assalamualaikum..
malam ini perlawanan kelayakan piala dunia zon asia. malaysia berentap dengan singapura. turun dengan rekod yang agak goyah tetapi prestasi terbaru malaysia sedikit menambah keyakinan barisan harimau malaya.
sedikit terganggu tumpuan aku bila mana malam ini juga ada nya kenduri yang aku wajib hadir. argghhh tak apa lah sekurang-kurang nya aku masih lagi berkesempatan menonton di separuh masa pertama memandangkan sepak mula pada jam 1930 manakala kenduri dijangka pada 2100.
hati tertanya-tanya apabila senarai pemain utama disiar kan. kenapa?? kenapa?? ya, aku bertanya kenapa tiada langsung perubahan pada skuad pertahanan? kenapa? adakah Datuk raja gopal masih memberi kepercayaan pada mereka? sedang kan datuk raja gopal telah pun menggugurkan kepercayaan dia pada khairul fahmi. apa yang aku nak katakan kat sini, pertahanan sedia ada cukup mengecewakan semasa bertemu dengan liverpool tempoh hari. sekecewanya aku dengan khairul fahmi. tapi kenapa tiada rombakan pada mereka??
ya, memang berani benar datuk raja gopal. malaysia ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama walaupun bermula dengan garangya apabila safe sali meledak gol seawal saat ke 17.
aku melangkah longlai menemani mak aku ke kenduri. macam-macam aku fikir. mula salahkan datuk raja gopal atas kemurahan hati dia memberi kepercayaan kepada pertahanan harimau malaya.
samapi di kenduri aku agak terkejut kerana di sana mereka memasang tV sementara menunggu jemaah masjid hadir. aku mengambil kesempatan untuk menonton sekali bersama-sama. terasa seperti di kedai mamak pula dengan gelagat pakcik makcik ini.erm biasa la kan. kenduri macam ni jarang ada orang muda. hehe
argghhh lega sekali rasenya amirul dimasuk kan. aku amat meminati amirul kerana dia kreatif dalam hantaran-hantaran nya. tapi sayang dia bukan la pilihan hati datuk raja gopal. tersentak sebentar apabila shafiq dilayang kad merah atas terjahan yang bagi pengadil agak keras. tapi kekecewaan itu terubat apabila pemain singapura pula di buang padang setelah mengutip 2 kad kuning. permainan kembali seimbang. dan malaysia menanbah 2 gol daripada sepakan kencang safe sali di luar kotak penalti dan kesempurnaan sepakan hadi apabila bola gagal ditangkap kemas olaeh penjaga gol singapura. kegirangan bagai di sentap dengan jaringan ke5 oleh pemain singapura pada minit ke 80lebih setelah muslim gagal mengawal gerak geri pemain itu.
lewat permainan isaq dibawa masuk menggantikan safe sali. satu lagi keputusan datuk k raja gopal yang aku persoal kan. bukan apa aku memang tak minat langsung dengan corak permainan isaq. walaupun berkelebiahn pada ketinggian namun dia tidak pandai mencari ruang. arghhh.. biarkan sahaja strategi datuk raja gopal.
kesudahan nya, malaysia kalah 5-3 di tangan singapura. aku sungguh bangga dengan semangat para pemain. mengharapkan kunjungan singapura di malaysia, malaysia menang bergaya. pada datuk raja gopal, aku mengharapkan rombakan pada pemain pertahanan yang terlalu mudah melakukan kesilapan. boleh tak panggil farizal menggantikan sharbinee??? heheh