AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Monday, June 13, 2011

tioman 6

assalamualaikum

day 3 (5 may)

memandangkan hari aktiviti agak penuh, aku buat 2 entry supaya tak tegang urat tengkuk korang nak membace kan. kisah ni disambung di kala aku dan kawan2 aku menikmati sunset. tepi pantai memang ade tempat untuk bersantai. kami pon duduk untuk menikmati keindahan matahari terbenam. tapi kami bukan saje disajikan dengan keindahan alam ni tapi ahli2 falak dari jabatan mufti pahang sedang melakukan aktiviti dorang dengan secara terlanjur nya dorang pon mengajak kami bersama2 mereka. dorang tengah tengok bulan. aku pon tak pasti ape sebenarnya aktiviti dorang tapi aku agak berkaitan dengan waktu solat kot. dengan peralatan yang canggih kami dihidangkan dengan gambar bulan.. awesome!! subhanallah!! first time dalam hidup aku dapat tgk permukaan bulan mcm 2.. agak lame kami bersame2 melihat bulan sehinggalah magrib menyusul.. 

selepas magrib kami bersiap2 untuk ber BBQ. malam ni khas untuk berBBQ. apa lagi. time makan2 ni memang aku suke.. hehe

dan hari ni diakhiri dengan aktiviti di cafe sementare menunggu lewat malam. mata agak berat keletihan sudah terasa, kami pon ambil keputusan untuk tidur.. esok, kami akan pulang.. ahh rase sedih pon ade time tu. belum puas mandi laut. ya.. memang itu tujuan aku ke pulau. menikmati air laut sepuas nya..



pemandangan dikala senja
pemandangan senja meneropong keindahan alam
bersama ahli falak menerokai alam
BBQ
antara menu yang disediakan
activity sebelum tidur..


No comments:

Post a Comment