AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Sunday, October 30, 2011

kesedihan dalam kegembiraan

assalamualaikum

kadang-kadang orang kata, kalau mata itu pedih tanda nya air mata dah lama tak menitis. tipu! aku baru je menitiskan air mata gara-gara terlalu sakit hati. lupakan saja apa yang disakitkan itu. 

kali ni lain benar rasa nya mata ni. mungkin sebab hati ini tak mampu nak bendung perasaan yang aku tanggung sekarang ni. ya, memang aku gembira di hari graduasi aku hari ini. dapat bersama kawan-kawan aku lebih-lebih lagi bersama kak nor dan mad. sangat gembira kedua abang aku sudi menemani aku ke konvokesyen kali ini. semangat juga aku untuk menggagahkan diri ke sini. tapi semua tu tak dapat nak sembunyikan kesedihan aku. aku sedih sebab ayah tak dapat hadir. apatah lagi mak aku kan. gara-gara kesihatan tidak mengizin kan. aku sangat memahami perasaan ayah aku yang tak dapat menghadiri konvokesyen kali ni padahal masa dulu ayah yang mendesak aku menyambung pengajian. disaat aku dianugerahkan usaha keringat aku ni, ayah pula tiada. lagipun bukan aku yang layak terima penghargaan ni. ayah dan mak yang patut terima kegembiraan ini.

aku sedih.. tapi masih mampu menyeka air mata dari melimpah keluar dari kelopak mata ini kerana aku perlu kuat. dikala kak nor bersama mak dan abah nya, disaat mad dengan mak dan kakak nya, aku ditemani kedua abang aku. terpalit kesedihan. 

aku masih sedih.. tapi mampu mengawal perasaan aku kerna aku perlu kuat.. disaat ayah meminta buku konvokenyen aku, untuk melihat nama aku di senarai penerima ijazah sarjana muda kepujian kejuruteraanawam, aku sayu. melihat ayah terbaring menahan kesakitan. disisi ayah, mak sedang menekap kaki ayah dengan tuala air panas. aku merintih dalam hati disaat ayah meminta aku menunjukkan nama aku didalam buku itu kerana terlalu banyak nama. aku tahu ayah sukar mencari nama aku dikala ayah sedang menahan kesakitan..

aku masih sedih tapi aku tak mampu menyeka air mata apatah lagi mengawal perasaan aku. dimana aku ingin luahkan hati dan perasaan ini pun aku tak tahu.mungkin padaNya kerna Dia maha mendengar. mungkin ini lah hikmah rezeki kerja aku tak kunjung tiba. mungkin ini lah kesempatan yang diberi untuk aku menjaga makayah aku. Ya Allah setiap perancangan Mu itu adalah yang terbaik buat hamba Mu. aku redha~~

congratulation!!




today is my convocation day!! to all my friends, happy graduation day and congratulations!!

Thursday, October 20, 2011

apa aku buat hari ini??

assalamualaikum..

banyak pula benda yang aku buat hari ini. selama ini hidup sepi berteman kan laptop saje tapi hari ini aku agak menyibuk kan diri. dari pagi aku bawa mak ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. sampai ke tengahari aku di pekan. dengan urusan bank lagi. dan 2 kali aku hangin kereta aku kena blok dengan kerata lain. sudahnya masa banyak terbuang.

sebelah petang pula, aku menghabiskan masa dengan menyusun balik setem-setem luar negara yang sepupu aku, Yunos bagi. dari hari raya hari itu dia bagi tapi aku tak kemas-kemas pun benda itu sehingga la hari ini.. sampai ke malam aku menghadap benda alah itu.

ini sikit je.. kalau di zoom out, memang bersepah la keadaan nya. naseb si sepit tu memudahkan kerja-kerja aku. heheh

gambar kat bawah ini hasil setem-setem yang telah dikemaskini. sebahagian je ni. aku malas nak ambil gambar banyak-banyak sebab tak ada kamera. aku guna fon je ni





Wednesday, October 19, 2011

Keluaran Peti Pos 10.10.2011




apa yang menarik nya tentang keluaran kali ini ialah rekaan buku setem. buku setem ini direka dengan konsep lekat sendiri atau self adhesive. ini keluaran kedua yang di reka selepas Keluaran Upin Dan Ipin. dan untuk pengetahuan semua, rekaan ini telah di print di luar negara yang saya sendiri tidak pasti di negara mana. apa-apa pun ini suatu perkembangan terbaru dalam teknologi setem itu sendiri.
 

Thursday, October 13, 2011

'Tiada yang lebih tenteram berbanding hati manusia yang selalu berhubung dengan Allah SWT'.

'HATI yang sedar Allah SWT yang maha memelihara dan melindungi hamba-Nya'

'HATI yang mengerti bahawa Allah SWT tidak pernah bosan membuka rahmat dan kasih sayang-Nya setiap masa'

'HATI yang faham Allah SWT sentiasa mengampunkan semua dosa dan kesalaha, memenuhi segala harapan dan melarang perasaan putus asa hinggap di hati hamba-Nya'

-Dr Adi Hashman, 2009 (Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit)


alhamdulillah





Wednesday, October 5, 2011


Allah tidak mengubah sesuatu nikmat yang sudah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

Surah al-Anfal, ayat 53



mendaki bukit broga, semenyih

assalamualaikum

minggu lepas, aku mendaki bukit broga. bersama-sama dengan rakan-rakan diploma aku dahulu. antaranya Shafa, Mira, Nurul, Azimah, AJ dan Ada.. sepatutnya lebih kurang 10 orang yang nak pergi tapi tak jadi disaat akhir. 

kami bertolak jam 4.30pagi. sampai sana dalam jam 5.30pagi. perjalanan bermula dishah alam dan sampai di kaki bukit broga menaiki 2 buah kereta. keadaan begitu gelap tapi kami memang dah diberitakan keadaan memnag macam itu. jadi lampu suluh buat peneman mendaki bukit ini. jangan risau kerana memang ramai orang mendaki masa ini. tak perlu risau sangat. pendakian ambil masa satu jam. itupun beberapa kali berhenti sebab kepenatan.. tapi masa turun tak berhenti langsung dan mengambil masa hanya 30minit.

cakap banyak pun tak guna kan. aku tunjuk je la gambar-gambar sekitar bukit broga..



masa gambar ni diambil baru sampai..

masa ni pula dah siang sekitar jam 7 lebih

cantik kan pemandangan waktu begini. dengan angin yang dingin..





ini masa turun. agak gerun tengok kecerunan bukit ini. masa naik tak nampak sebab gelap. hehe
sebelah sisi yang lain pula gambar ini.. terasa tenang berada disini

kepada sesiapa yang suka aktiviti begini, jemput la ke bukit broga, semenyih ini. bukan nasib kami untuk melihat matahari ternit sebab masa ni cuaca sedikit mendung. apa-apa pun memang seronok dan enjoy!