut. terus tanya makan apa dalam 2,3 hari ini. mak aku tergagap-gagap menjawab. tak sangka asid tu naik padahal mak aku punya lah takut nak makan. asyik tak lalu makan 2,3 hari ini..

kali ini doktor suruh pantang selama sebulan. elak kan kekacang, makanan laut, makanan dlm tin/makanan ada bahan pengawet, daging, kobis, kopi dan banyak kan minum air kosong. hah! ambil ko! tak pasal-pasal je nikmat makan tu kena tarik. masalah mak aku ini satu je, tak reti nak pantang. mak tak makan bubur nasi. kan senang makan je bubur nasi, rebus je apa-apa sayur buat lauk tapi mak tak boleh telan semua itu. aku pun buntu.

asid ini memang ada dalam badan kita tapi secara semulajadi telah dinyah kan oleh ginjal. itu sebab kena banyak kan minum air kosong untuk cuci semula ginjal kita. aku pun tak tahu la ikhtiar macam mana nak buat dengan mak aku itu. doakan je asid tu cepat-cepat keluar. kalau tak, menderita gout la jawab nya..


No comments:

Post a Comment