AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Wednesday, January 26, 2011

kedai makan

assalamualaikum..
kali ni aku nak bercerita sedekit. berkaitan dengan tajuk kali ni iaitu kedai makan. kedai makan ni terletak di seksyen x shah alam. memang salah satu kedai kegemaran aku dan kawan2. disebabkan jauh dari hiruk pikuk dan senang nak parking so memang kami suka lah makan kat sini. oh ya, lagi satu sebab nya, siput sedut masak lemak cili api sentiasa ada di kedai tu.. emm kalo bab rasa, kadang-kadang sedap tapi kadang-kadang tu xsedap lah pulak.. adat orang meniaga la itu. ape yang aku nak cerita, bukan lah sebab siput sedut dia itu tapi lebih kepada tahap kesopanan dan kesusilaan orang kat kedai itu (tak tahu la dia tokeh ke ape).

dua minggu lepas, kami ke kedai tersebut. setelah sekian lama tak kunjungi. memang teruja la kata kan makan kat situ. aku, macam biasa la. mesti ada siput sedut sebab kawan aku sorang ni memang suke siput sedut. makan punya makan. nasi kat pinggan tinggal lagi beberapa suap je lagi, aku tertengok kat pinggan kawan aku ada lalat bergayut baik punya kat daging goreng dia. dari pandangan mata, nampaknya macam lalat tu memang dah jadi lalat goreng dah. maksud aku dah tergoreng skali dengan daging sebab nampak rangup aje.

dah nak buat macam mana lagi kan. dah nak habis pun makan nasi tue. aku pun bagitahu la kat pekerja kedai tu, lantas (chewahh) dia pon bagitahu kat cashier. mungkin cashier tu owner  xpun ketua kat kedai tue. aku pon tak pasti. ingat kan aku bagitahu tu, die nak datang buat-buat tengok ke hapa tapi dia wat derk je. siap baca suratkhabar lagi kat kaunter tu. aku hangin je diperlakukan camtu. bukan la aku nak mintak diskaun ke apa. aku nak dia ambil berat dan  mintak maaf ke apa.

sampai siap makan dia tak wat apa-apa. mase bayar bil, aku pon ckp 'tadi bagitahu ada lalat kat makanan, buat tak tahu je kan?'
nak tahu ape reaksi  dia? dia hanya TERSENGEH!! bukan reti nak mintak maaf ke hapa. sejak tu, kami dah tak datang kat sana lagi mengenangkan peristiwa itu. lalat tu memang tak boleh la sangat nak dielakkan masuk ke lauk tapi, tak reti ke nak mintak maaf ke apa. naseb la kawan aku tu tak apa-apa.

geram dengan peniaga/orang macam tu. bukan kena bayar pon kalau mintak maaf..
kat bawah ni, aku serta kan gambar-gambar yang tak ingin kita lihat. hehe

assalamualaikum..

                                               nampak tak lalat bergayut kat daging tu??

                                                                  ini lah kedai nya..

Thursday, January 20, 2011

thaipusam

assalamualaikum

sempena dengan cuti thaipusam (untuk beberapa negeri sahaja), jadi banyak lah masa yang aku ada untuk update dan tulis macam-macam cerita..

semester ini aku ambil subjek business.. agak membosankan sebab sebelum ini aku penah ambil subjek ini masa diploma dahulu. apa yang aku nak ceritakan kat sini berkenaan dengan pensyarah yang mengajar aku. subjek ini menggabungkan tiga kelas. tentunya ditempatkan di dewan kuliah kerana bilangan yang banyak. apa yang menarik nya, pensyarah ini sangat suka bergurau. walaupun gurauan nya berbaur lucah tapi ada juga yang mencuit hati dan membuat aku terfikir2.. hehe

begini cerita nya, satu hari kuliah bercerita tentang bisness. mr pensyarah aku kate senang je nak mulakan bisness ni, asalkan ade modal sikit. die suh cari bapak mertua yang kaya yang boleh membantu. mr pensyarah aku ni sudah pon beristeri. die pon memulakan cerita..

mr pensyarah:
'kesian saya tak de bapak mertua. kalau ade boleh mintak tanah ke ape ke untuk memulakan bisnes.. tapi saya suke sbb sy berpeluang cari bapak mertua.. (sambil tersenyum-senyum)'
kami paham lah ape yang dicakap kan tue.. makne ny nk tambah kuota isteri. alasan je nk bapak mertua.
mr pensyarah:
'tapi saya sedih sbb isteri saya ckp "kenapa susah2 nk cari bapak mertua, suruh saja mak saya yang cari. kenapa plak awak nak carikan"
mr pensyarah:
'aduhai melepas aku nk tambah kuota'

berderai gelak tawa satu dewan.
kelas yang boring tidak lagi sunyi..
thx to mr pensyarah!



cacing

assalamualaikum..

alhamdulillah.. research aku ni dah masuk fasa baru.. apa yang dimaksudkan baru ini ialah cacing-cacing kami telah diberi sisa makanan sebagai makanan mereka. sebelum ini kami hanya beri sludge sebagai makanan. memang matlamat research ini untuk beri cacing sisa makanan tetapi disebabkan penukaran lokasi researh, jadi sumber sisa makanan belum dipeorlehi.
balik kepada memberi sludge sebagai makanan, research kami menunjukan Mr. Worm (aku bagi lah nama kat cacing-cacing ini) sangat menyukai sludge. Mr Worm membesar dan sihat, gemuk dan aktif. hasil kompos itu juga memberikan komen yang amat positif. Department of Landscape telah menggunakan baja yang terhasil. mereka amat memuji baja kerana peningkatan amat positif pada pokok-pokok dan tanaman mereka. akan tetapi aku masih belum lagi membuat analisis makmal memandangkan research aku berkaitan dengan sisa makanan dan sludge hanya sebagai 'bedding'. nampakny, sludge bukan la hanya sebagai 'bedding' tetapi juga boleh menjadi makanan Mr Worm.
pada perancangan, sisa makanan perlu dihancurkan bagi memudahkan mr Worm makan. ini kerana kami ingin mencepat kan proses composting. disebabkan mesin pengisar (shredder) yang ditempah belum sampai, kami hanya mencicang sisa makanan menggunakan pisau pemotong daging. proses ini amat memenatkan dan memerlukan masa yang banyak. dan kami tahu mr worm akan lambat untuk menjamah makanan ini. setelah beberapa hari, kami dapati mr worm amat lemah, kurus dan tidak aktif. ini menunjukan bahawa, mereka susah untuk makan makanan yang tidak dikisar. kami berharap mesin pengisar itu akan sampai awal dari yang dijadual kan
semua kerja yang sedang berjalan ini hanya lah sebagai kerja permulaan (preliminary). kami hanya menguji persekitaran, bahan dan daya tahan mr worm. disamping itu kami juga menternak mr worm. dimana research ini memerlukan sekurang-kurang nya 70 kg. apa yang aku nampak sekarang, mase makin suntuk dan kami tidak mampu untuk membiakkan mr worm sebanyak itu.
apa yang aku harapkan research ini berjaya dan ada cara lain untuk menyiapkan nya dalam masa yang ditetapkan memandang kan ini subjek penting aku di akhir semester pengajian ku
kepada team cacing yang lain, BERUSAHA LAH!!

asalamualaikum semua..


                                      kami mencincang sisa makanan yang belum dimasak

                                sludge yang ada di drying bed Sewage Treatment Plant (STP)