AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Sunday, March 27, 2011

kasih bapa

assalamualaikum..

baru selsesai masak.. hari ni aku masak sambal sotong + labu tumis air je. baru terasa penat. bukan apa, dari pagi aku menemani seorang bapa memasang pintu bilik aku. emm aku panggil orang pasang pintu bilik aku yang telah aku kopak kan tahun lepas.. hehe.. kopak sebab aku dan roomate aku sengal.. 2-2 tertinggal kunci kat dalam bilik. sudah nya terpaksa dikopak kan aje. dah lama dah kopak cuma aku belum jumpa tukang pintu yang murah. hehe tak sangka pulak tukang pintu ni seorang bapa yang sangat baik..

nama pak cik ni pak din. aku dapat khidmat dia dari jiran aku. jiran aku rekemen kan die kat aku. aku plak dengan semangat yang sebelum ni, telah pon menempah pintu. kononnya nak cut kos la kate kan. semalam try la pintu tu sekali tak muat daa.. matilah aku. nak cut cost apenya.. tambah cost la cam ni.. aku pon mesej pak din bagitahu. kena bagitahu awal2. kang dia datang tak bawak alat yang cukup plak.

seawal jam 8.30 pagi pakdin dah call aku.. alamak aku tak mandi lagi.. aku terus bangun, kemas-kemas katil terus mandi. mandi ala-ala cam terlambat pegi kelas.. heheh.. then baru aku call balik pak din. dia kate dia dah sampai dah. hah? apa die?? punctual lah pakdin ni.. dengan terkulat kulat aku invite die masuk..

sambil memasang pintu tu ada beberapa perkara jugak la kami borak kan. antara nya dia tanya perbelanjaan aku sehari. aku kate sehari aku tak berapa nak estimate la tapi minggu tu bolehla aku agak.. aku cakap kat dia, saya tak makan kat luar. saya selalunya memasak. kalo makan luar pon seminggu paling kurang pon rm50. die cakap dia ada anak study kat penang. kata pakdin, anak dia ni belanja rm20/day. mak aihhh.. banyak nya (kata aku dlm hati). pakdin cakap lagi.. tu duit makan je belum lain2 lagi cam assignment ke ape.. (woww!! banyak nya budak ni belanja). aku pon diam je la. tak kan la nak cakap ape-ape kan. tapi memang agak tinggi cost hidup anak dia ni.. yang aku cam kesian nya. pakdin ni baru abes keje. tapi pagi ni dah tolong aku pasangkan pintu. betapa susahnya pakdin mencari rezeki.. terharu aku dapat ayah macam ni. pakdin ni kerja nya pemandu ambulance. 2sebab die keje cam keje kilang. aku ingt die keje kilang ke pak guard ke sebab ade shift. heheh

