AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Thursday, March 17, 2011

abang aku nak kahwin??

assalamualaikum..

last week aku sempat menjenguk mak ayah aku kat kampung. walaupon sekejap je tapi berbaloi rase nya dapat jenguk diorang kejap. dalam kejap tak berapa nak lama tu, sempat gak mak aku bercerita. ermm apa lagi. pasal abang aku nak kahwin la. terkejut aku.. haha mane penah dengar cerita before ni abang aku nak kahwin. dah sampai jodoh kot. 

sebelum ni dengar dengar la jugak abang aku berkawan dengan perempuan itu ini. abang aku ni rajin sikit bercerita dengan mak aku, dengan siapa dia berkawan. tapi sebelum ni nampak dia tak serius sebab dia tak berapa nak berkenan dengan perempuan2 tu. so aku buat andaian dia ni memilih dan akan kahwin lambat (memandangkan dia seorang kedekut.. heh tak la.. seorang jimat cermat). 

pernah sekali aku dapat tahu dia berkawan dengan kawan aku time sekolah dulu. aku pe lagi, dengan selamber cakap kat mak aku, aku tak nak abang aku kawen dengan kawan aku. bukan aku tak suka kawan aku cuma aku taknak la kawan aku jadi kakak ipar aku. adusss! (gedebushhh! rase cam kene penumbuk je statement camtu). sebabnya, ade kawan abang aku kahwin dengan kawan adik dia sendiri. sudahnya adik kawan abang aku tu kena panggil kak long kat kawan die sendiri.. cam janggal sangat la. tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. aku terima aje.. hahaha.. abang aku pernah tanya napa aku tak suka aku kawan dengan Gadis Y tu. aku selamber jawab, sebabnya Y tu kawan aku.. dia gelak aje.. (naseb dia tal laser aku. mulut abang aku tu leh tahan jugak) hahaha.
abang aku ada cerita kat mak aku dia kawan dengan Gadis Z, satu ofis dengan dia. Gadis z ni sebaya dengan abang aku. kiranya tak sampai 6bulan kawan. gadis z bgtahu mak dia force suruh kahwin. kalau abang aku tak nak masuk, orang lain masuk dulu, dia terus terima. setakat tu je aku dengar cerita tu. lama kelamaan cerita tu tenggelam cam tu je. 

beberapa bulan lepas tu. tup..tupp.. dengar abang aku nak kahwin. aku sedikit terkejut la. tapi sedikit gembira. yela abang aku tu dah 28thun dah. sesuai sangat dia nak kahwin. aku gembira. nampak dia ngan gadis z ni cam heaven je. selalu gak keluar dating. jarang kot abang aku keluar rumah.. hehehe.. dia memang baik! keluar rumah pon bgtahu makayah.. heheh..

aku tak tahu la cerita selanjutnya sebab sehingga hari ni abang aku tak bagitahu ayah aku lagi. kalau ayah aku dapat tahu ni mesti die gembira. tapi aku rase abang aku tak bagitahu lagi sebab kesihatan ayah aku kot. bulan ni ade beberapa appointment kat hospital. berubat traditional lagi. dekat setahun cek, doktor tak tahu ayah aku tu sakit apa.. sampai nak lumpuh ayah aku tu. abang aku la teman setia menjaga kedua mak ayah aku. tu yang aku gembira dia kahwin. ada gak la peneman mereka bertiga (ayah, mak dan abang aku) kat rumah tu.

semoga apa yang dirancang dan dihajati abang aku dimakbulkan Allah. aku mendoakan yang terbaik buat abang aku yang terbaik tu. semoga jasa dia pada aku, dibalas Allah dengan kesenangan didunia dan akhirat.

kepada abang aku, aku sayang kamu. walaupon tak pernah aku lafazkan sepanjang aku hidup ni. aku harap selagi hayat dikandung badan, selagi itu aku tetap menyayangi mu abang ku..

gelak tawa bersama abang aku.. ;p

No comments:

Post a Comment