AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Sunday, July 31, 2011

strawberry farm

assalamualaikum

sebelum berBBQ semalam, sempat juga kami ke Genting Highland melawat kebun strawberi. masuk kali ini, dah 3kali aku kesana. memandangkan rumah aku tak jauh dari genting highland, jadi bila-bila masa boleh ke sana. kami bertolak pada jam1630 dan selamat sampai dirumah dalam jam 1830. kami bermaksud aku pergi bersama abang, kakak, abang ipar, anak buah aku dan syukri (anak jagaan mak aku)..

kebun stramberi ini masih baru kalau nak bandingkan dengan cameron highland. ada la dalam 2tahun kot. kalau tak salah aku la kan. kebun strawberi ini terletak di gohtong jaya. bukan la terletak di puncak genting tapi berdekatan dengan stesen kereta kabel. senang untuk kesana kerana terdapat papan tanda.

pertama kali aku kesana, strwberi masih belum banyak. tapi kali ke 3 ni, banyak strawberi aku nampak. kami ke sana hanya berjalan-jalan. tidak pula kami memetik strawberi sebab nya tak minat sangat pada buah ini. kemasukan adalah percuma tapi hanya untuk melawat je la. kalau mahu memetik, di kenakan bayaran. sepanjang berada dalam kebun ini, terdapat banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti cenderamata, t-shirt, makanan, minuman. selain itu terdapat juga kebun bunga dimana boleh membeli bunga dan kaktus pada harga yang berpatutan. kat sini juga boleh lihat pelbagai cendawan yang ditanam di sebuah kawasan yang bertutup.

sempat juga kami membeli strawberi coklat. strawberi ynag disalut dengan coklat pada harga rm6.50. sedap juga walaupun aku tak sempat merasa. syukri lebih dahulu habiskan tanpa sempat mengambil gambar. maknanya sedap sangat la tu. hehe

kesimpulanya, aku suka ke sini. pada kawan-kawan yang ingin ke sini, aku sudi je teman kan korang. hehe..



















2 comments: