pada aku, dengan bercerita atau meluahkan sesuatu bebanan itu kan surut. pada aku, berkongsi kesakitan itu mampu merawat kelukaan itu. tapi aku silap.
kadang-kadang apa yang diluahkan itu akan menjadi lebih berat. kerana yang ingin diluahkan itu kadang-kadang orang lain tak perlu tahu ataupun terlalu peribadi untuk orang lain tahu.dari itu tenangkan la diri dengan benda-benda yang membolehkan kita mengawal diri dari terus dibebani.
kadang-kadang pula, apa yang ingin diluahkan tidak dapat diungkap dengan kata-kata walaupun sepatah perkataan. lebih baik berdiam. bermain dengan perasaan sendiri kerana tiada orang yang mampu memhami apa yang kita alami dan apa yang kita rasa.
kadang-kadang, kita pula yang tidak sampai hati meluahkan nya. takut melukakan dan takut pula menyusahkan. dengan itu, pada diri kita lah sebenarnya kita berdiri. kita yang mampu merawat diri dan hati kita sendiri..