AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Wednesday, September 28, 2011

eh dapat hadiah??

assalamualaikum

tengah seronok-seronok melayan cerita phineas and ferb, ayah menegur aku. 

'nah. ambil ni. fon lagi satu tu dah tak elok kan?'

aku terkesima..

'ayah bagi ke ni? ayah beli baru?'

'aah. beli baru. tapi kaler biru. cas 8jam ye sebab fon baru'

dan ayah pun berlalu pergi.

wow! terkejut aku. mana ayah tahu fon nokia aku rosak? ermm ni mesti mak yang bercerita ini.aku pun buka la kotak fon tu, tak belek-belek pun sebab memang sama model dengan fon yang ayah aku tengah guna sekarang. just aku masuk kan sim dan cas kan fon tu.

ni la fon tu. nokia x1-01. canggih la jugak kalau nak banding dengan fon nokia aku yang rosak tu kan.. biru lagi. i like biru! daripada merah kan. fon ayah kaler merah.. hehe

apa-apa pun aku tak sempat nak ucap terima kasih kat ayah plus kitorang ini kurang berkomunikasi. memang gitu sejak dulu lagi.. ermm tapi harap-harap ucapan aku ini sampai la kat hati ayah dan aku tertanya-tanya kenapa ayah hadiah kan aku fon ni? hadiah konvo ke?

lesen oh lesen

assalamualaikum

lesen aku dah tamat tempoh semalam (27september). 

terasa amat malas untuk di perbaharui. terbang lagi duit aku rm30.. 

hahahhaha..

keluarkan duit untuk sesuatu yang aku tak suka, memang berat hati..

esok kot aku melawat JPJ. sebabnya Jumaat aku akan merempit ke Shah Alam. heheh

p/s: boleh ke aku berbasikal ke JPJ esok? saje buang tebiat + exercise.. ngeeeeee choww dulu.



Sunday, September 25, 2011

buku terbaru

assalamualaikum

mesti tertanya-tanya kan. yelah aku tak pernah buat entry pun pasal buku. mention pasal aku minat membaca pun tak pernah rasanya sepanjang aku berblogger ni. 

meh aku cerita sikit pasal hobi aku yang suam-suam kuku ini. aku saja cakap suam-suam kuku sebab aku akan membaca bila ada bahan yang aku nak baca. nak ada bahan mesti la ada duit kan. kesimpulan nya aku akan membeli buku bila ada duit. hehe.. kalau nak tahu, aku amat bahaya kalau ke kedai buku. aku lebih suka menghabiskan duit di kedai buku berbanding di tempat-tempat lain. kalau aku tengah tak ada duit, aku perlu menghindari dari masuk ke kedai buku!

so, aku kan ke shah alam selama 2hari.aku sempat ke kedai buku. tak rancang pun ke sana tapi dah nampak kan, aku pun masuk. niat awal nak pusing-pusing kat SACC Mall tu cari hadiah konvo untuk kawan-kawan aku tapi lain plak jadinya. setelah setengah jam kat dalam kedai buku MPH tu, aku decide beli 2 buah buku. sebuah novel dan sebuah lagi buku non fiksyen. semunya rm41.60. tengok! aku dah bagitahu kan. dalam keadaan darurat aku tak bekerja lagi ni, sanggup je aku kuarkan hampir rm50 untuk beli buku padahal makan tadi, aku hanya makan rm5 je. 

novel aku beli penulisan Rudy Hirdy yang mana aku pernah baca buku dia sebelum ni bertajuk 'Aku bukan malaikat'. dan buku baru penulisan yang aku beli ini sambungan dari buku sebelum ini bertajuk 'Dia bukan nabi'. aku belum pun lagi baca buku ini.


buku kedua bertajuk 'mengapa Rasulullah tak pernah sakit' hasil penulisan Dr Adi Hashman. aku suka penulisan Dr Adi ni walaupun aku baru meniti muka-muka depan buku ini. aku suka kata-kata semangat dan kata-kata yang membuka mata hati aku. antara nya:

