AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Thursday, January 20, 2011

cacing

assalamualaikum..

alhamdulillah.. research aku ni dah masuk fasa baru.. apa yang dimaksudkan baru ini ialah cacing-cacing kami telah diberi sisa makanan sebagai makanan mereka. sebelum ini kami hanya beri sludge sebagai makanan. memang matlamat research ini untuk beri cacing sisa makanan tetapi disebabkan penukaran lokasi researh, jadi sumber sisa makanan belum dipeorlehi.
balik kepada memberi sludge sebagai makanan, research kami menunjukan Mr. Worm (aku bagi lah nama kat cacing-cacing ini) sangat menyukai sludge. Mr Worm membesar dan sihat, gemuk dan aktif. hasil kompos itu juga memberikan komen yang amat positif. Department of Landscape telah menggunakan baja yang terhasil. mereka amat memuji baja kerana peningkatan amat positif pada pokok-pokok dan tanaman mereka. akan tetapi aku masih belum lagi membuat analisis makmal memandangkan research aku berkaitan dengan sisa makanan dan sludge hanya sebagai 'bedding'. nampakny, sludge bukan la hanya sebagai 'bedding' tetapi juga boleh menjadi makanan Mr Worm.
pada perancangan, sisa makanan perlu dihancurkan bagi memudahkan mr Worm makan. ini kerana kami ingin mencepat kan proses composting. disebabkan mesin pengisar (shredder) yang ditempah belum sampai, kami hanya mencicang sisa makanan menggunakan pisau pemotong daging. proses ini amat memenatkan dan memerlukan masa yang banyak. dan kami tahu mr worm akan lambat untuk menjamah makanan ini. setelah beberapa hari, kami dapati mr worm amat lemah, kurus dan tidak aktif. ini menunjukan bahawa, mereka susah untuk makan makanan yang tidak dikisar. kami berharap mesin pengisar itu akan sampai awal dari yang dijadual kan
semua kerja yang sedang berjalan ini hanya lah sebagai kerja permulaan (preliminary). kami hanya menguji persekitaran, bahan dan daya tahan mr worm. disamping itu kami juga menternak mr worm. dimana research ini memerlukan sekurang-kurang nya 70 kg. apa yang aku nampak sekarang, mase makin suntuk dan kami tidak mampu untuk membiakkan mr worm sebanyak itu.
apa yang aku harapkan research ini berjaya dan ada cara lain untuk menyiapkan nya dalam masa yang ditetapkan memandang kan ini subjek penting aku di akhir semester pengajian ku
kepada team cacing yang lain, BERUSAHA LAH!!

asalamualaikum semua..


                                      kami mencincang sisa makanan yang belum dimasak

                                sludge yang ada di drying bed Sewage Treatment Plant (STP)

No comments:

Post a Comment