tapi alhamdulillah sebab Allah masih kurniakan aku sikap malu dan menghargai orang tua aku.. sepanjang aku belajar ni aku jarang mintak duit kat ayah aku. ni bukan menunjuk konon aku ni baik ke apa tapi share bersama korang supaya kita berfikir bersama.. masa diploma, aku nun jauh diseberang laut.. jauh la sangat. naik flight bru 2jam30min.. heheh aku di sabah. ptptn aku dpt rm2500 - yuran adal dalam rm2000 aku dapat. rm2000 tu la aku buat belanja. sekali dengan duit tiket flight balik kampung. aku sangat jarang mintak duit kat ayah aku sampaikan dia pelik. dia cakap dengan mak aku, dia risau sebab aku tak mintak duit pon. disebab kan kerisauan ayah aku tu, die masuk kan jugak rm200-rm300. memang aku xde duit. tapi tak de la sampai kebulur sebab diploma di sediakan makanan. tapi kalo ayah aku dah masuk kan duit tu, aku guna aje.. hehehe
ia berterusan sampai la aku degree. memandangkan degree tak de makanan free, duduk rumah sewa + ptptn hanya rm3500. aku sangat susah nak survive. duit tu cukup sebenarnya kalau tuk buat makan tapi aku macam mana tak de duit pon aku tetap akan buat simpanan. selalunya paling min aku simpan rm500.. nak taknak duit rm300 sebulan ayah bagi tu aku buat duit sewa rumah + bil air ++.. ikut kan aku memang sakit dengan duit ni tapi satu je perangai aku, aku malu nak mintak duit kat ayah. aku selalu membayangkan betapa susah nya nak cari duit. xpenah lagi aku mintak duit lebih.. alhamdulillah.. aku tahu ayah ada duit tapi aku nak ayah simpan duit tu repair rumah kami yang banyak sangat dah kerosakan nya.. dari bumbung sampai ke lantai.. ceh.. cam teruk je kan bunyi nya.. xde la. rumah aku selamat lagi cume time hujan lebat, nanti rumah bocor.. lantai plak.. lantai blik air tu selalu lekang tiles die. pastu cam ade mendapan sikit.. kene baiki struktur tanah tu.. kalo tak setiap tahun dok kena tampal balik tiles tu..
kesimpulan nya, aku memang tak sampai hati tengok seorang bapa teruk mencari rezeki sedangkan anak-anak sangant teruk berbelanja. bukan la kena jadi kedekut tapi kita kena lah berjimat cermat. dari situ kita dapat save duit kita dari berbelanja tanpa had. disamping tu kita dapat kurangkan beli benda2 yang bukan keperluan kita sekaligus mengurangkan pencemaran.

sebabnya, environment impact = population * affluence * technology

affluence = kebolehan / kuasa membeli tanpa had walaupun benda tu bukan la keperluan kita sebagai contoh TV. tak perlulah beli tv bagi setiap bilik dalam rumah kita. pembelian berlebihan akan menaikkan penggunaan elektrik dan membuang / melupuskan tv yang rosak / tak digunakan lagi merupakan satu masalah.

sampai sini dulu.. lain kali cerita lain lagi.. 

kasih ayah bawa bahagia sampai bila-bila.. sayang ayah!

garang x?

Thursday, March 24, 2011

kerja yang banyak!

assalamualaikum..

lagi 2bulan je aku nak habiskan study. insyaallah.. rasa cepat je masa berlalu. tapi tengah dok tension dengan kerja yang berlambak ni, aku selalu mengharapkan masa lagi cepat berganti. bukan ape, aku terlalu penat la menguruskan semua kerja semester akhir ni. ingtkan jam kredit sikit, boleh la relaks sikit tapi banyak projek dan assignment handle. antara project besar yang aku kena handle semester ni; structural design bangunan tambahan meliputi design insfrastructure, structural design dan capstone. capstone design ni group aku kena design solar panel system. selain tu aku sibuk dengan research aku dan bisness plan lagi.. ikutkan boleh jadi gila semester ni. bisness tu yang menambahkan lagi kerja. untuk pengetahuan korang, subjek bisness ni baru di tambah dalam subjek wajib kitorang. menyahut seruan kerajaan yang mahu melahirkan usahawan bisness la katakan padahal masa diploma dulu, aku dah ambil dah subjek ni.

sekarang aku tengah bertungkus lumus menyiapkan research report aku. memandangkan ade perubahan pada tajuk aku disaat akhir, so memang banyak gila aku kena tambah dlm report aku. dari chapter 1 sampai la chapter 5. siap kena baca journal lg. aduhhhh.. kenapa la supervisor aku tak terpikirkan perubahan ni dari awal-awal sem lagi. aku gak yang sakit ni.. sekarang aku tengah buat chapter 4. chapter 4 berkaitan discussion result. agak mencabar la chapter ni sebab aku kena ingat ape aktiviti aku yang aku terlupa nak buat catatan. esok due date aku kena hantar kat supervisor supaya dia boleh komen mana yang salah. rabu ni aku kena hantar dah research aku kat fakulti dan bulan 4 nanti presentation depan panel industri. takot siot.. eemmm

