AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Tuesday, July 26, 2011

mesej

assalamualaikum..

setiap kali bangun dari tidur perkara pertama aku buat, cek telefon aku. oh hari ini ade 2 mesej aku terima dan 1 panggilan tidak dijawab (missed call). 1mesej ucapan morning dari kekasih gelap aku dan 1mesej lagi dari sahabat aku mira.

pelik jugak la mira nak mesej aku pagi-pagi dikala selalu nya aku masih nyenyak tidur. 
mira: susu.. nk tgk bola msia vs sngpore x? nk bli tket nie..
aku: xmo la.. mls nk ke sane.tq
(100% copy from msg)

ha.. itulah dia. baru bangun la katakan. mesej ringkas dan padat. tak jaga langsung hati yang mengajak. apa ntah aku ni. sori la mira. hehe

tapi memang aku tak nak pergi pun. cukup la aku dapat jejak kaki ke bukit jalil itu masa skuad harimau malaya bertemu chelsea. bukan apa. aku tak sanggupla nak perabiskan duit aku pada perkhidmatan Komuter yang menyakitkan hati tu. mahu tak nya, dari kuala kubu bharu ke shah alam ambil masa dekat 3jam! gila kan. dah tu plak kena tukar train sebanyak 3x (yang ni aku tak kisah sangat la kan).. ntah la. malas nak cerita banyak. tapi dari 5 bintang aku bagi 1 bintang aja. 2pun sebab tiket dia tak sangkut pada pintu masuk.. hahha

apa-apa pun, aku akan menggunakan perkhidmatan komuter kalau benar-benar terdesak. malas aku nak berpanas dalam train yang tak ada aircond. argggghhhhhhhhh...

pada mira, next time la ye.. dah la hari tu tengok chelsea ko tak ada kan. tiket free dapat 2 je plak tu. hehe.. tak pe ko kan baik. marah kejap je kan.. hihi


No comments:

Post a Comment