assalamualaikum..
kali ni aku nak bercerita sedekit. berkaitan dengan tajuk kali ni iaitu kedai makan. kedai makan ni terletak di seksyen x shah alam. memang salah satu kedai kegemaran aku dan kawan2. disebabkan jauh dari hiruk pikuk dan senang nak parking so memang kami suka lah makan kat sini. oh ya, lagi satu sebab nya, siput sedut masak lemak cili api sentiasa ada di kedai tu.. emm kalo bab rasa, kadang-kadang sedap tapi kadang-kadang tu xsedap lah pulak.. adat orang meniaga la itu. ape yang aku nak cerita, bukan lah sebab siput sedut dia itu tapi lebih kepada tahap kesopanan dan kesusilaan orang kat kedai itu (tak tahu la dia tokeh ke ape).
dua minggu lepas, kami ke kedai tersebut. setelah sekian lama tak kunjungi. memang teruja la kata kan makan kat situ. aku, macam biasa la. mesti ada siput sedut sebab kawan aku sorang ni memang suke siput sedut. makan punya makan. nasi kat pinggan tinggal lagi beberapa suap je lagi, aku tertengok kat pinggan kawan aku ada lalat bergayut baik punya kat daging goreng dia. dari pandangan mata, nampaknya macam lalat tu memang dah jadi lalat goreng dah. maksud aku dah tergoreng skali dengan daging sebab nampak rangup aje.
dah nak buat macam mana lagi kan. dah nak habis pun makan nasi tue. aku pun bagitahu la kat pekerja kedai tu, lantas (chewahh) dia pon bagitahu kat cashier. mungkin cashier tu owner xpun ketua kat kedai tue. aku pon tak pasti. ingat kan aku bagitahu tu, die nak datang buat-buat tengok ke hapa tapi dia wat derk je. siap baca suratkhabar lagi kat kaunter tu. aku hangin je diperlakukan camtu. bukan la aku nak mintak diskaun ke apa. aku nak dia ambil berat dan mintak maaf ke apa.
sampai siap makan dia tak wat apa-apa. mase bayar bil, aku pon ckp 'tadi bagitahu ada lalat kat makanan, buat tak tahu je kan?'
nak tahu ape reaksi dia? dia hanya TERSENGEH!! bukan reti nak mintak maaf ke hapa. sejak tu, kami dah tak datang kat sana lagi mengenangkan peristiwa itu. lalat tu memang tak boleh la sangat nak dielakkan masuk ke lauk tapi, tak reti ke nak mintak maaf ke apa. naseb la kawan aku tu tak apa-apa.
geram dengan peniaga/orang macam tu. bukan kena bayar pon kalau mintak maaf..
kat bawah ni, aku serta kan gambar-gambar yang tak ingin kita lihat. hehe
assalamualaikum..
nampak tak lalat bergayut kat daging tu??
ini lah kedai nya..
No comments:
Post a Comment