berkaitan dengan design. design structure aku kena design beam, column, slab, foundation dan truss roof. infrastructure plak kena design, sewerage, water supply, cut n fill, retaining wall etc. paling menyakitkan time nak design beam. bayangkan la span dia panjang gila. lebih 5spans tau. belum lagi masuk column. truss roof pon terkial2.. aduh.. susah la design ni. dpt plak lecturer yanag xmengajar. kami pon dok tanya lecturer sebelah. lecturer aku tu jrg masuk kelas. kesian kami sekelas kan. habis pahala kami mengumpat lecturer tu.. ermm pasal design capstone plak design by division. aku division environment. so ade 3 bende kena design; solar panel, roof top garden n rain water harvesting. setelah diundi, group aku kena design solar panel.. tak start pon lagi nak design 2. hahaha..

subjek bisness plak, group aku decide nak buat bisness scaffolods. agak memeningkan la budak engineering buat bisness plan. hancusss.. bape kali buat correction. hope yang kali ni last punya correction. minggu depan kot present bisness plan ni depan lecturer. hope everything will be fine.. i just wanna finish the bisness plan work.

so now, lets continue writing report!!

p/s: rindu famili kat kampung..

Sunday, March 20, 2011

Francisca Peter - Di Sekadar Pinggiran

koleksi-koleksi postcard 1



kopi

assalamualaikum

kopi memang aku suka sejak kecil. memang hantu la kalau minum kopi. tapi tu dulu-dulu la. sekarang ni kurang dah minum kopi sejak-sejak migrain dan gastrik ni. cuma kadang-kadang kalau teringin baru minum. tadi baru aku minum. aku buat cekodok, kan sedap kalau makan cekodok sambil minum kopi. wahhh.. aku ni kuat makan betul la. dinner jam 8, jam 10.30 goreng cekodok plak.. ermm..

hari ni banyak kerja aku dah buat. memang selama ni kerja banyak tapi nak ngn taknak je buat. dari pagi aku dekat lab buat 1 lagi sample untuk di test. sample sludge yang aku amek hari jumaat. aku ajak sorang kawan aku untuk tolong. ade 4parameter aku kene cek tapi sebelum tu kene digest dulu. digestion dari solid ke liquid. parameter yang aku kene test : Nitrogen (N), potassium (K), phosporus (P) dan TOC. lebih kurang jam5 baru habis buat test.

memandangkan kerja aku banyak, aku bersyukur dengan minum nya air kopi ni aku boleh bertahan sampai jam ni (3.45am). sepanjang semester, ni kot paling lambat aku penah stay up.. walaupon kerja tak siap lagi (sebab kene discuss) tapi bergerak jugak la kerja aku. tak la di takuk lama lagi.. kopi.. oh kopi.. heheh
oh ya.. lepas aku buat lab, aku tetibe je terturun ke stadium U aku tuk tengok perlawanan bola sepak. ade sorang budak ni la kan. dia memang kaki bola. since dia dapat wakil U lagi dia ajak aku tengok game dia tapi selalu aku tak dapat pergi. sampai dia pon tak de dah nak ajak tengok. memandangkan aku terturun ke stadium,aku pon tengok ah dia main. ni Liga IPTA. U aku menang 3-1. patut la budak ni asyik pentingkan bola, rupenya die memang main tuk kesebelasan utama. bagus-bagus.. tapi aku harap dia dapatla seimbangkan 2-2. minat dan belajar. pape pon. harap dia berjaya!

disebaban aku hari ni tak dok rumah, 2kali kot aku kena hujan. waktu pagi time datang fakulti dan petang (2pm) time nak pergi lunch. time - time macam ni agak membimbangkan kalau kena hujan. bukan la mulut ni masin sangat tapi kita kena berhati-hati since nuclear tu meletup. ni pasal transboundary pollution la ni. aku pon dah jadi takot walaupon pakar menyatakan tak kan sampai ke Malaysia, tapi kuasa Allah sape leh tanding.. so sampai je rumah, aku terus mandi walaupon kesejukan akibat cuaca agak lembap.. so kepada korang, kalau boleh jangan la dedahkan diri pada hujan. elak kan lah.. sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri kita..

arrrrrgggghhhh.. dah ngantuk pon! nak tdo.. hehhe..
nite!

