jam 2305 aku baru tiba dirumah bersama abang aku. petang tadi kami ke kampung baru bersama dengan kawan abang aku. kawan abang aku ajak makan western food di kampung baru, kL. aku ape lagi, setuju je la. semenjak pegang title penganggur ni aku jarang ke mana-mana. dah orang ajak, aku ikut je.
kami makan di HR Steak House berhampiran masjid. kedai ni memang banyak meja. pelanggan penuh. terdetik kat hati ni ada lagi ke meja kosong. agak hebat la kedai ni sebab malam ni bukan malam minggu pun kan tapi still penuh. kami ambil meja paling dalam. suasana agak gelap memandangkan memang tema dia nak buat macam tu. aku sedikit rasa kelam dan rimas pada mulanya tapi dapat sesuaikan diri sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi.
banyak sangat menu yang disediakan. aku pon tak tahu nak order ape ni. akhirnya aku order mushroom soup, chicken grilled dengan honeydew. perghhh.. cam sedap kan. memang sedap pun. air buah dia 100% dari buah sebenar.. tanpa susu. sedap.. hanya rm 2.50 gelas besar. chicken grilled dia pon sedap. isi ayam yang lembut dilempahi kuah black pepper yang sedap. dah la agak lapar time tu, aku terus makan tanpa sempat mengambil gambar untuk tatapan korang. sayangnya, mushroom soup yang aku order tak dapat rasa kerana dah habis setelah 1jam menunggu.
ni yang aku nak cerita ni. makanan dia tip top. pada harga berpatutan tapi service die memang teruk. abang aku order Morocco Beef, sampai aku habis makan tak sampai-sampai. rupanya menu tu telah habis tapi tak di beritahu. so orang tu suruh order lain. aku mintak dengan baik supaya order kali ni cepat sebab dorang yang silap tak inform awal2 menu tu dah habiskan. terus budak tu buat muka dengan aku. geram betul aku! sama gak dengan kes mushroom soup tu. abang aku dah habis makan, ntah kali ke berapa kitorang tanya, last-last cakap mushroom soup tu pon habis. aku memang maki la servis macam tahi ni.
erm.. aku tak nak dah datang sini. kalau datang pon kalau ada orang belanja dan bawa aku ke sana. sebabnya aku malas nak menghabiskan duit pada servis macam tahi ni dan parking plak memang susah nak dapat. ada tempat parking pon kena bayar rm3/entry.
apa-apa pun, semua ni jadi kan sebagai pengalaman hidup. mungkin orang datang kedai tu sebab makanan dia sedap dan murah. mungkin tu la yang kami dapat kan kalau bayar murah macam ni. di layan sebegitu rupa..
No comments:
Post a Comment