esok (30/07) kami satu famili bercadang nak adakan BBQ. sebenarnya idea ni datang dari kakak aku. aku sokong je. akan diadakan sebelah malam. aku apa lagi, awal-awal dah pesan kat mak aku cari kan ikan pari. aku suka ikan pari bakar. last BBQ dengan kawan-kawan, aku tak sempat nak jamah pun pari sebab aku tukang bakar.. bila dah siap bakar, ikan pun habis.. hehe
selain ikan pari, seperti biasa mesti wajib ada ayam kan. aku nak try daging tapi mak kata lambat masak nanti memandang kan tempat bakarnya pun kecil, takut buang masa plak kan. so menu lain antaranya kerang dan sosej. lain-lain aku tak pasti apa lagi yang boleh dibakar.
aku rancang nak buat kek coklat kismis. semalam dah pesan kat ayah belikan kismis. hehe.. tapi tak bakar-bakar pun lagi. petang karang ke. tengok la macam mana tahap kerajinan aku kan plak. hehe
apa-apa pun hope sangat BBQ kali ini enjoy sebab sejak dua menjak ni ayah aku tu asyik hot aje. pantang salah sikit. marah kemain. siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan mak aku kan. kesian plak mak aku tu.. ermm semoga aktiviti macam ni boleh rasa relaks dan rapatkan lagi ruang-ruang rongga yang tercipta. hehe
No comments:
Post a Comment