'setiap perintah dan larangan dalam Islam itu mempunyai manfaat kepada manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan apa ataupun sesiapa. hakikatnya adalah, Allah tidak bertambah mulia dengan ibadah hambaNya dan tidak terluka oleh kederhakaan hambaNya. apa yang Allah perintahkan kepada hambaNya beerti penting untuk hambaNya, sehingga Dia mewajibkannya. satu-satu alasan yang mungkin dapat kita fahami adalah kerana Dia mencintai hambaNya'

ini lah salah satu bagi aku nasihat yang betul-betul membuka mata hati aku. setiap patah ayat yang dicoret, aku pasti tidak mahu melepaskannya kerana aku percaya disitu ada sesuatu yang penting. pada korang, jom la kita sama-sama membaca sebuah karya yang bagi aku sebuah karya hebat! (walaupun aku belum habis lagi baca).

semoga dalam isi buku ini aku menemui sesuatu yang selama ini aku mencari. Insya'allah..



p/s: aku tidak berasa rugi membeli sebuah buku sama ada ia nya fiksyen mahupun non fiksyen kerana aku percaya di dalam nya mengandungi ilmu yang belum pernah aku terokai. sesungguhnya aku mencintai ilmu!

sakit kepala

assalamualaikum

kerap kali aku mengalami sakit kepala. ya! baru baru perasan, baru-baru ini aku kerap sakit kepala. sakit kepala yang.. entah la aku pun tak tahu nak explain macam mana. tapi memang kerapla. boleh dikatakan tiap-tiap hari. selalunya sebelah malam. 

memandangkan aku ada terbaca artikel tentang kerakusan panadol memamah kesihatan kita, aku decide tak nak telan madu dalam racun itu. apa yang aku buat, aku sapu minyak Jerslin. sebenarnya aku pakai minyak ini untuk ubati sakit aku yang lain tapi aku terbaca yang minyak ini boleh digunakan untuk pelbagai sakit. aku pun cuba-cuba apukan pada dahi, tengkuk dan kepala (rambut). alhamdulillah berkat usaha untuk memulihkan sakit, Tuhan pun meringankan sakit aku. aku tak tipu. ia betul-betul berkesan. 

aku sebenarnya tak percaya sangat minyak-minyak atau ubat-ubatan sebarangan tapi minyak ini diperbuat dari bahan-bahan yang aku yakini seperti habatusauda, minyak bijan, minyak zaitun iaitu bahan-bahan semulajadi dan selalu digunakan dalam perubatan Islam sejak dulu lagi. itu yang buat aku nak cuba minyak ini. cuma sakit aku yang aku nak ubati itu belum pulih lagi.mungkin sebab sakit itu serius. aku saja yang tak nak ke hospital tapi sejak aku gunakan minyak ini, ada tanda-tanda ostif. cuma mungkin perlukan masa kan. insya'allah aku akan terus menunggu masa itu.

apa-apa pun aku harap sakit kepala yang kerap aku alami ini tak ada apa-apa lah kan. risau juga.

sesungguhnya kesihatan itu adalah hadiah terbaik buat diri kita

malam yang panas

assalamualaikum

aku bergegas pulang ke rumah hari ini. semua nya kerana si cilik, adam anak buah aku tidak sihat. ada jangkitan dalam darah adam. aku baru 2 hari berada di shah alam bersama kawan-kawan. saja datang ke shah alam lepak bersama kawan disamping menziarahi abah dan emak kawan aku yang akan berangkat ke Makkah minggu depan bagi menunaikan rukun Islam ke 5.

agak risau dengan kesihatan adam. itu yang aku bergegas pulang walaupun aku bukan la seorang doktor yang dapat megubati penyakit itu. dan agak rajin pula aku, pada sebelah malam nya aku ke kenduri tahlil jiran aku. yelah, aku kan masih belum bekerja, sementara ada kesempatan aku mahu menziarahi jiran tetangga. tambahan pula dapat menemani mak aku yang kurang sihat. dan aku pula terpaksa mengorbankan masa bola aku. hahah.. malam minggu hampa kalau tidak menonton siaran bola BPL. sempat juga la aku tengok sebelum ke kenduri. hehhe

di pendek kan cerita. aku dengar cakap-cakap makcik-makcik kat sini, tengah malam ini bekalan elektrik akan diputuskan oleh TNB atas sebab-sebab penyelenggaraan. arrrgggghhhh.. bersauna la malam ni aku tidur. dan sah-sah game Manchester U tak dapat aku tengok.

