AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Monday, July 4, 2011

awesome weekend!

assalamualaikum..

wow hebat sangat ke weekend aku nih.. tajuk kemain gempak lagi.. hahah.. bagi aku la kan, memang la awesome sangat lebih-lebih lagi ko pon memang dah berkarat dok rumah ni without keluar berpoya kan.. setakat keluar pergi pekan beli kuaci setiap kali game pasukan malaysia tu, apa barang kan. tu pon setelah disuruh oleh abang aku. hehhe.. kalau tak, tak ade nya aku nak keluar rumah.. apa nak dikata, takut kene ngorat.. hahaha.. takut kena kahwin cepat. boleh diterima pakai tak alasan ini? ;p

so, sebelum ni aku ada bagitahu yang aku akan berkelah kan.. jadinya, memang aku berkelah la hari minggu tu.. heheh.. simple kan. perjalanan aku bermula petang jumaat selepas selesai solat jumaat. bergerak dari rumah nun menuju ke kuala langat, rumah kakak aku. disebabkan abang aku cuti jumaat tu, so awal sikit la kitorang gerak.

first aktiviti kitorang tengok wayang. aku, abang aku, kakak aku, abang ipar dan tak terlupa, anak buah aku berusia 3tahun. 2jam 30minit cerita transformer tu. aku.. bagai nak bercabut tulang belakang tau. sebab nya bagi aku, cerita transformer ni betul-betul buat tulang belakang aku tergeliat dengan jalan cerita yang lembab nak mampus! huh dah la malas cerita banyak kat part ni. buat sakit hati je. really disappointed..

keesokannya kitorang berkelah di bagan lalang. gerak jam12pm samapi dalam 1.30pm.. ramai jugak orang siap ada yang pasang kemah lagi. kitorang simple je.. guna tikar. aah tikar yang agak-agak muat untuk 2orang je baring.. ape da.. sampai seawal tu tak menjamin kami mandi awal sebabnya laut tengah surut!aduh.. agak berjanggut tunggu. dalam 4.30pm air mula pasang. dapat mandi pon dalam sejam gitu. aku memang dah lame gila tak mandi laut macam tu. means aku pernah mandi laut but laut yang kat tioman tu. mesti la air die crystal clear something like that kan. pada mula nya aku macam tak nak mandi sebab air die keruh.. aku selam bukak mate pon tak nampak apa-apa tapi disebabkan kemeriahan dorang ni, aku pon join same.. heheh

pastu, aku saja suggest kat dorang nak pergi melaka. alang - alang dah kat sepang, agak dekat la ke melaka. just round-round. guess what?? dorang excited.. heheh.. aku cakap, dont worry aku boleh drive.. so dapat jgak la aku membawa mereka kesana walaupon ia nya hanya untuk sejam.. heheh.. then terus balik dan sampai rumah dalam jam 12.30am.. masing-masing dah penat, so terus tidur.. guess what?? aku drive 6hours.. wow! thats make my weekend awesome! agree with that?? hehhe


 



No comments:

Post a Comment