assalamualaikum
baru saja tadi aku upload gambar koleksi setem aku. Koleksi First Day Cover dalam bahasa nya Sampul Surat Hari Pertama. Dalam banyak-banyak cabang, aku lebih suka mengumpul bahagian ini. sebabnya, FDC ini dilengkapi dengan risalah (brochure). yela senang untuk buat rujukan kan plus boleh menambahkan ilmu pengetahuan.. ye tak?? hehe.. sesiapa berminat tengok koleksi ini, boleh klik terus ke link ini http://halamankeringat.blogspot.com/search/label/KoLekSi%20-%20First%20Day%20Cover
kat labels aku pon ade. untuk pengetahuan korang, ini hanya sebagai koleksi bukan unutk dijual dan ditukar sebab aku memang tak ada yang extra.
apa yang menarik nya FDC ini? menurut Pos Malaysia bahagian Filateli, FDC hanya dikeluarkan pada hari pertama keluaran. selepas hari pertama, tiada lagi FDC ini dan sekiranya kakitangan Pos Malaysia mengeluarkan selepas hari pertama itu, dorang totally dah melanggar etika. itu apa yang aku dengar la kan.
sebenarnya, mmg keunikan FDC ni bagus tapi kalau di pejabat pos kecil-kecil macam kat pekan aku ini, selalu je lewat sampai. kadang-kadang tu tak sampai langsung. aku jugak la yang hari-hari menjenguk pejabat pos tu,
'kak, setem dah sampai?'
'dah sampai dah dik tapi cop nya tak ada plak'
tengok? tak ke kesian kat aku ni. boleh plak dah sampai tapi cop tak sampai. ni bukan apa. konon limited kan, sampai satu cop pon kongsi satu daerah.. bukan aku tak tahu. akak tu sendiri bocor rahsia.. hahhaa
lastly, aku fed up. pakcik sharom yang baik tu pon tak ade, so aku pon mendaftar kan diri. bukan mendaftar ape. mendaftar ahli SODA. SODA provided by Pos Malaysia. setem akan directly sampai ke rumah without ko pergi terhegeh-hegeh ke kaunter pejabat pos. tapi sistem ini ada jugak kekurangan nya. salah satu nya, ko wajib bayar yuran pos. yang sekarang ini dah naik ke rm2.20. of course la kan kena bayar.. erm lagi satu kelemahan dia, ada ke pas seminggu tarikh keluaran, aku baru dapat setem tu. orang lain dah tayang-tayang kat facebook aku masih lagi terkulat-kulat. bahang keluaran dah sejuk baru setem sampai kat depan rumah aku.
apa-apa pun, hobi aku ni selalu diperlekehkan oleh kawan-kawan. tapi tak pela. masih ada yang sudi berkongsi bersama. itu saja untuk entry kali ini.. panjang umur, ada la tu entry seterusnya..
p/s: tiba-tiba teringat..dulu masa ujian oral english form 4 aku bertajuk pulau-pulau peranginan di malaysia. aku ambil dari brochure FDC aku dan aku menghafal. present depan cikgu.. aku lulus dalam ujian itu. tu maksud aku tadi, brochure tu boleh dibuat sebagai rujukan.
No comments:
Post a Comment