kadang-kadang orang kata, kalau mata itu pedih tanda nya air mata dah lama tak menitis. tipu! aku baru je menitiskan air mata gara-gara terlalu sakit hati. lupakan saja apa yang disakitkan itu.
kali ni lain benar rasa nya mata ni. mungkin sebab hati ini tak mampu nak bendung perasaan yang aku tanggung sekarang ni. ya, memang aku gembira di hari graduasi aku hari ini. dapat bersama kawan-kawan aku lebih-lebih lagi bersama kak nor dan mad. sangat gembira kedua abang aku sudi menemani aku ke konvokesyen kali ini. semangat juga aku untuk menggagahkan diri ke sini. tapi semua tu tak dapat nak sembunyikan kesedihan aku. aku sedih sebab ayah tak dapat hadir. apatah lagi mak aku kan. gara-gara kesihatan tidak mengizin kan. aku sangat memahami perasaan ayah aku yang tak dapat menghadiri konvokesyen kali ni padahal masa dulu ayah yang mendesak aku menyambung pengajian. disaat aku dianugerahkan usaha keringat aku ni, ayah pula tiada. lagipun bukan aku yang layak terima penghargaan ni. ayah dan mak yang patut terima kegembiraan ini.
aku sedih.. tapi masih mampu menyeka air mata dari melimpah keluar dari kelopak mata ini kerana aku perlu kuat. dikala kak nor bersama mak dan abah nya, disaat mad dengan mak dan kakak nya, aku ditemani kedua abang aku. terpalit kesedihan.
aku masih sedih.. tapi mampu mengawal perasaan aku kerna aku perlu kuat.. disaat ayah meminta buku konvokenyen aku, untuk melihat nama aku di senarai penerima ijazah sarjana muda kepujian kejuruteraanawam, aku sayu. melihat ayah terbaring menahan kesakitan. disisi ayah, mak sedang menekap kaki ayah dengan tuala air panas. aku merintih dalam hati disaat ayah meminta aku menunjukkan nama aku didalam buku itu kerana terlalu banyak nama. aku tahu ayah sukar mencari nama aku dikala ayah sedang menahan kesakitan..
aku masih sedih tapi aku tak mampu menyeka air mata apatah lagi mengawal perasaan aku. dimana aku ingin luahkan hati dan perasaan ini pun aku tak tahu.mungkin padaNya kerna Dia maha mendengar. mungkin ini lah hikmah rezeki kerja aku tak kunjung tiba. mungkin ini lah kesempatan yang diberi untuk aku menjaga makayah aku. Ya Allah setiap perancangan Mu itu adalah yang terbaik buat hamba Mu. aku redha~~
No comments:
Post a Comment