AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Friday, March 4, 2011

futsal fever

assalamualaikum..

minggu yang kepanasan dengan mood futsal. ahad ni fakulti aku buat futsal tournament. entah kali ke berapa aku tak penah kira plak. tapi setiap semester dorang akan anjur kan tournament ni. sangat bagus lah berbanding sebelum ni, setahun sekali sahaja. team aku tampil selaku juara bertahan. persoalan nya mampukah kami mempertahankan kejuaraan kali ni? dengan musuh tradisi kami yang semakin kesempitan dan bermain kotor. argghhh.. siapa kami nak menghalang kan. silap-silap gaduh plak. tapi setiap semester ini lah yang kami kena hadapi (import orang lain main). alhamdulillah Tuhan menyebelahi kami semester lepas, kami dapat merebut kejuaraan dari mereka yang kesempitan itu.

ada cerita panas lagi. aku main tournament fakulti ni dengan kawan-kawan fakulti aku sahaja. tapi di luar aku akan bermain dengan kawan-kawan luar pulak. background kami berlainan. ada yang dah bekerja.. ada yang masih belajar. memang futsal ni boleh mengenal mana yang tak kenal, mendekatkan mana yang jauh. kisah nya, last rabu aku ada friendly dengan Team A ni. ini kali kedua kitorang ada kan perlawanan persahabatan dengan dorang. Team ni pon kenal kawan atas kawan. ntah cam mana ntah boleh main dengan dorang ni. first game hari tu kitorang kalah 4-6. second ni plak kitorang kalah 4-7. tak kisah la kalah kan. adat perlawanan la. aku pon akur sebab kitorang tak la macam dorang rajin masuk tournament. yang buat aku panas nya, dorang macam perlekehkan kitorang. boleh gelak-gelak lagi main kan aku depan pintu gol.  kalau dah rase hebat sangat tak yah la ajak kitorang main. lagi satu, kalau hebat sangat tak kan bagi kitorang 4gol kot. memang panas la. ape-ape pon aku dah beri yang terbaik malam tu. aku puas hati dapat selamatkan banyak percubaan.

kepada team member aku, jangan putus asa. kita mampu kalahkan dorang tapi belum cukup sempurna untuk kalahkan. teruskan berusaha!

p/s: berdebar-debar untuk ahad ni. kehangatan dah rasa. malam ni ada training. 


No comments:

Post a Comment