AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Monday, June 27, 2011

cerita koleksi aku

assalamualaikum

baru saja tadi aku upload gambar koleksi setem aku. Koleksi First Day Cover dalam bahasa nya Sampul Surat Hari Pertama. Dalam banyak-banyak cabang, aku lebih suka mengumpul bahagian ini. sebabnya, FDC ini dilengkapi dengan risalah (brochure). yela senang untuk buat rujukan kan plus boleh menambahkan ilmu pengetahuan.. ye tak?? hehe.. sesiapa berminat tengok koleksi ini, boleh klik terus ke link ini http://halamankeringat.blogspot.com/search/label/KoLekSi%20-%20First%20Day%20Cover
kat labels aku pon ade. untuk pengetahuan korang, ini hanya sebagai koleksi bukan unutk dijual dan ditukar sebab aku memang tak ada yang extra. 

apa yang menarik nya FDC ini? menurut Pos Malaysia bahagian Filateli, FDC hanya dikeluarkan pada hari pertama keluaran. selepas hari pertama, tiada lagi FDC ini dan sekiranya kakitangan Pos Malaysia mengeluarkan selepas hari pertama itu, dorang totally dah melanggar etika. itu apa yang aku dengar la kan.

sebenarnya, mmg keunikan FDC ni bagus tapi kalau di pejabat pos kecil-kecil macam kat pekan aku ini, selalu je lewat sampai. kadang-kadang tu tak sampai langsung. aku jugak la yang hari-hari menjenguk pejabat pos tu, 
'kak, setem dah sampai?'
'dah sampai dah dik tapi cop nya tak ada plak'
tengok? tak ke kesian kat aku ni. boleh plak dah sampai tapi cop tak sampai. ni bukan apa. konon limited kan, sampai satu cop pon kongsi satu daerah.. bukan aku tak tahu. akak tu sendiri bocor rahsia.. hahhaa

lastly, aku fed up. pakcik sharom yang baik tu pon tak ade, so aku pon mendaftar kan diri. bukan mendaftar ape. mendaftar ahli SODA. SODA provided by Pos Malaysia. setem akan directly sampai ke rumah without ko pergi terhegeh-hegeh ke kaunter pejabat pos. tapi sistem ini ada jugak kekurangan nya. salah satu nya, ko wajib bayar yuran pos. yang sekarang ini dah naik ke rm2.20. of course la kan kena bayar.. erm lagi satu kelemahan dia, ada ke pas seminggu tarikh keluaran, aku baru dapat setem tu. orang lain dah tayang-tayang kat facebook aku masih lagi terkulat-kulat. bahang keluaran dah sejuk baru setem sampai kat depan rumah aku. 

apa-apa pun, hobi aku ni selalu diperlekehkan oleh kawan-kawan. tapi tak pela. masih ada yang sudi berkongsi bersama. itu saja untuk entry kali ini.. panjang umur, ada la tu entry seterusnya..

p/s: tiba-tiba teringat..dulu masa ujian oral english form 4 aku bertajuk pulau-pulau peranginan di malaysia. aku ambil dari brochure FDC aku dan aku menghafal. present depan cikgu.. aku lulus dalam ujian itu. tu maksud aku tadi, brochure tu boleh dibuat sebagai rujukan.




First Day Cover 2


FDC Lat, 2009 (Mini Sheet)
FDC Lat, 2009
FDC Pasar Tempatan, 2010
FDC Pasar Tempatan, 2010 (mini sheet 1)
FDC Pasar Tempatan, 2010 (mini sheet 2)
FDC Makanan Tradisional Musim Perayaan, 2010
FDC Makanan Tradisional Musim Perayaan, 2010 (mini sheet)
FDC Keretapi Tanah Melayu, 2010
FDC Keretapi Tanah Melayu, 2010
FDC Keretapi Tanah Melayu, 2010 (mini sheet)

First Day Cover 1

FDC Mata Wang Malaysia (mini sheet)









FDC Mata Wang Malaysia 
FDC Upin & Ipin (Mini Sheet)

FDC Upin & Ipin

FDC Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa, 2010

FDC 1 Malaysia

FDC 1 Malaysia, 2010

FDC Bangunan Cerap Tenaga, 2009

FDC Paku Pakis, 2010

FDC Gaya Hidup Orang Asli, 2010

Saturday, June 25, 2011

haPpY BiRtHdAy!!