Thursday, March 17, 2011

abang aku nak kahwin??

assalamualaikum..

last week aku sempat menjenguk mak ayah aku kat kampung. walaupon sekejap je tapi berbaloi rase nya dapat jenguk diorang kejap. dalam kejap tak berapa nak lama tu, sempat gak mak aku bercerita. ermm apa lagi. pasal abang aku nak kahwin la. terkejut aku.. haha mane penah dengar cerita before ni abang aku nak kahwin. dah sampai jodoh kot. 

sebelum ni dengar dengar la jugak abang aku berkawan dengan perempuan itu ini. abang aku ni rajin sikit bercerita dengan mak aku, dengan siapa dia berkawan. tapi sebelum ni nampak dia tak serius sebab dia tak berapa nak berkenan dengan perempuan2 tu. so aku buat andaian dia ni memilih dan akan kahwin lambat (memandangkan dia seorang kedekut.. heh tak la.. seorang jimat cermat). 

pernah sekali aku dapat tahu dia berkawan dengan kawan aku time sekolah dulu. aku pe lagi, dengan selamber cakap kat mak aku, aku tak nak abang aku kawen dengan kawan aku. bukan aku tak suka kawan aku cuma aku taknak la kawan aku jadi kakak ipar aku. adusss! (gedebushhh! rase cam kene penumbuk je statement camtu). sebabnya, ade kawan abang aku kahwin dengan kawan adik dia sendiri. sudahnya adik kawan abang aku tu kena panggil kak long kat kawan die sendiri.. cam janggal sangat la. tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. aku terima aje.. hahaha.. abang aku pernah tanya napa aku tak suka aku kawan dengan Gadis Y tu. aku selamber jawab, sebabnya Y tu kawan aku.. dia gelak aje.. (naseb dia tal laser aku. mulut abang aku tu leh tahan jugak) hahaha.
abang aku ada cerita kat mak aku dia kawan dengan Gadis Z, satu ofis dengan dia. Gadis z ni sebaya dengan abang aku. kiranya tak sampai 6bulan kawan. gadis z bgtahu mak dia force suruh kahwin. kalau abang aku tak nak masuk, orang lain masuk dulu, dia terus terima. setakat tu je aku dengar cerita tu. lama kelamaan cerita tu tenggelam cam tu je. 

beberapa bulan lepas tu. tup..tupp.. dengar abang aku nak kahwin. aku sedikit terkejut la. tapi sedikit gembira. yela abang aku tu dah 28thun dah. sesuai sangat dia nak kahwin. aku gembira. nampak dia ngan gadis z ni cam heaven je. selalu gak keluar dating. jarang kot abang aku keluar rumah.. hehehe.. dia memang baik! keluar rumah pon bgtahu makayah.. heheh..

aku tak tahu la cerita selanjutnya sebab sehingga hari ni abang aku tak bagitahu ayah aku lagi. kalau ayah aku dapat tahu ni mesti die gembira. tapi aku rase abang aku tak bagitahu lagi sebab kesihatan ayah aku kot. bulan ni ade beberapa appointment kat hospital. berubat traditional lagi. dekat setahun cek, doktor tak tahu ayah aku tu sakit apa.. sampai nak lumpuh ayah aku tu. abang aku la teman setia menjaga kedua mak ayah aku. tu yang aku gembira dia kahwin. ada gak la peneman mereka bertiga (ayah, mak dan abang aku) kat rumah tu.

semoga apa yang dirancang dan dihajati abang aku dimakbulkan Allah. aku mendoakan yang terbaik buat abang aku yang terbaik tu. semoga jasa dia pada aku, dibalas Allah dengan kesenangan didunia dan akhirat.

kepada abang aku, aku sayang kamu. walaupon tak pernah aku lafazkan sepanjang aku hidup ni. aku harap selagi hayat dikandung badan, selagi itu aku tetap menyayangi mu abang ku..

gelak tawa bersama abang aku.. ;p

Wednesday, March 16, 2011

cerita hari ini..

