AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Tuesday, May 1, 2012

Aku Mengerti

assalamualaikum..

kini,
aku mengerti
amat memahami perasaan kamu
walaupun bukan itu kesakitan aku


.........................................................................................................................................



Saturday, February 18, 2012

banyak

banyak
yang telah aku lalui..
berbagai liku aku tempuhi..
sepanjang penghijrahan aku ini..

banyak
yang telah aku pelajari..
berbagai ilmu aku perolehi..
sepanjang perjalanan aku ini..

banyak
yang aku telah perhati..
berbagai pengertian aku miliki..
sepanjang langkah aku ini..

banyak
yang telah aku tanggungi..
berbagai tekanan aku alami..
sepanjang 2 bulan ini..

Ya Allah
hanya Engkau yang tahu
apa yang terbaik buat ku
aku redha dengan ketentuan Mu
semoga aku selalu dalam perlindungan Mu

Monday, January 2, 2012

seminggu baru berlalu

selepas seminggu..

aku gembira dengan keputusan yang aku lakukan..
walaupun pada awalnya aku terasa keraguan itu menggugat pilihan..

selepas seminggu..

aku lega kerana aku berani melangkah tanpa rasa bersalah..
meninggal kan tanggungjawab yang telah aku pegang selama 6 bulan tanpa rasa lelah..

selama seminggu..

aku lemas dalam merinduan yang mendalam dan berbekas dihati..
kepada kedua ibubapa ku insan yang benar-benar di sayangi..

selama seminggu..

aku berserah kepada Nya agar diberikan kekuatan dalam diri..
dunia baru terbentang dan tersedia untuk aku harungi..

seminggu baru berlalu..