Today is my birthday.. I received so many greeting from my friends in Facebook. I'm so happy with that. thanks a lot friends. u all make my day is awesome day eventhough today there is no cake, no candles and no reason to celebrate it. thanks friends..


Sepang circuit / Litar Sepang




















beruntung..

assalamualaikum..

aku rase beruntung sangat dikelilingi orang yang baik, memahami dan saling menolong. walaupon bukan la bersahabat baik tapi tak sombong. ape kaitan nya dengan cerita aku kali ini kan?? ini mukadimah aje.. 

mengumpul stamps dan postcards adalah hobi aku sejak sekolah menengah. first stamps aku miliki ialah stamp keluaran pos malaysia bertema p.ramlee pada tahun  1999. sejak tu sikit-sikit aku kumpul. memandangkan aku sekolah lagi time tu, agak terbatas la kan. bila ada duit baru dapat aku beli.

berbalik pada rase beruntung tadi, apa yang aku nak cerita kan ialah baru-baru ini aku ada mintak tolong kawan aku yang tinggal kat Australia belikan aku stamps. yang tak sangka nya dia sudi menolong aku tanpa balasan. tu yang aku rasa beruntung padahal aku dengan dia just satu sekolah. bukan satu kelas pon. apa-apa pon memang seonok dapat kawan yang tak berkira macam ni. aku, pada mulanya memang segan nak mintak. lama dah aku fikirkan benda ni tapi baru sekarang berani nak suara kan. 

selain kawan aku tu, aku ada jugak mintak sepupu aku yang kat jerman untuk beli stamps dan postcards. tak sangka dia pon sudi beli untuk aku. sepupu aku tu akan balik bulan puasa nanti. tu yang aku order je kat die. sebenarnya, dia tu pemalu. aku pon tak sangka dia ok je bila aku mintak. hehe..

menjelang raya nanti insya'allah stamps dari mesir plak aku dapat. aku mintak kawan aku punya adik belikan. adik kawan aku tu belajar kat mesir dan raya nanti dia balik kot.. alhamdulillah. bertambah koleksi aku dengan adanya bantuan dari mereka-mereka yang ringan tulang.

kesimpulan nya, tolong la seseorang walau sekecil mana pon permintaan nya selagi kita mampu menunaikan kerana dengan sekecil bantuan itu kita mampu buat mereka tersenyum puas..



terima kasih tak terhingga kepada afham, yunos dan kak cik..terima kasih banyak-banyak kerana memenuhi permintaan saya. maaf sekiranya ia mengundang kepayahan dan kesukaran pada korang bertiga..

Tuesday, June 21, 2011

HaPpY FaThEr'S dAy

assalamualaikum

happy belated father's day to ayah!



graduated!!

assalamualaikum..

last friday (17 junE), i'm officially graduated!!

special thanks to my beloved mak n ayah for unexpected supporting especially their prayer for my successful. to my lecturers thanks for guidance during my studies.. friends, thanks a lot give me chance to have unforgettable memories.



Sunday, June 19, 2011

tioman 7

day 4 (6 may)

assalamualaikum..

memandangkan ni last day kitorang, so memang tak ade aktiviti selain mengemas untuk balik.. so entry kali ni aku just letak gambar-gambar sepanjang kitorang ade kat sane k. apa-apa pon, memang seronok bercuti ke tioman. second island aku pernah pergi. sebelum ni aku pergi langkawi.. enjoy~~



















































Monday, June 13, 2011

ada-ada sahaja

assalamualaikum

entry kali ni tak de ape yang aku nak cerita kan. hanya nak berkongsi sedikit gambar yang agak menarik untuk tatapan korang yang aku jumpa semasa aku tengah bertungkus lumus menyiapkan project design aku. harap korang enjoy!

drainage 1: nice!
drainage 2: awesome!
drainage 3 : great!
drainage 4 : fantastic!
drainage 5 : what??
drainage 6 : brilliant!
drainage 7 : meow~~
drainage 8 : my cheese??
drainage 9 : run for ur life~~
sewer : beutiful!!
source : Google Engine!!