assalamualaikum
hari ni dengan semangat nya aku bangun awal sebab ade appointment dengan supervisor resaerch aku. patutnya petang semalam. tapi disebabkan disini berlaku hujan ribut so pagi ni je aku jumpa supervisor aku. rasenya dalam sem ni, ni first time aku jumpa die kat office. kalau kat tapak projek pon sekali je. plus jumpa yang terserempak nya dalah dalam 2kali kot. so makna nya sem ni tak samapi 10kali aku jumpa dia. hahah.. jahatkan aku ni. kawan-kawan aku yang lain bising je aku tak jumpa supervisor aku sebab kawan aku sorang ni memang susah nak buat appointment dengan supervisor dia. tapi memang untung aku dapat supervisor yang kelas gitu.

perjumpaan kali ni official la. tentang research aku. aku memang tabik la kat Puan J ni, sikit pon tak marah aku tak jumpa dia untuk bagi updated progress research aku. dekat sejam setengah juga la aku berbincang dengan dia. Puan J siap bagi lagi darft untuk buat report. gila sayang ah aku kat dia. cuma data aku sikit tak lengkap. ada 1 lagi sample aku perlu buat laboratory experiment. so ntah bila aku nak buat memndangkan jadual padat dengan cuaca sekarang tak menentu. maklumlah aku kan naik motor aje. tempat research aku 40minit dari sini. kalau hujan memang haru la. dah la sekarang ni hujan turun bukan nya sikit tapi selebat-lebatnya. emm ape pon aku nak siapkan jugak dalam minggu depan. best rasanya ada semangat baru nak siapkan report research ni.

aku diberitahu 06 April ni ada majlis tandatangan MoU pihak universiti dengan pihak Unesco (menaja research). aku wajib involve dalam majlis ni. siap kena jaga booth lagi. aku mengharapkan majlis ni berjalan dengan jayanya. kesian plak dengan supervisor aku dengan rakan-rakan pensyarah dia berkorban untuk projek ni (termasuk projek lain under sustainable campus). dan bukan calang-calang peruntukan Unesco dah bagi.. ermm harap-harap la berjalan lancar. amin..

sebenarnya aku tengah study tapi tak ade mood lagi. esok ada test jam 0515pm (after IEM talk). pagi pon aku ade talk. bosan gila jadi student akhir ni. asyik kena attend talk aje. design talk je dah 14kali. plus dengan bisnes talk plus dengan IEM talk. tu belum kira talk finishing school lagi.. semua nya wajib. tak datang kena masuk court. tak de alasan selain mc. aduhhh.. 
test aku esok, subjek Emerging Technologies and issues. susah gak la sebab kena banyak membaca dan update dengan issues semasa. aku kan budak environment. hahaha..
esok tajuk yang masuk:
1) kyoto protocol
2) advanced technology in wastewater treatment
3) energy
4) waste minimization in construction
5) nanotechnology

ok lah. aku kena sambung study. esok ada talk jam 800am. nak curi-curi study time talk nanti. heheh.. wish me gud luck!

Sunday, March 13, 2011

teruji berkali-kali

assalamualaikum..

research aku teruji lagi.. argggggghhhhh.. tak tahu nak mula kan cerita dari mana. ermm aku cuba buat korang paham n fakta tak lari. sebenarnya reseaech aku tak berjalan seperti yang dijadualkan.. seperti yang diharapkan. memang kalau buat apa-apa kite tak boleh elak dari sebarang masalah. cuma cara macam mana kita mengatasi itu penting. ikotkan research aku kena buat dalam large scale or actual scale. bukan laboratory scale which means that, perlu gunakan skala yang akan digunakan untuk kerja-kerja sebenar. sebab benda ni melibatkan bio yang hidup (cacing). adalah digalak kan untuk buat actual scale berbanding laboratory scale. 
tapi hajat nak buat actual scale tak dapat sebab cacing yang kami ternak ni dicuri orang. tak tahu la plak ada yang berminat dengan cacing ni. adalah dekat 7kg hilang. duit peruntukan memang tak banyak sebab ikotkan ini last stages of research. masa preleminary study dulu banyak dah pakai duit. nak tak nak aku suggest keluarkan duit memasign untuk research memasing. 

