assalamualaikum
percutian ke tioman ni hanya kami bertiga. aku, mad dan kak nor. dah yang lain 2 asyik cancel je so aku teruskan jugak usaha kami untuk bercuti.
day 1 (3 may)
lepas mad habis menjawab final exam dia, kami bersiap untuk bertolak. dari shah alam kami ambil tren komuter terus ke bandar tasik selatan. dari bandar tasik selatan kami menaiki bas dari terminal bersepadu selatan ke mersing. kami memilih menaiki trasnasional sebab tu satu-satunya bas dari TBS ke mersing. kami bertolak dari shah alam jam 8mlm. menaiki bas pada jam 11.30 malam.
hari pertama ni dah macam-macam terjadi, salah satunya kami tersalah turun stesen. kami turun di salak selatan. yang jadi puncanya, kami tak dengar betul-betul announcement dari pihak komuter. maklumlah, first time kot naik tren ke situ. dengar je selatan, kelam kabut kami turun. sekali salah stesen da.. terpaksa la kami menunggu next trip. ada la terbuang masa hampir 30minit.
sampai di terminal, wow so impressive.. TBS memang dah standard KLIA dah. aku agak terkejut. tak sangka malaysia boleh buat macam ni. hehe.. tapi rase kagum aku tu tak lama la. ni gara-gara transnasional punye perkhidmatan. aku datang kaunter untuk tanya platform aku, belum sempat tanya, dengan berlagaknya si penjaga kaunter ni tunjuk-tunjuk notis kat depan die. suruh aku bace. kalau ye pon tak nak layan, perlu ke buat muka camtu.. sengal!
lagi mengecewakan bila bas yang datang tak ikut ape yang dikatakan. masa aku beli tiket, aku diberitahu bas ke mersing bas 3seats. memandang kan kami bertiga, aku mintak la 1 row kan. skali ,tapi bas yang datang tu bas 4seats. aku agak meradang gak la. kalo awal-awal diberitahu boleh aku naik bas lain sebab selalunya bas 4seats ni sempit untuk perjalanan jauh. tertipu aku dengan transnasional ni. naik-naik je, tempat duduk aku, aircond die ade leakage. sabar je la aku.. tak pe... sabar je la..
ini lah terminal bersepadu selatan (TBS). pandangan dari stesen bandar tasik selatan |
ini plak pandangan dalam TBS. smart kan.. selesa.. |
ini plak santapan kami sebelum menaiki bas. lapik perut sikit. |
ini la rupenya leakage pada aircond kat tempat duduk aku. |
No comments:
Post a Comment