AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Saturday, June 25, 2011

beruntung..

assalamualaikum..

aku rase beruntung sangat dikelilingi orang yang baik, memahami dan saling menolong. walaupon bukan la bersahabat baik tapi tak sombong. ape kaitan nya dengan cerita aku kali ini kan?? ini mukadimah aje.. 

mengumpul stamps dan postcards adalah hobi aku sejak sekolah menengah. first stamps aku miliki ialah stamp keluaran pos malaysia bertema p.ramlee pada tahun  1999. sejak tu sikit-sikit aku kumpul. memandangkan aku sekolah lagi time tu, agak terbatas la kan. bila ada duit baru dapat aku beli.

berbalik pada rase beruntung tadi, apa yang aku nak cerita kan ialah baru-baru ini aku ada mintak tolong kawan aku yang tinggal kat Australia belikan aku stamps. yang tak sangka nya dia sudi menolong aku tanpa balasan. tu yang aku rasa beruntung padahal aku dengan dia just satu sekolah. bukan satu kelas pon. apa-apa pon memang seonok dapat kawan yang tak berkira macam ni. aku, pada mulanya memang segan nak mintak. lama dah aku fikirkan benda ni tapi baru sekarang berani nak suara kan. 

selain kawan aku tu, aku ada jugak mintak sepupu aku yang kat jerman untuk beli stamps dan postcards. tak sangka dia pon sudi beli untuk aku. sepupu aku tu akan balik bulan puasa nanti. tu yang aku order je kat die. sebenarnya, dia tu pemalu. aku pon tak sangka dia ok je bila aku mintak. hehe..

menjelang raya nanti insya'allah stamps dari mesir plak aku dapat. aku mintak kawan aku punya adik belikan. adik kawan aku tu belajar kat mesir dan raya nanti dia balik kot.. alhamdulillah. bertambah koleksi aku dengan adanya bantuan dari mereka-mereka yang ringan tulang.

kesimpulan nya, tolong la seseorang walau sekecil mana pon permintaan nya selagi kita mampu menunaikan kerana dengan sekecil bantuan itu kita mampu buat mereka tersenyum puas..



terima kasih tak terhingga kepada afham, yunos dan kak cik..terima kasih banyak-banyak kerana memenuhi permintaan saya. maaf sekiranya ia mengundang kepayahan dan kesukaran pada korang bertiga..

No comments:

Post a Comment