memang betul cakap-cakap makcik kat kenduri tu.. jam 12++ elektrik memnag diputus kan. aku ingatkan aku boleh la tidur seperti sebelum ni dimana elektrik tak ada juga kan.. tapi rupanya aku mampu tidur 2jam saja. dalam keadaan yang tak boleh tidur, aku pun bangun mandi. rimas dengan peluh dan gigitan nyamuk! makin galak pula nyamuk ni.. tension aku! pas mandi, mata pun makin membuntang dan segar, aku pun buka buku. konon-konon nak membaca la dengan bertemankan sebatang lilin. dalam 10minit aku syok layan bacaan aku, papp!! elektrik disambungkan semula! yayy!.. tapi mata aku still segar.. hahah gara-gara mandi tadi. so aku pun online main game dan update blog ni!

p/s: mase kenduri tadi, aku terkontang - kanting gara-gara aku seorang saja orang muda dan yang masih single kat kenduri. melayan je mak cik- mak cik kat situ bergosip.. mana la orang muda seperti aku di malam minggu??


Wednesday, September 21, 2011

asid urik

assalamualaikum..

asid urik.. 
sebelum ini aku pernah la dengar-dengar asid urik ini kan tapi tak tahu la pula apa itu asid urik. lebih-lebih lagi apa kesan dalam hidup kita ini kan.. kali ini aku nak cerita sikit pasal asid urik memandangkan aku secara langsung terjebak dengan asid ini.

cerita bermula nya pada syawal ini. di mana semua umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. mak aku, sejak raya ini kaki nya sakit. sendi-sendi semua nya sakit sampai kan tak mampu untuk berjalan. terpaksa la aku dan abang aku mencari farmasi mana yang buka untuk membeli ubat. ye lah kan masa raya ini klinik mak aku selalu pergi menerima rawatan masih belum buka. cuti panjang..

walaupun makan ubat tahan sakit, sakit nya masih kurang malahan kaki makin bengkak. aku banyak kali pujuk siap marah-marah lagi mak aku kenapa tak nak pergi klinik. yelah raya pun dah 2minggu kan. tak ada alasan lagi klinik tak buka lagi ke apa. akhirnya mak akur.
doktor memang syak gout la. mak aku memang ada gout pun. doktor cek asid urik dalam mak aku. punya lah tinggi result dia.. 9.9 padahal limit asid itu dalam badan manusia hanya lah 6.0.. doktor bagi ubat dan seperti biasa, suruh pantang makan.

di jadikan cerita setelah beberapa hari, ubat pun dah habis aku suruh mak aku jumpa doktor lagi kot-kot asid tu dah turun ke apa ke kan. cek untuk kali kedua ini, asid tu naik lagi. kali ini 10.5 doktor punya terkejut. terus tanya makan apa dalam 2,3 hari ini. mak aku tergagap-gagap menjawab. tak sangka asid tu naik padahal mak aku punya lah takut nak makan. asyik tak lalu makan 2,3 hari ini..

kali ini doktor suruh pantang selama sebulan. elak kan kekacang, makanan laut, makanan dlm tin/makanan ada bahan pengawet, daging, kobis, kopi dan banyak kan minum air kosong. hah! ambil ko! tak pasal-pasal je nikmat makan tu kena tarik. masalah mak aku ini satu je, tak reti nak pantang. mak tak makan bubur nasi. kan senang makan je bubur nasi, rebus je apa-apa sayur buat lauk tapi mak tak boleh telan semua itu. aku pun buntu.

asid ini memang ada dalam badan kita tapi secara semulajadi telah dinyah kan oleh ginjal. itu sebab kena banyak kan minum air kosong untuk cuci semula ginjal kita. aku pun tak tahu la ikhtiar macam mana nak buat dengan mak aku itu. doakan je asid tu cepat-cepat keluar. kalau tak, menderita gout la jawab nya..


wait another day lyric

 by UH HUH HER


I look at the starlight,
I am shattered by the night
Always run where I can and
I hide where I wanna hide
But it feels so right,
I want it tonight
It feels so right

