AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Sunday, March 20, 2011

kopi

assalamualaikum

kopi memang aku suka sejak kecil. memang hantu la kalau minum kopi. tapi tu dulu-dulu la. sekarang ni kurang dah minum kopi sejak-sejak migrain dan gastrik ni. cuma kadang-kadang kalau teringin baru minum. tadi baru aku minum. aku buat cekodok, kan sedap kalau makan cekodok sambil minum kopi. wahhh.. aku ni kuat makan betul la. dinner jam 8, jam 10.30 goreng cekodok plak.. ermm..

hari ni banyak kerja aku dah buat. memang selama ni kerja banyak tapi nak ngn taknak je buat. dari pagi aku dekat lab buat 1 lagi sample untuk di test. sample sludge yang aku amek hari jumaat. aku ajak sorang kawan aku untuk tolong. ade 4parameter aku kene cek tapi sebelum tu kene digest dulu. digestion dari solid ke liquid. parameter yang aku kene test : Nitrogen (N), potassium (K), phosporus (P) dan TOC. lebih kurang jam5 baru habis buat test.

memandangkan kerja aku banyak, aku bersyukur dengan minum nya air kopi ni aku boleh bertahan sampai jam ni (3.45am). sepanjang semester, ni kot paling lambat aku penah stay up.. walaupon kerja tak siap lagi (sebab kene discuss) tapi bergerak jugak la kerja aku. tak la di takuk lama lagi.. kopi.. oh kopi.. heheh
oh ya.. lepas aku buat lab, aku tetibe je terturun ke stadium U aku tuk tengok perlawanan bola sepak. ade sorang budak ni la kan. dia memang kaki bola. since dia dapat wakil U lagi dia ajak aku tengok game dia tapi selalu aku tak dapat pergi. sampai dia pon tak de dah nak ajak tengok. memandangkan aku terturun ke stadium,aku pon tengok ah dia main. ni Liga IPTA. U aku menang 3-1. patut la budak ni asyik pentingkan bola, rupenya die memang main tuk kesebelasan utama. bagus-bagus.. tapi aku harap dia dapatla seimbangkan 2-2. minat dan belajar. pape pon. harap dia berjaya!

disebaban aku hari ni tak dok rumah, 2kali kot aku kena hujan. waktu pagi time datang fakulti dan petang (2pm) time nak pergi lunch. time - time macam ni agak membimbangkan kalau kena hujan. bukan la mulut ni masin sangat tapi kita kena berhati-hati since nuclear tu meletup. ni pasal transboundary pollution la ni. aku pon dah jadi takot walaupon pakar menyatakan tak kan sampai ke Malaysia, tapi kuasa Allah sape leh tanding.. so sampai je rumah, aku terus mandi walaupon kesejukan akibat cuaca agak lembap.. so kepada korang, kalau boleh jangan la dedahkan diri pada hujan. elak kan lah.. sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri kita..

arrrrrgggghhhh.. dah ngantuk pon! nak tdo.. hehhe..
nite!

No comments:

Post a Comment