emm memang bengang dengan makhluk Allah yang dilahirkan sebagai adik aku. adik aku ke? ntah la. 5tahun yang lepas memang aku tak mengaku adik pon. orang tanya pon aku cakap aku tak ada adik. kawan-kawan rapat dengan aku tahu la kenapa aku tak mengaku dia tu adik aku. ni semua sebab dia yang buat aku benci dia. sangat benci dengan apa yang dia lakukan pada mak ayah aku.
tapi setahun 2tahun kebelakangan ni aku boleh lagi la bertegur dengan dia. dia pon tak duduk rumah lagi selepas ayah aku mengamuk. tapi kalau dia balik, mesti aku rasa rimas, menyampah. walaupun dia mengatakan ingin berubah.
tapi saat tadi, aku tahu bagi 100tahun pun dia tak kan berubah selagi tak tunduk pada Maha Pencipta. aku dengar dia marah mak aku tadi tapi tak pastila dia maki ke apa kan. yang pasti dia marah mak aku hanya kerana kunci moto dia mak aku tak tahu kat mana.
dah la aku bengang gelang tangan aku hilang. mak aku plak bercerita macam aku tak yakin je cerita mak aku tu. sekarang ada dua teori je aku percaya. pertama, gelang tu adik aku curi (masa dia tengah jadi bodoh dulu!). keduanya ayah aku gadai time sesak masa kes adik aku kat mahkamah dulu. apa-apa pun yang berlaku aku nak tahu sangat-sangat. aku tak kisah la kalau sekali pun ayah gadai. tapi jangan bohong aku. aku paling benci kalau aku dapat tahu orang bohong aku sekalipun ianya mak ayah aku. sebabnya, terus terang la. bukan aku kepingin sangat emas tu (walaupun rasa sayang sebab tu hadiah ayah bagi lepas diploma dulu).itu je alasan aku kenapa aku sayang pada gelang tu. sebabnya ayah yang hadiahkan lepas dapat diploma. lepas SPM ayah bagi rantai. aku sedih sangat. tapi kalau aku tahu budak tak berguna tu curi, memang aku tak maafkan. biarla putus kasih pun sebab aku pun tak pernah kasihkan dia!
weh, ko kate nak berubah? puuuiihhhh!! ludah la ke langit. biar kau rasa ludah tu kena pada muka kau balik sebab nya, kau tak kan berubah! sekali pun kau nak berubah aku akan tengok pada ketaatan kau pada Yang Satu, ketaatan kau pada mak dan ayah. kalau tu aku tak nampak, kau belum lagi berubah!! teruskan la dengan hidup kau macam tu. selagi kau belum buat mak ayah tersungkur selagi tu aku terima kau dalam hidup aku!
No comments:
Post a Comment