agak berat la pada mulanya nak keluarkan duit sendiri. mana tak nya, 1kg cacing = rm100++. argggghhh.. aku mesti jugak keluarkan duit sendiri untuk siapkan research nih! ni la tekad aku suatu masa dahulu (time ni)

jadinya, research yang kami buat ni adalah laboratory scale dimane kami kecilkan actual scale. buat dalam kuantiti sedikit. aku yang paling awal siapkan kerja. aku malas la dengan orang yang suka buat lambat. so aku berdiri dengan kaki sendiri dan dibantu oleh budak - budak rumah aku. akhirnya siap!

ape yang amat sentap ny, aku diberitahu, ada perubahan pada tajuk aku. ape die??!!!! aku kurang jelas????!!! memang time tu aku marah sorang-sorang la. ye ar.. hak aku ke nak marah supervisor aku. tajuk aku kena tambah. sebelum ni aku buat nutrient analysis tuk sludge tapi kena tambah buat cow dung plak. kena buat comparison antara 2 materials tu.

so nak dijadikan cerita kerja aku bertambah la. aku kena study serba sedikit pasal cow dung tu. dah suntuk masa ni, aku mintak la kat member aku yang pada asalnya buat cow dung ni journal, articles etc. boleh die buat derk aje.. sampai saat ni xde pon die emailkan kat aku. aku diam je. tak kan nak jadi muka tembok mintak 2,3 kali kot. issssskkkkkkkkk.....

finally, aku langsung tak de mood nak buat report pasal research ni. sampai skrang tak bagi aku result pasal cowdung tu.. due date hantar kat supervisor 18mac ni. hantar pada fakulti 30mac ni. adusssss.. susah berkerja dengan orang macam ni. buat kerja sendiri lagi bagus.

macam mane aku nak cari mood buat research aku ni?? kalau dah macam2 berlaku, aku pon dah putus asa.. tapi aku nak abes kan study ni.. arrrrgggggghhh.. tekanan betul la!

kepada mereka2 yang banyak tolong aku, terima kasih bebanyak weh.. tanpa korang sampai skrng kot aku berkhemah kat lab 2. takpe.. takpe.. ade rezeki lebih, aku belanja korang eh!

manusia oh manusia

assalamualaikum

disuatu malam yang hening dikala bulan tidur disebalik awan yang mendung.. datang la dua buah motor ke Mekdi kerana berhajat untuk membeli french fries. lalu la mereka di laluan driv thru..

minah mekdi : selamat datang..
gadis A : saya nak french fries
minah mekdi : 10?

maka tercengang lah Gadis A.

gadis A : ape??
minah mekdi : yela french fires tu nak 10 ke nak 1?

agak kasar gurauan minah mekdi ni. gadis A yang tersedar diperli pon berkata.

gadis A: 1!

korang rasa la kan. salah ek driv thru naik motor?
ada isu kat situ. kalo naik motor memang akan dapat lawak bangang macam tu eh?
naik bmw korang rasa dapat tak lawak bangang camtu?

bukan aku xpernah driv thru naik motor pon. aku penah je kat burger king aku buat mcm tu. elok je mamat tu layan aku walaupon die senyum2.. tak de la sampai menyakitkan hati dan bermulut longkang.

oooh ye. mungkin aku lah orang pertama buat cam tu kot kat sini. 2 yang dia bermulut longkang tu. naseb kitorang ni bukan mulut longkang.. kalo tak, ade gak bertekak dengan minah mulut longkang tu..

kejadian berlaku 11.30pm : 12mac2011 : assambled by AZIZAH (2orang lagi yg menyibuk kat tempat 2). mekdi sek3 shah alam.

terima kasih la azizah oii atas layanan VVVVVIP yang kau bagi. semoga mulut longkang kau tu tak de nyamuk aedes membiak k..

azizah oh azizah!

assalamualaikum..

