assalamualaikum
day 2 (4 may)
kitorang selamat sampai ke terminal bas mersing jam 4.30 am. rasenya macam awal dari yang sepatutnya. sampai-sampai je disambut oleh sepasang suami isteri ni. aku tak tahu nama pakcik makcik ni tapi dorang ni sebenarnya menguruskan pelancong asing. dorang offer naik bas dorang untuk ke jeti. kitorang pon naik la memandangkan hari masih gelap dan kat terminal tu agak sunyi.
sampai jeti pon tak de perubahan. sama je. sunyi tapi ade la orang kat situ kan.. tak de la takut sangat. kitorang kene menunggu sehingga jam 10. sebab feri kitorang jam 10am. aku yang setting naik jam 10am sebab takut tak sempat nak naik feri jam 6am. kitorang bersarapan dulu.. pastu tidur kat jeti tu. aku tak tidur la sebab tak selesa. aku sambung baca novel.
sepanjang aku kat jeti dan terminal, aku rase penduduk/ orang mersing ni ramah-ramah belaka. suka bertanya dan suka bercerita. tak de la aku janggal sangat ke tempat ni.
jam 10 pagi kami menaiki feri. perasaan teruja jangan cakap la.. dah melonjak-lonjak dah peransaan tu dalam hati ni. sangat tak sabar nak sampai tioman. tapi, dalam feri, sambung balik tidur.. heheheh.. perjalanan ke kampung genting mengambil masa selama 1jam 30minit. aku tidur je sepanjang perjalanan. hehe.. kampung genting merupakan perhentian pertama di tioman. sampai je jeti kampung genting aku rase bertuah dapat jugak menjejak kan kaki ke pulau ni.. pemandangan yang cantik.. air yang jernih walaupun di jeti. kami disambut oleh pihak Sun Beach Resort. dorang sangat ramah.. setelah kunci bilik diberi, kami mandi dan mengambil keputusan untuk tidur sebentar sebelum ke pantai.
dalam jam 4ptg kami ke pantai. ternyata keputusan kami untuk tidur merugikan kerana time ni air mula surut. kalo air dah surut, susah untuk mandi sebab kene pergi ke tengah laut. kat cni, tengah-tengah laut tu penuh dengan batu. agak susah untuk mandi tapi kami redah aje..
pada sebelah malam, makan malam bermula pada jam 7.30. disebabkan makanan disediakan dan buffet, kami pergi awal takut makanan akan habis. memang sedap makanan malam tu. kami dihidangkan ayam, sotong, ketam.. dengan jus oren dan buah-buahan. memang superb makan malam ni.
selepas makan malam kami ke santai cafe untuk habiskan masa malam yang terluang ni. desebabkan chalet kitorang tak de TV so, kitorang lepak je kat santai cafe ni. agak bosan tengok tv kami pon main scrabble.. sambil-sambil main, supper disediakan. bubur jagung favourite mad.. asyik makan je kami malam ni..
nanti kan cerita hari ke 3 dalam entry akan datang. hari ke 3 adalah hari untuk snorkeling..
kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar yang menarik untuk korang tengok..
signboard mersing. tp xclear plak. hehe |
welcome to kampung genting, tioman. nampak tak gambar brother tengah sorong tu, tu yang dorang guna untuk mengangkut bagasi pelancong. |
ini plak santapan makan malam kitorang. naseb sempat ambil gambar. selalu nya aku lupe je.. hehe |
p/s: ni je gambar yang dapat aku attach kan. sebabnya, aku taktahu la line problem ke ape yang problem.. tak leh upload gambar banyak-banyak.. nanti la aku update sikit-sikit gambar ye.