topik kali ini agak membosankan bagi sesiapa yang tak minat dengan memelihara alam sekitar. yup! aku berani berkata begitu sebab memang aku ada dikelilingi oleh orang-orang yang tak tahu nak menjaga Bumi ini tapi hanya tahu menggunakan tanpa disedari memusnahkan Bumi kita ini. aku sebagai student yang mengambil subjek berkaitan ini, memang diajar dan didik tentang menghijaukan Bumi ini kerana kami lah salah satu pelapis yang akan menjaga Bumi dari kemusnahan dek pembangunan yang pesat.
aku sebagai manusia biase memang tak terlepas menrosakkan bumi. sangat susah menukar mentaliti manusia untuk lebih menyayangi bumi. sedangkan aku pon susah nak mempraktikkan apa yang dipelajari, macam mana pulak aku nak berdepan dengan masyarakat menyuruh mereka mempraktikkan gaya hidup lebih menyihatkan bumi. itulah satu tembok yang amat besar untuk aku tembusi.
baru-baru ini kakak aku ingin pasang aircond kat rumah dia. dia kasihan kan anak nya yang masih kecil sentiasa beruam kerana berpeluh dikala cuaca panas. memasang aircond bukan lah satu langkah yang bijak. ini kerana aircond menggunakan elektrik yang akan memanaskan lagi bumi kite ini. tapi aku nak kata ape kan sebab kakak aku dah pon membeli aircond tu..
sepanjang belajar ini beberapa perkara telah aku praktik kan. dibawah ni aku listkan ape yang aku buat dan korang pon dapat mengikiuti mane yang termampu. macam aku, aku buat setakat mane yang aku mampu.
- tidak membuang minyak yang telah digunakan ke dalam sink. aku akan memasukkan kedalam botol terpakai. semasa membuang sampah, aku akan asingkan botol minyak tu untuk menyenangkan kerja pakcik-pakcik kutip sampah tu.
- segala botol kaca, botol plastik aku asingkan jugak. aku masukkan dalam 1plastik (campurkan kaca dan plastik). yang penting jangan campurkan dengan sisa makanan atau bahan-bahan yang tak boleh recycle. masa buang pon aku asingkan sebab aku pernah terserempak dengan individu yang cari barang recycle kat tong sampah. so memudahkan kerja dia la.
- jangan buang sampah merata-rata. membuang sampah walaupun sekecil pembalut gula-gula akan membuatkan bumi kite ini kotor. lagi-lagi kalau buang dijalanraya, air hujan akan membawa pembalut gula-gula tadi ke longkang seterusnya akan ke sungai. ape lagi kan, mestila mencemarkan sungai (mengingatkan diri sendiri. sebab aku pernah buat jugak ;p)
- mengurangkan penggunaan elektrik. agak-agak mana yang tak diperlukan tu, tak payah la on kan suiz. cam lampu, kalau tak guna, offkan sahaja. kalau masak air (letrik) kalau dah masak tu, cepat-cepatlah off kan. bukan sebab nak berjimat sangat tapi lebih kepada mengurangkan penggunaan elektrik. penggunaan elektrik berlebihan menyebabkan bumi kita semakin panas kesan dari Global Warming.
aku nak sambung buat design structure ni. merehatkan minda dengan mencoretkan topik kali ni. sebarang komen amatlah dialu-alukan.
kadang-kadang kita rasa kita betul, tapi bagi orang lain kita salah. jangan takut menerima kritikan. kerana ia adalah faktor kejayaan kita.
asalamualaikum semua..
emm.. ad lg x cra2 yg bley dgunakan utk lbh mnghijaukan bumi slen smua di ats 2 n mnanam pkok??
ReplyDeletesori. baru nampak komen awak..terima kasih sebab alert dengan alam ini..
ReplyDeleteantara cara-cara lain yang boleh digunakan (secara individu)
1. mengitar semula barang (reuse). contohnya beg plastik pasaraya boleh digunakan sebagai beg sampah. dengan itu, kita tak perlu membeli plastik khas untuk beg sampah dan dapat minimum kan penghasilan sampah.
2. jimat air. baru-baru ni ada kenyataan keluar yang lembah klang akan hadapi krisi air pada 2012. memang sesetengah orang berpendapat mereka membayar setiap penggunaan air. tapi ramai tidak tahu punca air bersih sangat terhad ketika ini. untuk pengetahuan awak hanya 2% dari air dimuka bumi ini boleh dijadikan sebagai sumber air. bagi menjimatkan air, beberapa langkah boleh di ambil contoh nya:
a) menadah air hujan bagi tujuan menyiram tanaman spt pokok bunga, tumbuhan. selain itu boleh digunakan sebagai mencuci longkang, car porch.
b) menutup paip semasa memberus gigi / semasa di dalam toilet. jgn biarkan air mengalir tanpa kegunaan.
c) lebih advance, boleh search pasal rainwater harvesting iaitu menggunakan sistem yang dipasang untuk menadah air hujan untuk kegunaan dirumah seperti pam tandas.
cukup tak? sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menjaga alam ni. sekiranya perlukan bantuan boleh email sy di sue_aishah@yahoo.com