Oh, I went out of my mind
I am caught here
one more time
I know how it feels tonight
I can do nothing about it
But it feels so right,
I want it tonight
You feel so right

I will wait to love you
I will wait another day
For you I'd leave
all this behind
I will wait for you tonight
I will waste
another dream on you
Always run to you, run

I will take the long road
But it leads right back to you
Follow you into the sun
I will steal this time for you

But it feels so right
I want it tonight
You feel so right

Oh, I will wait to love you
I will wait another day
For you I'd leave
all this behind
I will wait for you tonight
I will waste
another dream on you
Always run to you

I will wait to love you
I will wait another day
For you I'd leave
all this behind
I will wait for you tonight
I will waste
another dream on you
Always run to...you, run



Uh Huh Her - Wait Another Day (Acoustic)

Friday, September 9, 2011

hadiah setem dari sepupu di Jerman

assalamualaikum

seperti dijanji kan aku nak  buat entry pasal setem-setem yang aku terima dari yunos. semuanya setem terpakai. terlalu banyak dan sehingga hari ini aku belum pun habis tengok. bawah ini aku tunjuk kan sebahagian setem-setem dari album itu.

sebahagian setem yang belum dimasukkan dalam album











... menjenguk stramberi di lembah genting pula

assalamualaikum

bersambung kembali cerita sebelum ni. selepas je kekecutan berendam sampai tak ingat dunia, kami decide nak ke strawberry farm di gohtong jaya. aku setuju je lagipun dah separuh jalan kan. azimah dan adik nya fatin exited sampai tak hingat yang dorang tu tak bawa baju untuk berjalan. hanya berseluar tracksuit dan seluar tidur. adik azimah la paling kelakar, pakai seluar tidur. hahah.. apa pun, kami redah je!

banyak jugak gambar yang diambil. tapi semuanya menggunakan fon sal. so aku tak dapat nak attach gambar kat post ni. 

ni kali ke 4 aku pergi strawberry farm ini. dan kali ke 3 aku pergi untuk tahun ini sahaja. hebat kan. bukan apa aku suka la ke sini. udara sejuk, mata pun sejuk tengok tumbuh-tumbuhan. lagi pun nak ke sini dari rumah aku dekat je. dalam 30minit. kalau bosan, boleh naik kereta kabel sampai puncak. kat atas lagi seronok nak jalan-jalan. jalan-jalan je tau. aku tak minat nak main permainan kat sana. heheh

berbalik pada kunjungan kali ini. aku memang nak sangat makan strawberry salut coklat. yes! dapat pun merasa. merasa ok! bukan makan sangat pun. kami beli 3sticks strawberry and 2sticks marshmallow. semuanya dalam lebih kurang RM25. makan kongsi-kongsi la memandang kan benda ni mahal. selesai makan kami pun bercerita sorang dapat makan berapa biji. oh ya, 1 stick ada 4 ketul strawberry/marshmallow. kira..punya kira.. alangkah terkejutnya semua orang tau. nak tahu siapa paling banyak makan? S.A.L!!! aku makan sebiji strawberry, setengah marshmallow. S.A.L makan 1stick strawberry dan 1stick marshmallow. padan la mira dan adik azimah hanya makan sikit aje. kami betul-betul terkejut! sal apa lagi. dengan muka tak bersalah dia la kan. apa-apa pun, kitorang memang enjoy habis!
lepas penat berjalan, kami balik. tapi bukan balik ke rumah masing-masing tapi balik ke rumah azimah. dia ajak main masak-masak kat rumah dia. kami decide nak masak megi kari. sal pula dengan ayam goreng dan cendawan goreng tepung nya. sangat sedap masak beramai-ramai di dapur. dan sangat kenyang. 

lepas kekenyangan kami beramai-ramai melihat album gambar azimah. album zaman sekolah dulu. apa lagi, gelak pun terbarai la dengan aksi dolu-dolu kan.

emm indah nya hari itu. kalau siang masih panjang, tentu cerita aku ni juga panjang. di sebab kan malam datang menjenguk kami pun beransur pulang pada jam10pm. sal pulang ke shah alam bersama kawan dia. aku dan mira pulang kerumah kami yang tak jauh dari rumah azimah..