azizah oii..
dari mana kau berasal..
dari mana ko pulang..
ada aku kisah??

azizah oii..
tinggi mana ko blaja..
tinggi mana ko gapai..
ada aku kisah?

azizah oii..
kereta apa kau pakai..
seluar apa kau sarung..
ada aku kisah??

azizah oii..
aku tak kisah siapa kau..
aku tak kenal siapa kau..
aku tak tahu asal kau..
aku tak kisah azizah oii..

aku kisah pasal santun kau azizah ooii..
mulut kau bak longkang..
akal kau pendek..
mata kau juling azizah oii..

azizah oii..
jangan lah kau memandang pada harta..
janganlah kau pandang pada rupa..
pandang la pada kami yg beri kau kerja..
pandangla pada kami yang beri kau belanja..

azizah oii..
ingatlah kerana mulut, badan binasa

puas hati


assalamualaikum..

wahh aku tersangat la puas hati. banyak benda aku buat yang memuaskan hati sendiri. hati sendiri je k. hati orang lain mungkin terusik.. hahaha.ada aku kisah?? aku sangat puas hati sebabnya :

1. aku bertekak dengan penganjur.

cerita nya gini. aku kan bagitahu ahad minggu lepas (6hb) aku ada futsal tournement anjuran club fakulti aku. erm semua nya dah tamat dah. tamat dengan penuh dramatic. aku tersangatla bengang dengan cara penganjur manage tournement kali ni. siap bertekak kat meja urusetia lagi. ditambah dengan pengerusi die yang angin monsun, bertambah2 la emo aku. finally korang nak tahu apa terjadi. Kitorang TARIK DIRI. tarik diri pada game yang terakhir. puas hati aku! puncanya, dorang sesedap dorang je nak ubah jadual tanpa inform kitorang yang dah macam kayu tunggu next game!. memang hampeh la dorang tu. dah angin2 tu kitorang terus balik. aku tersangatla puas hati! hahahaha

2. musuh aku
ini salah satu part yang betul2 aku suka. musuh tradisi kami tak dapat nak balas dendam untuk kalahkan kami. last game dorang kalah. untuk kali ini aku sure2 dorang nak kalahkan kami dengan import lebih ramai pemain yang hebat. aku tahu? mesti la aku tahu. futsal wanita ni bukan la besar sangat pon. pergi mane2 jumpe aje muka dorang ni. siap tarik pemain team aku lagi.. tapi, ada aku kisah? langsung tak! memang atas kertas dorang hebat sebab dorang juara selepas kitorang tarik diri game akhir tu tapi dari segi rekod (pada kami) dorang tetap belum kalahkan kami lagi.. hahahha.. next semester,kami dah tak ade. so rekod tu tak kan berubah. so aku telah berjaya buat dorang kempunan nak kalahkan kami. lagipon tak suka cara dorang main tipu. nampak sangat nak menang kan.. import2 orang luar plak. kami dah bagi pon korang menang. mesti korang suka kan dapat menaang.. hahah aku betul-betul puas hati.

pada team member aku, memang enjoy game kali ni. korang memang best. ada masa kita main lagi. tak masuk tournament pon tak pe. kite bukan gila kan kejuaraan tapi gila kan kegembiraan bersama korang. buat team subang yang nk friendly ngan kitorang buat kali 3 ni, kitorang tak kan  bagi saingan yang sengit supaya korang tak boleh perlekehkan kami lagi.. tunggu kami ke sana.

    Sunday, March 6, 2011

    rahsia hati

    assalamualaikum

    berdebar rasa hati..
    rasa esok macam nak ambil SPM je..
    tapi SPM dah  berlalu 8tahun yang lepas..
    apakah perasaan ini?

    tak pernah rasa teruja sebegini..
    rasa macam nak dirikan masjid..
    tapi lambat lagi mengikut pengiraan ku..
    apakah perasaan ini?

    semangat rasa nya hari ini..
    rasa mahu berjoging di tasik di pagi hari..
    tapi aku kan tak suka joging dan susah bangun pagi..
    apakah perasaan ini?

    hati mewarnai perasaan ku..
    hati jugak la memudarkan perasaan ku..

    semoga hati ku selalu mendapat petunjuk dari Nya.
    amin~~

    assalamualaikum..

