AkU BuKaN SeOrAnG bLoGgEr
MeNuLiS hAnYa UnTuK bErCeRiTa


Wednesday, November 30, 2011

cerita hati

assalamualaikum

lama aku tak bercerita apa kat blog ini. mungkin tiada apa yang aku nak kongsi kan. mungkin ia nya terlalu peribadi. mungkin lebih baik sekiranya aku pendam kan sahaja. tapi hari ini tidak. aku perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati ini. malang nya aku tak tahu nak luahkan pada siapa. mungkin dengan cara ini (menulis dalam blog ini) aku dapat meluahkan.

aku dilahirkan dalam satu keluarga yang amat tegas suatu masa dulu. dimana ayah aku merupakan seorang tentera. tapi setelah dimamah usia, ayah tidak lagi garang dulu.menghabiskan sisa hidup nya dengan melayan keranah anak yang tiada penghujungnya. 
aku dibesarkan dalam keluarga yang agak susah suatu masa dulu.dimana pakaian sekolah hanya akan diganti sekiranya lusuh. kadang-kadang sampai 2tahun tak tukar. tapi itu dulu. setelah ayah ambil pencen awal dan bekerja sendiri, kami tidak lagi kesusahan. dua kali setahun beli baju sekolah.
aku juga dibesarkan dalam 5adik beradik suatu masa dulu. dimana aku sendiri tak ingat masa kecik aku. heheh.. tapi itu dulu. sekarang ini aku rasa seperti kami hanya 3beradik. kakak aku, abang cik aku dan aku. ini la yang ingin aku luahkan..
aku rasa macam itu sebab nya, kami bertiga yang selalu berada di rumah ini. abang cik memang duduk dirumah ini menjalankan kewajipan dia menjaga makayah. kakak pula akan pulang ke sini dua kali setiap bulan bersamam suami dan anaknya. aku pula, sejak habis belajar ini turut bersama menjadi penghuni tetap rumah usang ini. apa-apa aktiviti kami jalankan tanpa kehadiran 2lagi beradik iaitu abang ngah dan adik aku. seperti sudah menjadi kebiasaan mereka berdua tiada dirumah. kami sudah biasa. dihari raya tanpa mereka. sampaikan konvo aku hari itu pun kami mengambil gambar famili tanpa mereka. kami sudah biasa.
aku sedih. kepulangan mereka memang tak akan disambut. lebih-lebih lagi adik aku. abang ngah aku kalau balik pun, ada saja masalah yang dia hadapi. hutang. memang dia hidup dikelilingi dengan hutang dan ia membabitkan keluarga. adik aku pula. entah la aku pun tak tahu. bila adik aku balik, mak aku paling risau. mungkin kerana sejarah lama yang membuatkan mak aku tak menanti langsung kepulangan adik aku tu.
tapi hari ini, adik aku mengeluarkan status di akaun facebook memburuk kan kedua ibu bapa dan keluarga ini. aku sedih. sebaik-baik mak ayah aku itu, kenapa sehingga kini dugaan mencabar mereka. aku kasihan kan mak ayah. sampai bila nak hidup dengan keadaan macam ini dimana anak-anak dia langsung tak mengharagai apa tah lagi menghormati mereka. aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. aku bersyukur aku dilahirkkan untuk tidak menderhaka pada ibubapa. aku bersyukur aku dilahirkan untuk menjaga ibubapa aku.
sebenar nya terlalu peribadi aku nak kongsi kat sini. cukup sampai disini aku meluahkan nya. cerita hati tak kan berakhir disini.

semoga mak dan ayah tabah hadapi dugaan hidup ini. aku sebagai anak akan cuba untuk menjaga hati dan perasaan mereka, melindungi mereka dan memelihara kehormatan mereka seperti mana mereka menjaga aku sedari aku dalam rahim. Ya Allah, lindungi la makayah aku. Amin