satu lagi kenangan terindah terukir pada tahun ini. tahun depan ntah la. azimah pun dah bertunang. bila-bila masa dia akan di ijab kabul kan. apa-apa pun, persahabatan kami tetap utuh walaupun berjauhan.

ni aku letak gambar-gambar yang diambil masa kunjungan dahulu k..








mandi sungai di kaki bukit genting highland!

selepas keadaan kelam kabut di kala kau rasa tak cukup tidur, mira ambil aku dirumah. aku dan mira bergerak ke rumah azimah. berkumpul disana sebelum ke sungai. cadangan nya mahu mandi di kaki genting. aku pun tak tahu apa nama sungai tu. tapi aku dah 3 kali mandi kat situ. sebenarnya aku, azimah, mira dan sal kawan sekolah menengah dulu. kira-kira 8tahun yang lalu. sehingga hari ini persahabatan kami boleh la nak dianggap rapat. sal dan mira masih belajar. aku baru tamat belajar dan azimah baru kehilangan pekerjaan. jadi, kami memang banyak masa untuk bersama. kami ada lagi seorang kawan tapi dia dah kahwin, jadinya tak boleh la nak join kami lagi.

kami bertolak dengan 2 kereta. sal bawa seorang kawan dan azimah pula bawa adik nya. kami ber6. dalam perjalanan, tiba-tiba hujan. yelah keadaan jerebu, tak dapat nak predict cuaca kan. tetiba je dah hujan. dalam hati kesedihan. yelah kalau hujan tak boleh nak mandi sungai takut kepala air datang tiba-tiba. tapi kami decide redah juga. kira-kira 20minit sampai ke destinasi. kami perlu tengok air sungai sebelum ambil keputusan untuk mandi. alhamdulillah, air sungai biasa, tak pula keruh. mungkin di hulu tak hujan. 

seronok rasanya tengok air sungai yang jernih lagi dalam. menyesal pula ambil keputusan tak nak mandi. dorang semua mandi. aku sorang je tak mandi. tapi tak pe la. hehe

ni gambar-gamabr yang sempat aku ambil..







 ni je gambar aku ambil. lain-lain dalam fon sal. aku tak ambil lagi dari dia. tapi kisah kami belum terhenti di sini lagi. nanti kan kisah seterusnya dalam entry selepas ini. aku nak keluar ke pekan jap ada urusan sikit. hehehe..

tengahari yang kelam kabut!

rabu lepas (07/09/2011) aku bangun lewat. aku bangun pun selepas beberapa kali fon aku berbunyi. entah siapa la mengganggu tidur aku ni. maklum la aku tidur selepas subuh gara - gara aku melayan bola England vs Wales. lebih dasnyat nya elektrik terputus masa subuh tu dan sampai tengahari aku masih lena tidur. arrgghh siapa je lah yang ganggu tidur aku ini. oh, azimah (bukan nama penuh :p)! dia mesej aku sebab aku tak angkat call dia.

mesej 1:
'weh, jom mandi sungai. panas la. tak ada elektrik ini'

dalam hati aku 'eh sampai kawasan dia ke elektrik tak ada? cam ada kerosakan teruk je'

mesej 2:
'mesti korang tidur lagi kan. bangun la weh. sal on the way dah'

dalam hati aku 'mesti mesej forward buat aku dan mira nih. hehehe. eh sal dari jauh dah on the way? biar betul'

aku dengan kelam kabut nya terus bangun mandi. selepas mandi aku call azimah kata aku dah ready just tunggu mira pick up aku. aku terus call sal tanya dia dah sampai mana. hampeh punya azimah! kelentong aku rupanya. sal baru je nak siap-siap. huh! terus aku ke dapur makan!

itu la situasi dimana kalau tiada perancangan awal. semua nya kelam kabut tapi aku suka!