    Friday, March 4, 2011

    futsal fever

    assalamualaikum..

    minggu yang kepanasan dengan mood futsal. ahad ni fakulti aku buat futsal tournament. entah kali ke berapa aku tak penah kira plak. tapi setiap semester dorang akan anjur kan tournament ni. sangat bagus lah berbanding sebelum ni, setahun sekali sahaja. team aku tampil selaku juara bertahan. persoalan nya mampukah kami mempertahankan kejuaraan kali ni? dengan musuh tradisi kami yang semakin kesempitan dan bermain kotor. argghhh.. siapa kami nak menghalang kan. silap-silap gaduh plak. tapi setiap semester ini lah yang kami kena hadapi (import orang lain main). alhamdulillah Tuhan menyebelahi kami semester lepas, kami dapat merebut kejuaraan dari mereka yang kesempitan itu.

    ada cerita panas lagi. aku main tournament fakulti ni dengan kawan-kawan fakulti aku sahaja. tapi di luar aku akan bermain dengan kawan-kawan luar pulak. background kami berlainan. ada yang dah bekerja.. ada yang masih belajar. memang futsal ni boleh mengenal mana yang tak kenal, mendekatkan mana yang jauh. kisah nya, last rabu aku ada friendly dengan Team A ni. ini kali kedua kitorang ada kan perlawanan persahabatan dengan dorang. Team ni pon kenal kawan atas kawan. ntah cam mana ntah boleh main dengan dorang ni. first game hari tu kitorang kalah 4-6. second ni plak kitorang kalah 4-7. tak kisah la kalah kan. adat perlawanan la. aku pon akur sebab kitorang tak la macam dorang rajin masuk tournament. yang buat aku panas nya, dorang macam perlekehkan kitorang. boleh gelak-gelak lagi main kan aku depan pintu gol.  kalau dah rase hebat sangat tak yah la ajak kitorang main. lagi satu, kalau hebat sangat tak kan bagi kitorang 4gol kot. memang panas la. ape-ape pon aku dah beri yang terbaik malam tu. aku puas hati dapat selamatkan banyak percubaan.

    kepada team member aku, jangan putus asa. kita mampu kalahkan dorang tapi belum cukup sempurna untuk kalahkan. teruskan berusaha!

    p/s: berdebar-debar untuk ahad ni. kehangatan dah rasa. malam ni ada training. 


    Wednesday, March 2, 2011

    GLOBAL WARMING

    assalamualaikum..

     kali ni cerita pasal environment lagi. tapi aku sentuh pasal Global Warming. kat bawah ni aku akan copy paste dari assignment aku yang aku search kat internet. sama-sama la kita membaca dan menghayati.

    Global warming is when the earth heats up (the temperature rises).  It happens when greenhouse gases (carbon dioxide, water vapor, nitrous oxide, and methane) trap heat and light from the sun in the earth’s atmosphere, which increases the temperature.  The greenhouse effect is when the temperature rises because the sun’s heat and light is trapped in the earth’s atmosphere.

    For example, when heat is trapped in a car. On a very hot day, the car gets hotter when it is out in the parking lot.  This is because the heat and light from the sun can get into the car, by going through the windows, but it cannot get back out.  This is what the greenhouse effect does to the earth.  The heat and light can get through the atmosphere, but it cannot get out.  As a result, the temperature rises. 

    Global warming is affecting many parts of the world.  Global warming makes the sea rise, and when the sea rises, the water covers many low land islands.  Global warming is doing many things to people as well as animals and plants.  It is killing algae, but it is also destroying many huge forests.  The pollution that causes global warming is linked to acid rain.  Acid rain gradually destroys almost everything it touches.  Global warming is also causing many more fires that wipe out whole forests.  This happens because global warming can make the earth very hot.  In forests, some plants and trees leaves can be so dry that they catch on fire.