sejak melangkah ke tahun baru ni aku rase hidup aku tak sebest tahun lepas. ye la tahun lepas aku leh je buat ape yang aku suke. ermm aku suke je berjalan-jalan tanpa dirancang sebab selalu nya ape yang dirancang mesti tak jadi. tak tahu la kalau orang lain kan. kalau aku, memang peratus nak jadi tu 30% je. macam tahun lepas, aku dan kawan aku redah ke Melaka dikala kami dalam situasi tegang dan tekanan belajar. dah la time tu bulan puasa tapi aku tak nak puasa tu dijadikan alasan untuk tak kemane-mane. 2hari 1malam je kami kesana. untuk melepaskan tekanan. dalam 2 hari tu sempat jugak aku ke zoo melaka (night safari). yang ni memang syok la. tak penahkan tengok binatang buas malam-malam. orang lain sibuk mengumpul pahala dengan terawih tapi kami sempat pula melawat ciptaan-Nya. seterusnya kami ke Kota A Famosa, muzium (kapal besar tu) dan jalan-jalan sekitar dataran pahlawan. sempat juga menikmati ikan bakar mase berbuka puasa.
aku memang terkejut time tengok dataran pahlawan sekarang ni. kira-kira 10tahun yang lepas aku ke sana. memang banyak la perubahan. tumbs up to kerajan Melaka. walaupon aku suke dataran pahlawan yang lama tu. hehe..
teruja rasa nya sampai ke Melaka. hehe
Gambaran Dataran Pahlawan dari Menara Taming Sari
tahun lepas juga aku pernah redah ke sungai congkak Hulu Langat. tu memang redah la sebab kitorang tak tahu jalan. sampai pon dah melewati petang. pergi plak time orang bekerja, so memang tak ramai la yang mandi kat situ. sempat lagi berBBQ. haha.. seronok la buat macam tu dari merancang bagai nak rak, last-last cancel.. huh!
tahun lepas juga aku ke bagan lalang, Sepang. kali ni pantai plak. kitorang just dok melepak tengok ombak yang tak la berapa cantik kalau nak dibandingkan dengan ombak kat pulau langkawi.. ok lah jugak kan ombak yang ade kat selangor ni. lepas lepak-lepak, kitorang lepas kan gian. weh bukan gian benda tak senonoh. gian bola. kitorang sepak-sepak bola kat tepi pantai. aku sangat suke aktiviti santai macam ni daripada aktiviti yang banyak keluarkan duit. maklumlah aku student lagi. tak payah la berbelanja banyak sangat kan..
ni lah Bagan Lalang, Sepang
tahun baru cina tahun lepas aku ke Terengganu. kawan aku orang sane. dia ajak lepak sane memandangkan cuti semester seminggu time tu. aku ngan berbesar hati la ke sana. first time kot pergi Terengganu. aku nk makan puas-puas! haha matlamat aku berjalan aku suka try makanan dari shopping. ermm kawan aku memperkenalkan ICT. bukan ICT at shah alam tu tapi ICT tu Ikan Celup Tepung. bunyi menarik kan. first day pergi, hampa.. licin kot. ye la time tu kan cuti memang la licin. keesokan hari nya kami rancang pergi awal - awal. takut hampa lagi. yes! kali ni memang dapat makan walaupon tak banyak sebab still kene berebut. memang sedap ah ICT ni. sampai skarang aku merindui nak makan ICT lagi. dah la baik punye view. tapi pantai kot.. memang sedap! korang try la kalau ade kesempatan ke sana.
Ikan Celup Tepung Terengganu ni memang sedap.
lagi satu tempat nak makan, pantai remis Kuala Selangor. salah satu temapt favourite aku. makan makanan yang bakar-bakar. ikan bakar, kerang bakar. paling aku suke pari bakar dan kerang bakar. tempat ni syok sebab tepi pantai jugak. petang-petang memang ramai. ramai bawa famili masing-masing beriadah. ada yang main layang-layang. memang meriah. aku dah pon membawa famili aku ke sini. diorang pon suke makan kat sini. korang cuba, jangan tak cuba!!
sedap kan ikan bakar ni??
harap-harap rancangan aku dan kawan-kawan nak ke langkawi tercapai..
No comments:
Post a Comment