kadang-kadang hidup ini ade ketika nya terasa begitu bosan. walaupun hidup ini terhidang dengan segala bentuk hiburan. contohnya, TV, internet, games, musics.. tapi entah kenapa aku rasa bosan. hari-hari aku layan internet. hati-hari aku bersemuka dengan facebook tapi tiada yang menarik. erm mungkin kerana terlalu kerap aku lakukan semua ni tak pun setiap hari aku lakukan perkara yang sama. tapi nak buat macam mana. aku penganggur yang punya banyak masa terluang. masa yang banyak sampai aku pon tak tahu nak isi dengan aktiviti apa.
dahulunya (masa aku tengah belajar), aku sibuk. tiada ruang untuk tidur 12jam sehari! ya, sekarang aku mampu lakukan nya. dahulunya aku sibuk dengan projects, assignments.. kalau ada masa terluang aku akan penuhi dengan memasak. memandang kan aku bukan la suka sangat makan diluar. tambahan pula, rakan serumah aku tidak memilih jadi sedap atau pun tidak, mereka tetap akan makan. hehe..
selain dari memasak, aku akan pastikan barang keperluan seperti barang dapur, barang basah, sabun basuh semuanya ada sebab aku bukan la seorang yang suka hadapi situasi out of stock. dan aku seorang yang suka survey harga barang. mana yang murah, aku akan kesana. hehe..
setiap minggu pula aku selalu bermain futsal bersama rakan-rakan. selalunya jumaat malam sebab kebanyakan mereka tidak bekerja hari sabtu. ya, aku bermain dengan sesiapa sahaja. tidak kira la bekerja ataupun pelajar seperti aku. aku juga tidak melepaskan peluang untuk berkaraoke bersama kawan aku. argghhhhhh.. sungguh aku merindui kehidupan aku masa belajar dulu..

apa-apa pun, hidup aku yang sebenar, belum lagi aku corak kan. hanya menghabiskan masa dirumah menunggu peluang mendapatkan kerja dan membina kerjaya.. semoga hidup aku yang bosan ni akan lebih ceria..
daaaaaaaa~~ <3
No comments:
Post a Comment