minggu lepas, aku mendaki bukit broga. bersama-sama dengan rakan-rakan diploma aku dahulu. antaranya Shafa, Mira, Nurul, Azimah, AJ dan Ada.. sepatutnya lebih kurang 10 orang yang nak pergi tapi tak jadi disaat akhir.
kami bertolak jam 4.30pagi. sampai sana dalam jam 5.30pagi. perjalanan bermula dishah alam dan sampai di kaki bukit broga menaiki 2 buah kereta. keadaan begitu gelap tapi kami memang dah diberitakan keadaan memnag macam itu. jadi lampu suluh buat peneman mendaki bukit ini. jangan risau kerana memang ramai orang mendaki masa ini. tak perlu risau sangat. pendakian ambil masa satu jam. itupun beberapa kali berhenti sebab kepenatan.. tapi masa turun tak berhenti langsung dan mengambil masa hanya 30minit.
cakap banyak pun tak guna kan. aku tunjuk je la gambar-gambar sekitar bukit broga..
masa gambar ni diambil baru sampai..
masa ni pula dah siang sekitar jam 7 lebih
cantik kan pemandangan waktu begini. dengan angin yang dingin..
ini masa turun. agak gerun tengok kecerunan bukit ini. masa naik tak nampak sebab gelap. hehe
sebelah sisi yang lain pula gambar ini.. terasa tenang berada disini
kepada sesiapa yang suka aktiviti begini, jemput la ke bukit broga, semenyih ini. bukan nasib kami untuk melihat matahari ternit sebab masa ni cuaca sedikit mendung. apa-apa pun memang seronok dan enjoy!
No comments:
Post a Comment