Monday, September 5, 2011

aku bengang je dengan kau ni

assalamualaikum

emm memang bengang dengan makhluk Allah yang dilahirkan sebagai adik aku. adik aku ke? ntah la. 5tahun yang lepas memang aku tak mengaku adik pon. orang tanya pon aku cakap aku tak ada adik. kawan-kawan rapat dengan aku tahu la kenapa aku tak mengaku dia tu adik aku. ni semua sebab dia yang buat aku benci dia. sangat benci dengan apa yang dia lakukan pada mak ayah aku.

tapi setahun 2tahun kebelakangan ni aku boleh lagi la bertegur dengan dia. dia pon tak duduk rumah lagi selepas ayah aku mengamuk. tapi kalau dia balik, mesti aku rasa rimas, menyampah. walaupun dia mengatakan ingin berubah. 

tapi saat tadi, aku tahu bagi 100tahun pun dia tak kan berubah selagi tak tunduk pada Maha Pencipta. aku dengar dia marah mak aku tadi tapi tak pastila dia maki ke apa kan. yang pasti dia marah mak aku hanya kerana kunci moto dia mak aku tak tahu kat mana. 

dah la aku bengang gelang tangan aku hilang. mak aku plak bercerita macam aku tak yakin je cerita mak aku tu. sekarang ada dua teori je aku percaya. pertama, gelang tu adik aku curi (masa dia tengah jadi bodoh dulu!). keduanya ayah aku gadai time sesak masa kes adik aku kat mahkamah dulu. apa-apa pun yang berlaku aku nak tahu sangat-sangat. aku tak kisah la kalau sekali pun ayah gadai. tapi jangan bohong aku. aku paling benci kalau aku dapat tahu orang bohong aku sekalipun ianya mak ayah aku. sebabnya, terus terang la. bukan aku kepingin sangat emas tu (walaupun rasa sayang sebab tu hadiah ayah bagi lepas diploma dulu).itu je alasan aku kenapa aku sayang pada gelang tu. sebabnya ayah yang hadiahkan lepas dapat diploma. lepas SPM ayah bagi rantai. aku sedih sangat. tapi kalau aku tahu budak tak berguna tu curi, memang aku tak maafkan. biarla putus kasih pun sebab aku pun tak pernah kasihkan dia!

weh, ko kate nak berubah? puuuiihhhh!! ludah la ke langit. biar kau rasa ludah tu kena pada muka kau balik sebab nya, kau tak kan berubah! sekali pun kau nak berubah aku akan tengok pada ketaatan kau pada Yang Satu, ketaatan kau pada mak dan ayah. kalau tu aku tak nampak, kau belum lagi berubah!! teruskan la dengan hidup kau macam tu. selagi kau belum buat mak ayah tersungkur selagi tu aku terima kau dalam hidup aku!


ke bangi bersama ayah

assalamualaikum

hari ini aku ke bandar baru bangi bersama ayah. ayah aku mengajak ke sana untuk berurut. kaedahnya semalam (ahad, 04/09) ada satu pusat rawatan islam ini dalam Mingguan Malaysia. terus ayah aku berminat nak try. maklum la dah banyak tempat berubat kan. kali ini ntah tempat ke berapa ntah ayah aku try pun aku tak tahu sebab selama ini abang aku yang bawa ayah tiap kali berubat. al maklumla aku ini kan penganggur, so memang sesuai sangat aku teman ayah aku sebabnya ayah aku tak boleh nak drive jauh.

memandangkan kami dua beranak ini memang tak tahu jalan ke sana. dan aku google map pon tak lulus lagi (aku tak paham dengan google map tu) kami redah je. berpandukan pada cakap-cakap orang, akhirnya sampai jugak setelah 2jam dalam perjalanan. dan ayah menunggu hampir 3jam sebelum giliran nya untuk mengurut. aku apa lagi, bosan tahap gaban la kan.

perjalanan ke bangi ini, aku pernah je lalu tapi masa itu kawan aku yang bawa. masa tengah mencari tempat futsal di kajang. kaedahnya, ada team lain ajak kitorang friendly. ye la time tu malam kan. aku pon tak cam sangat jalan tu. bila lalu jalan-jalan tu serta merta aku merindui saat-saat berfutsal dengan dorang. ada la dah 4 bulan aku tak main sejak-sejak balik kampung ni. rasa nya aku dah xmain kot. umur pun dah meningkat. persiapkan diri untuk benda lain pula..







***kadang-kadang aku rasa perlunya aku dirumah ini. tapi kerja apa aku nak buat supaya aku dapat dekat dengan keluarga aku lebih-lebih lagi mak dan ayah?? dugaan buat aku***